Followers

Wednesday 21 November 2012

SULTAN SALEHUDDIN (RAJA LUMU 1742-1778)


Sebagaimana yang tertulis, sebelum Kuala Selangor mempunyai Sultan, kawasan ini telah didiami oleh orang laut yang diketuai oleh Upu Chendera Burung. Terdapat beberapa percanggahan pendapat berkaitan dengan kisah negeri Selangor keseluruhannya. Jika berpandukan  sejarah Kesultanan Selangor yang pertama, memang tidak dinafikan bahawa Raja Lumu, iaitu Sultan Salehuddin,  merupakan Yang Di Pertuan Negeri Selangor yang pertama.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Raja Lumu bukannya Sultan Selangor yang pertama. Ini adalah disebabkan terdapat pendapat yang mengatakan bahawa sebelum ini kawasan Kelang diperintah oleh seseorang yang tiba lebih awal, iaitu Datuk Engku Kelang.

Datuk Engku Kelang dikatakan berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan anak Sultan Johor. Dalam keterangan yang sama juga dijelaskan bahawa Kuala Selangor telah ditadbir oleh Datuk Penggawa manakala Langat oleh Datuk Aru dan Ulu Langat  oleh Chik Yang Tujuh.

Berpandukan  keterangan ini nyatalah bahawa pimpinan Datuk Engku Kelang tidak meliputi Kuala Selangor tetapi hanya setakat sepanjang Sungai Kelang.Pendapat yang lain pula mengatakan, pada tahun 1743 Raja Lumu telah belayar ke Riau untuk mencari negeri baharu ke  utara Melaka. Rombongan itu turut disertai Daeng Loklok dan beberapa orang pengikutnya.

Disebabkan keputusan bekalan air minuman, rombongan ini singgah sebentar di sebuah pulau. Walau bagaimanapun, di situ tidak terdapat air tawar untuk dijadikan minuman. Rombongan itu lalu masuk menyusuri Sungai Selangor. Kedatangan Raja Lumu ini telah disambut baik oleh penduduk tempatan. Ini disebabkan baginda adalah daripada keturunan Bugis. Hasrat mencari air tawar untuk minuman itu  luput daripada fikiran Raja Lumu apabila penduduk tempatan meminta baginda menjadi ketua di kawasan itu.

Berita pelantikan Raja Lumu sebagai ketua di kawasan itu telah sampai ke pengetahuan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Perak. Baginda kemudiannya menghantar perutusan untuk mengadakan pertemuan dengan Raja Lumu. Permintaan ini telah dipersetujui oleh Raja Lumu dan baginda kemudian berangkat ke Kuala Bernam yang menjadi tempat pertemuan baginda dengan Sultan Muzaffar Syah. Ketibaan Raja Lumu disambut secara besar-besaran dan  dengan istiadat diraja, iaitu diiringi pukulan nobat dan nafiri.  Sambutan sebegini bertujuan untuk menguji Raja Lumu sama ada benar atau tidak  baginda    berketurunan raja yang berdaulat.

Setelah kesemua ujian berkenaan tidak mendatangkan sebarang bencana kepada Raja Lumu, Sultan Muzaffar Syah mengistiharkan pelantikan tersebut. Seterusnya Raja Lumu dinobatkan dan digelar Sultan Salehuddin Syah manakala Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husain.

Pertabalan bersejarah itu berlangsung di Pulau Pangkor pada tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Syah berangkat pulang ke Kuala Selangor dan bersemayam di Bukit Selangor yang dikenali sebagai Bukit Melawati. Pertabalan ini telah memulakan susur galur pemerintahan Kesultanan Selangor.

Menurut buku Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, semasa Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu telah dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan antara kedua-dua pihak itu, persetujuan telah dicapai untuk melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor dengan diiringi  oleh Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai di Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan di hadapan rakyat Selangor dengan penuh istiadat. Sejak itu kedua-keduanya menjadi sahabat baik dan sentiasa berutusan

Sultan Salehuddin memerintah kerajaan dari tahun 1743 (1756) hingga tahun 1778. Sejak itu bermulalah sejarah orang Bugis daripada keturunan Daeng Chelak bertapak di Kuala Selangor. Sultan Salehuddin mangkat dan disemadikan di Bukit Selangor serta dinamakan Marhum Salleh. Almarhum Baginda meninggalkan empat orang putera dan puteri, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh, dan Raja Sharifah. Raja Ibrahim  telah berkahwin dengan Cik Long Halijah, iaitu salah seorang anak perempuan Daeng Loklok yang bergelar Datuk Maharaja Lela Husain.

Sunday 18 November 2012

PHOTOGRAPHY AS A MEDIUM OF INVESTIGATION


Forensic photography often referred to forensic imaging or crime scene photography art is a process of producing reproductive forms of the crime scene or accident scene accurately to the interests of the investigation to the court. Forensic photography is also included in part of evidence gathering efforts such as the human body, places, and everything related to a crime in the form of images that can be used by the investigator or the investigator during an investigation or inquiry. Included in the activities of forensic photography is the selection of the correct lighting, the right angle of the lens, and capture pictures from various points of view. Scale is often used in the pictures taken so that the real dimension of the object image can be recorded. Usually use a ruler or a centimeter-scale white adhesive is placed adjacent to the lesion or injury as a size reference. In part that is not exposed or less provides a significant, can be used probe (probe wound) or a finger as a pointer to the proper position.

Pictures taken usually in the form of images or can be colored in black and white depending on their needs. Color images are preferred when collecting evidence in the form of paint or stain found at the scene (the scene). In contrast, the tire tracks and patterns will be more assertive with the surrounding color difference when taken in the form of black and white photographs.

The method used in forensic photography depends on the policies of each country relating to the use of 35 mm camera with film or digitally. Each has advantages and disadvantages. It used to be said, or the use of conventional photographic films considered more have a good image resolution and high magnification making it possible to do in order to obtain the required image detail. Digital photograph has the advantage of the date and time are automatically marked on the image to show the validity of the pictures taken and it is not owned by a conventional photograph in which, the validity of the image must be evidenced solely by the photographer by way of example the participation of witnesses in the picture. Along with technological development, the difference between a film camera (analog) and digital camera is no longer so obvious. Each tool can be used in forensic photography, according to his needs.

The significance of the photographic evidence from photography forensics has been accepted as important evidence (Bullfinch 2001). Photography provides new evidence of its value as a powerful weapon in the war against crime. This photographic evidence is very important that people are coming to realize that even in routine incidents; simple pictures taken with a simple camera can make an impressive difference in Court.

Criminal investigation is one of the most challenging fields in the police work. This work conducted by the Criminal Investigation Department (CID) can be considered as a core to the police work compared to the other type of investigations (DSP Adnan, 2010). However, CID is not alone in their investigation, as they are helped by another Unit known as Forensic Laboratory. This unit helps to simplify the investigation work with the help of sophisticated equipment known as forensics science. Forensic science is very wide and it is divided into several fractions such as Forensic Genetics, Serology forensic toxicology, and many more. Forensics Photography is also listed as an important tool in helping Royal Malaysia Police Department in case investigation.

PDRM started by using conventional cameras in their investigations. Since 1950, the introduction of the black and white images has been applied in the photographic evidence in criminal investigation. By the early 90s, color photographic images were beginning to replace the black and white images in the criminal investigation. It plays very important role in helping PDRM in recording a crime scene. Such images are accepted by the court and have proven to help PDRM in solving cases.

In a report by the Special Committee to Improve Police Task (Tun Dzaiddin 2006), they had put forward certain guidelines on how important it is for PDRM to be equipped with complete and sophisticated logistic to ensure that they can function effectively. To fulfill the government’s aspiration in ensuring law enforcers are equipped with the complete facilities and latest technology, PDRM had planned to implement digital technology in enhancing their investigation. This scenario can be seen as a positive development in PDRM. The increasing crime rates required PDRM to act fast and adopt new method and technology to bring criminal to justice. The rapid development of technology which is constantly changing had given PDRM an initiative to consider in using the digital technology (ACP DEV Kumar, 2010). This research seems as an important images for investigation, even though the development of digital technology has been exploited everywhere, yet PDRM is still using the conventional method in their investigations.

This is emphasized by ACP Dev Kumar. He stated that the digital camera or Digital Single Lens Reflex Camera (DSLR) is yet to be used by the Royal Malaysian Police Department (ACP Dev Kumar, 2010). The DSLR which is believed to be an important tool to ensure that the image captured is useable and the photographer’s task is easier, thus enhancing their investigation. This has been proven with the establishment of the Photography Unit by PDRM at almost every Police station nationwide for the purpose of recording a crime scene. Theses recorded images play an important role in helping PDRM investigators to solve cases. 

@Hakcipta terpelihara, artikal ini adalah hasil penyelidikan penulis. Perlu mendapatkan kebenaran penulis untuk menggunakan sumber ini dalam apa jua cara. 

Saturday 17 November 2012

THE ROLE OF VISUAL IN DAILY LIFE


Every scientific discipline ,whatever that is,or an activity that has the basic science that is recognized and reliable, can be used scientific interest in law enforcement efforts. Forensic world is so rich with a variety of disciplines have sought to establish the existence, mobilizing every ability and apply their knowledge for the sake of upholding the rule of law. Outside the forensic pathologist, known for some disciplines that are often used their knowledge for legal purposes, including; Criminology, digital forensics, computer forensics, forensic anthropology, forensic archaeology  forensic geology, forensic meteorology, and so forth. In general, the application form all of these discipline is called forensic science that was born to answer any questions relating to the law.

One of the most frequently performed in any efforts to create a forensic examination of the documentation process, Photography is one of the media who have contributed substantially in this process.



Since its inception, photography has become a main attraction for scientists and artists. Scientists have used photography to record and study the motion of a mechanism, such as Eadweard Muybridge studies on the mechanism of movement of animals and humans in 1887. The artists also have the same interests on aspects of photography. Not only that, they also try to explore more deeply to produce works that are not just as a form of representation of reality through photos of the mechanical process, as did the artists images sensible pictorials, which is famous for his idea to combine painting and etching through the art of photography. Military, law enforcer and security personel use photography as a supervisor, a detector and as data storage. Photography is also used to present the image memory of a time, to capture special events, tells the story of an event, sends a message, or as a more means of entertainment.

Today, photography has become a powerful means of visual communication and a mode of visual expression that touches human life in many ways. Photography also acted as some sort of medium of visual communication which functions as a tool to express certain feelings or desires. A picture is worth a thousand words. It can tell a lot of stories with one language without any interpretation. It is also able to record various situations and events. We are able to see facial expressions, the environment, or the history simply by looking at a picture. Kepler (1974) in his book “Your Future in Photography” defines visual communication photography by emphasizing the following:

As with other Visual arts, the meaning of a photograph may be impossible to put into words. It may be a flash of insight into a person’s character, a feeling of awe evoked by nature, or an unexpected funny pose or gesture. But unless some meaning is conveyed, a photograph is sterile and has no reasons to being.
                                                                         (Kepler 1974 :12)
The word photography comes from two ancient Greek words: “photo”, which means light, and “graph”, which means drawing "Drawing with light". It is a way of describing photography. When photograph is made, light is used to record a picture of an object or scene on a light-sensitive surface. Early photographs were called sun pictures, because sunlight itself was used to create the image. Man has been a maker of images at least since the cave paintings of some 20,000 years ago. With the invention of photography, a realistic image that would have taken a skilled artist hours or even days to draw can be recorded in exact detail within a fraction of a second.


In the history, photography is created from a process of light. Light patterns reflected or emitted from objects are recorded into sensitive medium or storage chip through a timed exposure. This process was found by Nicephore Niepce in the first picture which he recorded in 1826 through a polished pewter plate covered with petroleum durative called bitumen of Judea.

Since its invention in 1839, photography's unique powers as a medium of communication which was used to record, report, and inform. People prefer to see things with their own eyes, but when this is impossible, the camera can often serve the same purpose almost as well (Britannica 2006). However, it is not true when people said that photographs never lie as they can be falsified and manipulated. Nevertheless, a photograph can carry a strong measure of authenticity and conviction. As a non-verbal means of communication, photography can surmount the barriers of language and communicate through universal visual symbols.
Joseph Nicephore Niepce
In modern world which have seen a lot of changes, photography become one of the important elements in human life (Ansel 1937). Photographs are used extensively by newspapers, magazines, books, and television to convey information and advertise products and services.  This is explained by Jeffries which states that the role of photography goes beyond the picture itself in defining a story. The significance of the photographic visual can be adopted from a single word- photographic image, which can be more easily understood than alphabets or numbers (Jeffries 1976).  Some theorists believed that humans are genetically wired to communicate visually and that images are often more efficient than words in thought processes (Boone 2006).

Photography today is very much a part of our lives. Directly or indirectly we are touched by it. It influenced our knowledge and understanding of the world, the things we do and it’s used as a tool for our benefit in many different ways.
 (Boone 2006: 25)

The books and articles that are written by the famous author clearly show that the function of photography has become one of the most important elements in human life. Starting from a hobby, it became a career and now it plays an important part in bringing criminals to justice. It has many practical applications in industry, medicine, astronomy, archaeology, scientific research, the graphic arts, law enforcement and in many aspects of contemporary life. 

Photographs in the mass-communication media have made the faces of political leaders, popular entertainers and other celebrities familiar to the public. When a newsworthy event occurs, photojournalists are there to record it. Photojournalists sometimes spend months covering a story. The result of such labors is often a powerful, revealing picture essay that probes far beneath the surface of events.

Perhatian

Semua maklumat dan data di dalam entry ini adalah hakcipta penulis sepenuhnya. Hakcipta terpelihara.Sebarang maklumat yang ingin digunakan perlu mendapatkan kebenaran penulis. 

@Hakcipta terpelihara : Nadzri b Hj Mohd Sharif

ASAL USUL KESULTANAN SELANGOR


Sejarah Kesultanan Melayu Selangor bermula di Kuala Selangor. Ketiadaan ketua kaum di Kuala Selangor pada ketika itu telah menimbulkan keinginan  orang Perak dan Kedah untuk menjadi Penghulu di kawasan itu. Malangnya tiada seorang pun daripada mereka telah diterima baik oleh penduduk tempatan. Keadaan ini sangat berbeza daripada kedatangan Raja Lumu yang telah disambut baik dan diiktiraf menjadi yang Di Pertua Negeri Selangor yang pertama.

Mereka yang datang ke kawasan itu hanya dibenarkan untuk meneroka tanah baru dan membuat kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor. Sehingga kini masih lagi terdapat beberapa buah kampung mengikut nama negeri atau tempat asal peneroka ini. Umpamanya Kampung Kedah, Kampung Siam, Kampung Asahan, dan Kampung Kuantan.

 SEJARAH AWAL KESULTANAN SELANGOR

Peranan orang Bugis di dalam sejarah Malaysia cukup penting sekali. Hal ini bermula daripada perbalahan dalaman Kesultanan Johor Riau Lingga. Pada waktu itu, Raja Kechil memerintah Johor Riau-Lingga. Baginda mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatra. Ini menyebabkan Daeng Loklok, iaitu orang Bugis, bergelar Bendahara Husain, ingin mengambil alih tampuk pemerintahan Johor tetapi hasratnya tidak dipersetujui oleh Raja Kechil. Untuk mendapatkan sokongan bagi menjayakan hasratnya itu, Daeng Loklok kemudiannya menemui Raja Sulaiman untuk menggunakan pengaruh baginda bagi mendapatkan bantuan daripada lima adik-beradik Raja Bugis, iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak, dan Daeng Kemasi.

Sebaik-baik sahaja Raja Bugis menerima utusan daripada Raja Sulaiman, tujuh buah armada perang Bugis terus menuju Riau untuk menyerang Raja Kechil. Dalam serangan itu, Raja Kechil telah ditumpaskan dan baginda melarikan diri ke Lingga pada tahun 1728 bersamaan tahun 1134H. Sebagai balasan, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik Raja-raja Bugis  menjadi Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda bagi memerintah Johor, Riau, dan Lingga.

Selepas mendapat tahu yang Riau jatuh ke tangan Raja Kechil semula, Raja Bugis telah datang ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera  dengan tujuan untuk menyerang Raja Kechil. Raja Bugis dengan 30 buah armada perangnya menuju Riau untuk menawannya kembali. Dalam perjalanan ke Riau, mereka telah menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang pada ketika itu dikuasai Raja Kechil. Apabila mendapat tahu tentang penaklukan itu, Raja Kechil segera ke Linggi untuk menyerang balas.

Angkatan tentera Bugis telah berpecah dengan 20 buah daripada kapal perangnya meneruskan perjalanan  ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada lima adik-beradik Raja Bugis.Raja Sulaiman dari Pahang turut datang memberikan bantuan untuk menawan Riau semula. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan Riau semula. Raja Sulaiman dan Raja Bugis kemudiannya  telah mendirikan kerajaan bersama.

Kegagalan mempertahankan Riau dan menawan Linggi semula daripada tangan Bugis menyebabkan  Raja Kechil kembali ke Siak.  Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak semasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor, iaitu sebuah meriam, ke Siak. Setelah berjaya mengambil alat kebesaran tersebut semula, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, dan Linggi.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuan baginda, Tengku Tengah, dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil di sana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman, Tengku Mandak, dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau pada tahun 1730-an. Kemudian anak Daeng Parani, iaitu Daeng Kemboja, dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

Anak Daeng Chelak, Raja Haji, telah dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau. Baginda yang hampir dapat menawan Melaka daripada Belanda pada tahun 1784  mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda dikenali sebagai Almarhum Telok Ketapang.

Pada tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik-baik dengan Raja Siak  mengganggu ketenteraman Selangor. Ini menyebabkan Daeng Chelak dengan angkatan perang dari Riau datang ke Kuala Selangor untuk menangani keadaan ini. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan beliau kemudiannya  melarikan diri ke Siak. Semenjak itu Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.

Pada tahun 1742 Daeng Chelak ke Kuala Selangor dan beliau bersama-sama dengan orang Bugis melancarkan serangan ke atas   Perak. Beliau tinggal beberapa lama di Perak sebelum berpindah ke Selangor semula. Semasa berada di Kuala Selangor, Daeng Chelak  telah diminta oleh penduduk setempat supaya terus menetap di situ sahaja. Pada ketika inilah  rombongan daripada Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah meminta salah seorang puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Daeng Chelak akhirnya mangkat pada tahun 1745.

Perhatian : 

Maklumat ini adalah maklumat berdasarkan penyelidikan,Hak cipta maklumat ini adalah terpelihara.Sebarang penggunaan maklumat ini perlu mendapatkan kebenaran penulis,

 BIOGRAFI KENANGAN ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ: 
NADZRI B HJ MOHD SHARIF

Allahyarhamah Mariam bt Hj Md Noh

Assalamualaikum W.B.T 

Allahyarhamah nenek bersama ibu. Gambar ini  merupakan gambar terakhir arwah di rumahku di Melaka sebelum arwah balik ke Singapura.

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Itulah realiti kehidupan manusia,kita perlu redha dengan ketentuan allah bahawa orang yang kita sayang akan kembali kepadanya.Gambar ini pasti akan memberikan seribu kenangan kepada saya, walaupun arwah nenek baru sahaja mengadap ilahi,ingatan saya kepada arwah sangat kuat. Saya benar-benar rindukan arwah. 

Tarikh 28 Oktober 2012 merupakan tarikh yang akan terpahat dalam ingatan saya, tarikh tersebut lah beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.00 pagi di Singapura. Ketika mula-mula saya mendapat berita daripada ibu saya, saya umpama tidak percaya, saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk saya mempercayai bahawa nenek yang saya sayangi sudah tidak ada lagi...Kini sudah hampir 3 minggu, pemergian arwah nenek, rasa sebak dan sedih masih lagi bersarang...saya hanya mampu berdoa semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Ya Allah, tempatkan beliau kepada tempat orang yang soleh....amin...

Kenangan Ku Bersama Pelajar Diploma Fotografi Dan Pengimejan Kreatif UiTM Melaka 2006-2012

Assalamualaikum W.B.T Sekali lagi,

Alhamdullilah, hari ni di tempat kediaman saya (Alor Gajah), hujan turun renyai-renyai sejak dari pagi tadi.Memang sekarang ni musim hujan,alhamdullilah syukur pada allah di atas limpahan kurnianya, menurunkan hujan membasahi buminya. 

Sebentar tadi saya sengaja membuka fail gambar. Tiba-tiba saya terlihat gambar kenangan saya bersama dengan pelajar saya dari tahun 2007 hingga lah yang paling terkini pada tahun ini 2012. Saya mengambil kesempatan pada entry kali ini untuk mengimbas kembali kenangan yang pasti akan saya kenang sehingga bila-bila.Tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi,saya pula akan bercuti belajar. Jadi kenangan sebagai Pensyarah UiTM Melaka benar-benar memberikan saya satu ingatan yang paling tulus buat pelajar saya. Tidak mudah untuk lupakan. Walaupun ada pelbagai kenangan manis dan pahit, tapi semua tu adalah rencah biasa dalam kehidupan.Pelajar datang dan pergi,memang benar kerana walaupun kita amat menyayangi pelajar tersebut, satu hari nanti, pasti dia akan meninggalkan kita kerana perjalanan hidup mereka masih terlalu jauh, banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi. Sebagai pensyarah dan guru mereka, saya hanya berdoa agar allah mudahkan urusan mereka.Saya halalkan segala ilmu yang diberikan sebagai bekalan buat pelajar-pelajar saya. Sebelum panjang lebar, saya sertakan gambar-gambar kenangan untuk tatapan saudara dan saudari. 



Ini merupakan gambar saya bersama pelajar saya pada tahun 2008. Ketika ni kami beramai-ramai melakukan praktical shooting di bandar Melaka. Memang seronok ketika tu. Alhamdullilah, mereka kini sedang mengikuti pengajian akhir peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam.






Ini pula saya bergambar dengan bekas pelajar saya ketika Perasmian Tunas Ilham yang saya tak berapa ingat kali keberapa. Hajjaj, Apan,Hishamuddin dan Laila




Ini gambar beramai-ramai pelajar saya yang ketika tu baru sahaja semestar 1 /2008. Gambar diambil di Studio Fotografi UiTM Cawangan Melaka.



Batch ni paling rapat dengan saya. Banyak perkara manis bersama mereka. Walalupun ada pahit sikit2, saya tak dapat lupakan batch mereka ni..

Bersama dengan mereka bergambar di sekitar Muar dan Muara yang nak menuju ke Pulau Besar . Ketika ni saya buat Praktikal Shooting dengan mereka.
Batch yang saya bentuk dan didik ketika mereka Final. Mula-mula tak berapa rapat, tapi, saya menjadi rapat dengan mereka ketika akhir Diploma mereka. Alhamdullilah, semuanya dapat menyambung pengajian peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam. 
Bersama dengan antara pelajar saya yang paling rapat dengan saya. Semuanya sudah bekerja dan berjaya menamatkan pengajian mereka. Di sebelah kiri tu Hishamuddin Ramli yang kini bekerja di Balai Seni Lukis Negara, Shazni Mahzan yang sekarang bekerja sebagai designer dan Hairuddin Daud, yang saya sudah lost contact dengan dia.Mereka semua merupakan pelajar yang sentiasa dalam ingatan saya

Inilah Batch terakhir saya sebelum saya menyambung pengajian. Ini merupakan Batch  yang paling ramai dalam sejarah Jabatan Fotografi. Walaupun saya tak sempat bersama mereka sehingga ke final, saya tetapkan doakan mereka agar sentiasa maju jaya dalam kehidupan masing-masing,

Antara Batch yang saya sayang.....Batch ini sangat mendengar kata
Bersama dengan antara Batch awal ketika mula-mula saya memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah. Gambar ini diambil ketika jamuan perpisahan di Pantai Pengakalan, Tanjung Bidara,Melaka.
Post gambar yang paling lawak, sempat jugak mereka ni ambil gambar curi-curi 
Bergambar bersama anak dara pingitan, manalah mereka semua, lama tak mendengar khabar berita. Gambar ini diambil ketika Program Tunas Ilham 
Peristiwa yang memang saya tidak dapat lupakan apabila terkurung bersama pelajar saya di BnW Lab..Walaupun tengah berangin geram, tapi inilah memori yang sentiasa buat saya tersenyum. Kejadian terkurung bersama pelajar saya ini adalah pada tahun 2012....Rindu pada mereka semua. 

Kenangan bersama pelajar yang tidak dapat saya lupakan...Ketika ini mereka sedang buat presentation bagi subjek Interpersonel Communication.


Semua gambar-gambar yang saya sertakan ini merupakan gambar yang menjadi kenangan saya.Jika hendak diceritakan secara terperinci..memang banyak. Setiap satunya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Itu yang seronoknya jika kita menjadi pendidik ini. Kita akan mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar kita, dan jika ilmu itu digunakan, insyaallah , allah akan memberkati kita. Memang seronok sekiranya kita dapat sama-sama menyaksikan mereka berjaya. 

Rasa tak percaya apabila ada di antara mereka kini meneruskan legasi Jabatan Fotografi dengan menjadi seorang pensyarah. Jika dahulu mereka merupakan pelajar saya, tapi kini, mereka bersama-sama saya pula mengalas tanggungjawab mendidik anak bangsa. Saya benar-benar bersyukur dan bangga.Ada di antara pelajar saya telah berjaya mengukir nama di persada fotografi kebangsaan mahupun antarabangsa. walaupun saya hanya mendengar melalui berita, tetapi jauh di sudut hati saya, saya panjatkan syukur ke hadrat allah..mudah-mudahan semua pelajar saya akan mengecapi kejayaan dan menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara.

Amin Ya Rahman.....





Jalan-Jalan di Johor Baharu

Assalamualaikum

Berjumpa kita sekali lagi,Bagaimana petang saudara dan saudari?.Saya baru sahaja menyiapkan beberapa bab untuk novel saya. Insyaallah, bermula dari minggu ini, saya akan mencuba untuk post kandungan novel itu mengikut bab. Semuanya untuk dikongsi bersama kepada saudara/saudari. Cuma mungkin saya tidak post penuh dalam blog saya kerana saya khuatir sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk copy atau meniru. Walaupun idea saya tidaklah hebat, tetapi saya amat menghargai hasil usaha saya yang cuba bertatih untuk belajar menulis. Tetapi saudara/saudari akan memahami jalan ceritanya sedikit demi sedikit. Ini merupakan satu langkah baru untuk saya yang cuba berjinak-jinak dalam penulisan blog dan buku. Saya amat menggalakkan komen saudara/saudari untuk saya memperbaiki gaya penulisan saya. Saya banyak memerhatikan serta setia bersama beberapa blog kerana disitulah saya mempelajari gaya penulisan blog yang menarik serta mempunyai maklumat yang padat. 

Entry kali ini adalah untuk menceritakan bahawa baru-baru ini saya berjalan-jalan di Johor baharu untuk melawat sahabat saya. Saya memilih untuk menginap di salah satu hotel yang saya rasakan memang best . Hotel yang saya maksudkan ialah Grand Bluewave Hotel yang terletak di Stulang laut. Saya gemar memilih hotel ini kerana ruangnya yang agak besar, siap bilik tidur dan bilik tamu, tetapi harga yang ditawarkan memang berpatutan. Saya memang menjamin bahawa keselesaan anda dapat jika menginap disini. 

Salah satu sebab mengapa saya memilih hotel ini ialah kerana saya gemar melihat Tambak Johor, Singapura dan Bandar Johor Baharu. Mmg cantik kalau waktu malam.Lampu neon dan deretan kereta yang hendak masuk dan kelur Singapura. Sentiasa sibuk Tambak Johor dan tiada seminit pun Tambak Johor ini lenggang. Memang menarik kan?.Saya sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama saudara/saudari. 






Ruang Tamu di dalam bilik Hotel Grand Bluewave JB. Tak banyak hotel yang ada ruang tamu dalam bilik yang menawarkan harga yang sangat berpatutan.






Suasana dalam bilik , maaf ye agak bersepah sikit..




Apa yang menarinya,bilik hotel juga disediakan set dapur berkabinet, lengkap dengan microwave..Peti ais disorokkan dalam kabinet...anda boleh memasak disini, tapi takdelah berat sangat masakan nya. kalau nak panas-panaskan lauk boleh lah.






Suasana di Bandaraya Johor Baharu. Amat menarik dan cantik. 

Ketika di JB..saya tidak melepaskan peluang untuk ke JPO (Johor Premium Outlet) mmg murah-murah barang disana dengan potongan yang sangat menarik. Ada kedai menawarkan potongan sehingga 80%. Barang yang kita beli bukan sebarang jenama. Kebanyakkan dari jenama yang terkenal seperti GUESS, Calvin Klein, Burberry dan banyak lagi yang anda boleh dapatkan dengan harga yang memang murah...saya sempat juga membeli beberapa barang dengan harga yang sangat berpatutan. Saya sempat jugak ke JUSCO Tebrau. JUSCO Tebrau memang besar dan begitu banyak pilihan barang yang ditawarkan. Saya tidak sempat lah nak ke LEGOLAND..Insyaallah, jika saya ke JB lagi, saya tidak akan melepaskan peluang ke sana..Apa yang menariknya disana ?. Tak sabar-sabar hendak kesana. 

Apa yang saya lihat sekarang Johor sudah semakin berkembang pesat dan maju. Begitu banyak perkembangan bandar, pusat pelancongan dan sosial yang begitu pesat. Jadi mungkin juga anda boleh jadikan berkunjung ke Johor sebagai satu destinasi percutian anda..Jadi melawatlah JB dan menginaplah di Grand Bluewave Hotel JB...

GRAND BLUEWAVE HOTEL JOHOR BAHRU
9R,Jalan Bukit Meldrum
90300 Johor Bahru, Johor.Malaysia 

No tel    : 07-2216666

Friday 16 November 2012

Anak Buah Kesayangan ku : Nor Khaleesya Sofea Bt Ahmad Khamarul

Assalamualaikum

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana agak lama saya tidak mengemaskini blog saya kerana tiada mempunyai kesempatan yang bersesuaian.Dalam minggu lepas, saya agak sibuk menyiapkan tugasan Research Method dan Communication Seminar. Tugasan Phd ku...

Saya ingin berkongsi dengan saudara/saudari sekelian bahawa saya telah menerima surat Hadiah Biasiswa Latihan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Surat bertarikh 14 November itu telah menamatkan penantian saya beberapa bulan ini dan mengesahkan bahawa saya akan bercuti belajar dari 9/9/2012 Hingga 8/9/2015...Tiga tahun lamanya saya bercuti untuk melengkapkan pengajian saya di UKM Bangi. Mudaha-mudahan.

Tetapi untuk blog kali ini saya tidaklah mahu bercerita lanjut mengenai surat tawaran tersebut. Saya akan ceritakan nanti pada entry yang akan datang. Cuma pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai anak buah kesayangan saya Nor Khaleesya Sofea Bt Ahmad Khamarul.Alhamdullilah, dengan izin allah, saya dapat melihat sendiri bagaimana anak buah saya ini membesar dengan sihatnya. Berikut saya sertakan gambar-gambar beliau untuk tatapan saudara/saudari.

Riang ke Mahkota Parade, Suka betul berjalan makan angin.Memang tak duduk diam..terhibur dengan kerenahnya











Pose istimewa Sofea untuk uncle..


Ketika masih kecil...



ketika berusia 4 bulan

Ketika menyambut Hari Lahirnya yang pertama 20/10/2011


Buah hati ku

Comel sangat,macam -macam telatah, anak buah saya ini seorang yang sangat aktif, sifat ingin tahu die terlalu kuat..sekarang ni dah pandai nak berjalan..Saya memang kerap melawatnya kerana jika satu hari tak melawatnya saya akan jadi sangat rindu.Saya rasa itu perasaan normal bagi kita yang menyayangi kanak-kanak. Kadang-kadang saya sangat tidak faham,mengapalah anak-anak kecil dibunuh dan dibuang. Sesungguhnya allah menjadikan zuriat sebagai satu keajaiban dan kurnia yang tidak terhingga .alhamdullilah, semoga Sofea terus dianugerahi kesihatan yang baik dan terus menyayangi kedua ibu bapanya..Amin...

NADZRI SHARIF

Wednesday 7 November 2012

Teori Semiotik Dalam Komunikasi


KUPASAN DEFINASI DAN FALSAFAH “SEMIOTIK”

Semiotik membawa maksud secara terminologinya dan pemahamannya dapat didefinisikan sebagai pengetahuan mengenai tanda ataupun dikenali sebagai simbol . Simbol atau tanda yang dimaksudkan ini adalah merangkumi pelbagai bidang seperti menyentuh aspek kebudayaan,kemasyarakatan dan sistem kehidupan yang telah menggunakan simbol ini sebagai salah satu bentuk kaedah penyampaian komunikasi yang berkesan serta memberikan maksud-maksud yang tertentu. Ada yang berpendapat bahawa Semiotik ini merupakan salah satu bidang “Komunikasi Tanpa Lisan” yang merujuk kepada aspek pesanan yang tidak diberikan makna literal perkataan.Kaedah penyampaian lebih kepada tanda atau simbol yang lebih mudah difahami serta berkesan.

Ada pelbagai pandangan serta pendapat yang telah dilakukan demi mengupas secara menyeluruh mengenai definasi,teori mahupun falsafah mengenai Semiotik ini. Salah seorang ahli sastera iaitu Teew (1984:6) telah membuat definasi makna semiotik ini ialah satu tindak balas komunikasi yang telah dipertanggungjawabkan kepada semua faktor yang melibatkan aspek hakiki pemahaman bukan secara literal atau huruf kepada penyampaian mesej didalam masyarakat atau komuniti. Istilah semiotik ini lebih dominan digunakan sebagai salah satu ilmu penyampaian berkenaan tanda ataupun simbol.

Ahli Semiotik  moden mempunyai dua orang pelopor yang sentiasa melakukan kajian mengenai konsep Semiotik  ini, iaitu Charles Sanders Peirce dan Ferdinand de Saussure. Perkataan Semiotika telah dicadangkan oleh Pierce tetapi Saussure lebih gemar untuk memilih perkataan semiologi. Sebenarnya perkataan “semiotika” tersebut telah digunakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Lambert pada abad 19.

Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa, bahasa terbina dalam struktur yang mengandungi tanda-tanda dan setiap tanda dalam bahasa itu memiliki makna yang tersendiri. De Saussure mengunakan istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda dalam sistem bahasa dapat dikaji secara saintifik. Menurut Saussure, bahasa adalah suatu sistem tanda yang berfungsi melalui sebuah kod Operation Position Binary (Mana Sikana,2005: 34). Posisi Binari inilah yang menghasilkan makna-makna.

Seorang lagi tokoh penting teori Semiotik ialah Sander Pierce. Tidak sebagaimana De Saussure, Pierce menggunakan istilah semiotik. Beliau dianggap sebagai tokoh pertama yang menggunakan dan mempopularkan istilah semiotik ini yang kemudiannya dikenali dengan nama teori Semiotik oleh pengkaji kemudian. Semiotik menghubungkan tanda-tanda dengan psikologi manusia, manakala semiologi De Saussure memisahkannya.

Idea semiotik dan semiologi yang dikemukakan oleh Sander Pierce dan De Saussure terus dibahas dan dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain yang turut mendokong idea ini. Antara tokoh-tokoh yang telah menggunakan dan mengembangkan idea semiotik ini ialah Umberto Eco, Roland Barthes, Jonathan Culler, Charles Mor ris, Micheal Rifatarre dan Jurij Lotman.

Roland Barthes yang merupakan pengkaji yang pertama menyusun model “Semiotik” untuk menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan teks. Ketika Saussure menekankan pada teks semata, Barthes menekankan pada fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi pembaca dan budaya pengguna. Teori daripada Barthes telah memperhatikan peranan teks dan simbol yang berinteraksi dengan dengan pembaca yang bertindak sebagai penerima maklumat .Hasil maklumat penyelidikan ini telah menyokong teori Barthes yang menegaskan unsur dua susunan pertandaan atau dikenali sebagai (order of signification).

Pengasas utama teori Semiotik dalam kesusasteraan ialah Jurij M. Lotman yang menulis kertas kerja dalam buku mengenai teori dan metodologi semiotik (Mana Sikana,1990: 18). Lotman memberi perhatian kepada semantik sastera dengan melakukannya atas dasar dan tanggapan bahawa setiap tanda harus memiliki makna. Menurut Lotman lagi, karya sastera mempunyai sistemnya yang tersendiri, oleh itu interpertasi harus bersandarkan kepada struktur linguistik dan dihubungkan dengan fenomena budaya dan pemikiran masyarakat.

ANALISIS VISUAL TEKS DALAM TEORI SEMIOTIK.

Visual teks adalah bentuk semiotika visual. Tanda visual dan linguistik dalam poster, gambar, kartun dan sebagainya saling membentuk hujah serta metafora yang menarik untuk diperhatikan. Selain itu pemerhatian visual diperlukan untuk memahami jalinan representasinya tidak terlalu jauh dari pengalaman kita. Sebahagian besar pembaca akan mudah memahami simbol tanda visualnya. Dalam analisis semiotik dan analisis text terdapat dua peringkat pertandaan, iaitu pertama, analisis tanda secara individual dan kedua, analisis tanda dalam kumpulan.

Analisis tanda secara individual dapat digunakan berbagai model analisis tanda, misalnya analisis tipologi tanda, struktur tanda, dan makna tanda. Pada analisis tanda-tanda di dalam kelompok atau kombinasinya disebut analisis teks (textual analysis). Semiotika teks dalam hal ini tidak berhenti hanya menganalisis tanda (jenis, struktur, makna) secara individu, akan tetapi melingkupi pemilihan tanda-tanda yang digabungkan ke dalam kumpulan pola-pola yang lebih besar (teks), yang di dalamnya menyatakan sikap, ideologi, atau mitos tertentu yang berlatar belakang gabungan tanda-tanda tersebut. 

ANALISIS GAMBAR YANG DIPILIH

Ada beberapa cara yang dilakukan untuk menganalisis sesuatu gambar. Saya memilih gambar untuk dianalisis dan dikaitkan dengan teori semiotik kerana saya berpandangan bahawa hanya sekeping gambar memberikan seribu makna. Berikut merupakan tatacara yang digunakan oleh saya untuk menganalisis gambar dan dikaitkan dengan teori semiotik adalah seperti berikut:

Pertama melakukan pembacaan dan sesi pemerhatian yang dilakukan secara pada setiap objek dan gambar yang dikaji. Kemudian saya  menandakan dan memilih teks-teks yang menunjukkan adanya tanda budaya,kehidupan,warna serta elemen yang digunakan. Elemen yang disebut adalah sebagai data.

Kedua analisis pada tahap ini adalah analisis data secara individual yang termasuk dalam maksud  semiotik peringkat pertama. Seluruh data yang berjaya dikumpulkan pada tahap pertama dianalisis menurut kaedah yang telah digariskan seperti memahami kontur,reka letak, warna yang digunakan, ekspresi wajah dan badan, senario persekitaran dan teks tulisan sekiranya ada. Saya juga telah melihat aspek-aspek atau elemen asas seni reka seperti bentuk, teknik, corak dan susunan yang sedia ada. bentuk gambar ikonik tersebut dibaca melalui pelbagai tanda yang muncul untuk mentafsirkan makna gambar sesuai dengan konteks peristiwa.

Ketiga analisis pada tahap ini adalah analisis data secara kelompok yang termasuk dalam maksud semiotika tahap kedua dan menghasilkan makna efektif dan psychomotor. Seluruh data yang telah dikumpulkan dalam analisis tahap pertama dan telah dianalisis pada tahap kedua akan  diklasifikasikan secara total.

Keempat pada tahap terakhir dilakukan adalah memberikan kesimpulan dari hasil kupasan maklumat berdasarkan kepada pemerhatian data tadi. Selain mengemukakan beberapa hasil keputusan pemerhatian, analisis yang diberikan lebih bersifat praktikal.

ANALISIS SEMIOTIK POSTER TERPILIH 



Poster ini merupakan satu pesanan kemasyarakatan oleh sebuah syarikat komunikasi terkenal DIGI sempena Hari Malaysia 2012. Memahami Konsep 1 Malaysia yang diletakkan asas utama poster dikeluarkan.

1.   Perkataan yang tertulis “We May Have Our Difference, But We Also The Same” lebih merujuk kepada maksud sedemikian ,walaupun mempunyai perbezaan atau persaingan perniagaan (jika kita melihat patung yang berwarna biru itu, saya memahami poster ini menunjukkan “semiotik “ patung biru itu ialah pesaing terdekat syarikat Digi iaitu Celcom Malaysia). Tetapi mereka bersatu hati menyokong dasar kerajaan untuk bersatu bersama-sama sebagai satu bangsa 1 Malaysia. Walaupun perkataan itu tidak ditunjukkan secara bertulis syarikat yang dimaksudkan,tetapi ianya ditunjuk melalui “semiotik” iaitu pada anak beruang biru tersebut dan perkataan tersebut.

2. Saya tertarik kepada warna kuning yang merupakan warna rasmi pada patung Digi tersebut.Jika mengikut psikologi warna, warna kuning adalah digambarkan sebagai warna yang menunjukkan kekuasaan dan kemewahan. Warna tidak digambarkan maksudnya melalui tulisan atau text, tetapi digambarkan hanya melalui pemahaman secara psikologi atau budaya. Ianya ditafsirkan melalui pemerhatian serta pemahaman. Berikut merupakan petunjuk warna-warna mengikut pemahaman budaya adalah seperti berikut:

Warna
Makna positif
Makna negatif

Merah

Kekuatan, kehangatan, cinta, persahabatan.

Nafsu, agresif, kesombongan dan kemarahan.

Merah muda
Hadiah, inspirasi, kekaguman, simpati, keremajaan.

Kekurangan, naif.

Orange

Kehangatan, semangat, keseimbangan, ceria dan kecerahan

Meminta, berlebihan, terlalu emosi, mencari perhatian.

Kuning

Kekayaan, kehidupan, optimisme, kemakmuran, sukacita.

Iri hati, tidak jujur, penakut, tamak haloba.

Hijau

Stabil, santai, alami, kemakmuran, keberuntungan, dermawan, semangat, abadi, keseimbangan.

Nasib buruk, cemburu, iri, agresi, tidak berpengalaman, korupsi, tamak, memalukan.

Biru

Kepercayaan, dapat diandalkan, kebersihan, keamanan, kelembutan, kepercayaan diri, persahabatan.

Sedih, dingin,murung

Ungu

Kreativiti, kemakmuran, romantisme, bangsawan, kebanggaan, kebijaksanaan.

Sombong, angkuh, misteri, kasar, kejam, berlebihan.

Coklat

Perlindungan, kesederhanaan, stabil, keutuhan, persahabatan, dapat diandalkan.

Kebodohan, kemiskinan, kekasaran, kotor, tumpul, bosan.

Putih

Disiplin, kebaikan, kerendahan hati, kematian, api, kemudahan, damai, suci.
Hampa, kematian, menyerah, penakut, kurang imiginasi.

Hitam

misteri, klasik,elegent kecanggihan, keseriusan, formalitas.

Penyesalan, kematian, setan, pemberontakan, kesedihan, perkabungan.







 


3.      Latarbelakang poster ini digambarkan ciri-ciri Malaysia. Ciri-ciri Malaysia itu ditunjukan melalui bendera Malaysia yang dikibarkan dan bangunan yang amat terkenal yang berkait rapat dengan kemerdekaan iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.

4.      Semangat patriotisme telah ditunjukkan dalam poster ini melalui kedua-dua patung yang mengambarkan syarikat Digi dan pesaingnya dilihat berpelukkan mengadap bendera Malaysia yang sedang berkibar dan Bangunan Sultan Abdul Samad. “Berpelukkan” digambarkan sebagai erti persahabatan dan kasih sayang.Simbol ini tidak digambarkan melalui perkataan tetapi hanya ditunjukkan dalam perbuatan. 

5.      Rasional pemilihan tempat seperti kelihatan berada di padang dalam poster ini saya merasakan pereka poster ini cuba memasukkan elemen yang mudah iaitu keluasan ruang yang tidak membuatkan poster ini berserabut. Mungkin ruang hijau yang besar ini memudahkan pereka poster ini memasukkan logo serta tarif promosi syarikat ini, dan ruang biru yang besar adalah untuk memasukkan logo satu Malaysia dan sedikit Typhography.  Walaupun begitu, element harmoni dan balance gambar telah diutamakan bagi memastikan rekaletak poster ini seimbang.

6.      Pendekatan yang bijak dilakukan adalah dengan memastikan warna hijau dan biru cair itu menjadikan patung yang berwarna kuning begitu menyerlah dalam poster ini. Sudah semestinya syarikat komunikasi ini tidak mahu pesaingnya iaitu patung yang berwarna biru itu menyerlah dari patung rasmi syarikat ini. Mungkin inilah sebab bahawa posisi patung biru itu rendah sedikit dan warna biru cair yang dipilihnya adalah tidak menonjol.

RUMUSAN VISUAL TEKS MENGGUNAKAN TEORI SEMIOTIK.


Hasil daripada penyelidikan ringkas yang dilakukan oleh saya, saya telah mendapati bahawa, mesej yang terdapat pada pelbagai hasil karya komunikasi visual, merupakan mesej yang disampaikan kepada sasaran adalah dalam bentuk tanda atau dikenali sebagai “Semiotik”. Secara amnya, semiotik dapat dilihat dari dua aspek penting, iaitu tanda verbal dan tanda visual. Tanda verbal merupakan hasil komunikasi dari ragam bahasa, gaya penulisan, tema dan pengertian yang diperolehi. Manakala tanda visual dilihat dari cara menggambarkannya, dari pelbagai cara yang boleh dilakukan samaada secara ikonis, gambar atau simbol. Itulah yang dikatakan bagaimana masyarakat boleh memahami apa yang disampaikan hanya melalui tanda,gambar atau simbol sekalipun tanpa menggunakan ragam teks bahasa.

Berdasarkan tanda verbal dan tanda visual yang terdapat dalam iklan Digi ini, maka kita sudah pasti boleh melihat mesej tersebut dengan bantuan kod kebudayaan dan kod semiotik. Merujuk pada kod kebudayaan seperti ditegaskan Barthes, maka tanda visual dalam dalam iklan ini berupa semangat cintakan negara Malaysia yang dizahirkan melalui patung rasmi digi yang memeluk satu lagi patung yang berwarna biru yang memerhatikan kibaran bendera Jalur Gemilang. Dengan pendekatan walaupun mempunyai persaingan atau berlainan kefahaman,masyarakat Malaysia berkembang dengan kewujudan sikap saling membantu dan bersatu dalam menjalani kehidupan pelbagai ragam bentuk serta budaya. Maksud sebenar juga  boleh juga dilihat dari iklan ini ialah. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh, merupakan bentuk peribahasa yang merujuk pada konsep iklan ini.

Tanda visual dalam iklan ini boleh ditakrifkan penyampaian secara teori semiotik. Ini kerana bentuk teks yang dipaparkan amat kurang tetapi ditunjukkan melalui gambar dan konsep iklan tersebut. Saya pasti sesiapa yang terlihat iklan ini secara mudah dapat memahami konsep serta mesej yang ingin disampaikan. Cuma kupasan yang diberikan mungkin berbeza berdasarkan pemahaman masing-masing. menurut kod simeotik, merupakan perwujudan dari kesetiaan dan kebangsaan masyarakat Malaysia yang sentiasa bersatu.

Kita berkongsi kisah jurnal perjalananku(part 1) untuk entry yang akan datang...tunggu