Followers

Wednesday 29 May 2013

KERTAS KERJA PEMBENTANGAN SEMPENA SEMINAR PEMIKIRAN MELAYU

Assalamualaikum

Bertemu kita sekali lagi. Adakah anda sudah membaca Bab 5 Mr Jantung EX5?. Saya mengharapkan anda memberikan sedikit komentar ikhlas bagi saya memperbaiki penulisan saya.Ramai rakan-rakan saya bertanya. Sebenarnya Blog saya ini berkonsepkan apa?.Ada pula yang tidak bersetuju untuk saya memuatkan Bab Novel Mr Jantung EX5 dalam blog ini.Apa pun pandangan anda saya amat-amat berterima kasih. Disini saya ingin menjelaskan bahwa Blog saya tidak terlalu berat kepada akademik semata-mata. tetapi saya mahu berkongsi dengan para pembaca mengenai apa jua perkara dan isu yang berada di persekitaran kita. Saya turut terpanggil untuk memberikan komentar mengenai isu-isu terkini, berkongsi pengalaman saya, berkongsi idea baik dari segi akademik atau bukan akademik. Saya juga ingin berkongsi berkenaan kegemaran saya, info membeli belah, info drama dan sebagainya. Pendek Kata. Saya mahukan Blog saya dapat diikuti oleh pelbagai lapisan tidak mengira umur atau tahap pengetahuan. 

Untuk Entry kali ini saya ini berkongsi dengan anda mengenai kertas kerja yang telah dibentangkan oleh saya pada 11 April 2013 lepas di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam sempena Seminar Pemikiran Melayu yang dianjurkan oleh IMPAK dan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato Seri Naib Canselor UiTM. Saya telah membentangkan kertas kerja saya yang bertajuk. Kepentingan Imej Fotografi Dalam Kandungan Sosial,Kebudayaan dan Sejarah Melayu Melaka. (Anda boleh akses kertas kerja tersebut yang telah saya uploadkan dalam Academia.edu. Sila klik pautan link tersebut 

Sebenarnya pembentangan itu dapat berjalan dengan lancar. Saya sendiri amat berpuas hati dengan penganjuran.Insyaallah. pada masa akan datang, saya pasti akan menyertai lagi seminar ini. Saya tidak sama sekali malu untuk membentangkan kertas kerja tersebut dalam bahasa melayu..malah, terus terang saya nyatakan, untuk membuat kertas kerja atau prosiding dalam bahasa melayu lebih sukar daripada menulis dalam bahasa inggeris. Itu merupakan cabaran utama yang perlu saya hadapi. Memperkayakan sumber rujukan akademik dalam bahasa melayu bukanlah semudah yang disangka.

Insyaallah, saya akan menyertai pembentangan  SEMINAR BAHASA, SASTERA DAN KEBUDAYAAN MELAYU (SEBAHTERA VI) di Universiti Malaya pada 29 OGOS 2013 yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Melaya. Pada pembentangan kali ini saya akan menyentuh peranan imej fotografi dalam mendokumentasikan Kegemilangan Masjid Warisan Negeri Melaka bersama-sama En Meor Hasmadi Meor Hamzah ,Puan Liza Marziana Md Noh dan En Mustakim Mustafa.

Pada bulan September pula saya akan membentangkan dua kertas kerja berkenaan Implementasi Visual Literasi dalam Pendidikan Visual dan Pendekatan Visual Literasi dalam Dokumentasi Penyiasatan oleh PDRM di Primula Hotel, Kuala Terengganu pada 28 Hingga 29 September 2013 sempena International Academics Conference. 

Dan dalam Bulan Oktober pula saya akan membentangkan satu lagi kertas kerja mengenai Pendidikan Visual Menggunakan Kaedah Visual Literasi yang akan dilangsungkan 21 Oktober 2013 di Johor Bahru. Insyaallah. tempat belum disahkan oleh pihak penganjur. 

Doakan saya agar dapat melakukan yang terbaik kali ini. Insyaallah, jika tiada aral, saya akan uploadkan semua kertas kerja saya dalam academic.edu untuk dikongsi bersama dengan anda. Insyaallah, tiada salahnya berkongsi ilmu, kerana saya amat mempercayai bahawa ilmu yang ada ini adalah milik allah...amin...

Sekian sahaja untuk Entry kali ini. Bertemu kita pada entry yang akan datang. Nantikan Bab seterusnya bagi Novel baru saya Mr Jantung EX5. Insyaallah 

NADZRI MOHD SHARIF 
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi 
Universiti Kebangsaan Malaysia 
Bangi. 






Tuesday 28 May 2013

BINATANG PELIHARAANKU

Assalamualaikum

Sengaja nak mencari mood sebelum memulakan kerja-kerja Phd pagi ini. Seperti biasa, saya perlu untuk menyiapkan Paper Concept untuk dihantar pada hari isnin hadapan bagi kelas SKKP6014 Penulisan Akademik Komunikasi.Saya sudah dapat beberapa sumber dan hanya perlu menyusun atur paper tersebut. Selepas itu boleh lah focus dengan kaedah eksperimen dan meneruskan analisis meta. Insyaallah, next week saya akan kongsikan kepada anda teknik membaca jurnal dan membuat analisis meta untuk dikongsi bersama para pembaca. Untuk Mr Jantung EX5 pula, semalam saya ada juga menulis kesinambungan Bab 5. Insyaallah, sekiranya sempat menyiapkan bab tersebut, saya akan paste kan disini untuk bacaan pembaca sekelian. 

Untuk kali ini saya ingin kongsikan kepada pembaca beberapa ekor binatang peliharaan saya. Sebenarnya kalau nak diikutkan saya mempunyai 4 ekor kucing, tetapi 2 ekor sudah pun mati. Memang sedih tidak terkata. Dua kucing yang mati itu adalah Mimi yang telah mati pada 11 Februari 2013 dan Marie yang telah mati pada 23 April 2013. Dan kini yang hanya bersama sahaja adalah Comel dan Kiki. Alhamdullilah , kedua ekor kucing ini dalam keadaan yang sihat. 

Saya memang agak sentimental sedikit dengan binatang peliharaan. Bagi saya, tidak susah membela kucing malah kita perlu memberikan perhatian kepada kucing sama seperti manusia. Tidaklah terlalu sunyi, malah kita pasti akan terhibur melihat kucing2 bermain dan bergurau senda. Sekurang-kurangnya dapat meleraikan tekanan kerja dan sebagai salah satu cara psikologi untuk melonggarkan tekanan. 

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar kucing kesayangan saya untuk tatapan dan perkongsian. Cuma saya tidak mempunyai simpanan gambar Marie..enjoy ok..



Kiki 



Comel 

Sempat bermain dengan KIKI, Memang manja betul kucing ni 

Marie dalam kenangan ( 11 Februari 2013)


ANAK-ANAK BUAH KESAYANGANKU (SOFEA, ADAM DAN IKHWAN)

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Alhamdulillah, saya baru saja menghabiskan menulis beberapa bab untuk Novel terbaru saya yaitu Mr Jantung EX5 yang telah saya kongsikan beberapa bab dalam Blog saya ini. Insyaallah, saya akan uploadkan setiap hari satu bab untuk bacaan anda semua. Jalan cerita bagi Mr Jantung EX5 ini amat menarik dan mungkin banyak lagi perkara-perkara yang terjadi kepada Wan Muhammad Taqief (Hero cerita) , Hani Syuhaidah (heroin) dan Harris Nor Azam. Cinta dan persahabatan telah menjadi tunjang utama bagi novel Mr Jantung EX5 ini.Mungkin anda ingin mengetahui apakah rahsia yang dsimpan oleh Hani Syuhaidah?.Apakah kesudahan pertemuan dan percintaan Taqief dan Hani Syuhaidah?.Apakah pengorbanan persahabatan antara Taqief dan Azam?. Semuanya akan dibongkarkan sekiranya anda setia bersama dengan blog ini. Harap anda sedia memberikan komentar untuk saya sentiasa memperbaiki penulisan novel terbaru saya ini.Jalan cerita novel ini memang lain daripada yang lain. Anda akan menyaksikan beberapa kejutan. Insyaallah..

Entry kali ini, saya tidaklah menyentuh sangat mengenai Mr Jantung EX5, Saya berikan masa untuk anda berehat sebentar dengan beberapa keping gambar anak-anak buah kesayangan saya yang paling terbaru. Mereka inilah penghibur saya dan penguat semangat saya dalam menghabiskan kerja-kerja Phd dan kerja-kerja penulisan. 

NOR KHALESYA SOFIA BT AHMAD KHAMARUL
(TARIKH LAHIR 20 OKTOBER 2011)

Sedar tak sedar umur Sofea sekarang dah hampir berusia 2 tahun. 


Gambar ini diambil di Nandos KLCC.



Kecil-kecil dah pandai nak tengok buku-buku di Kinokuniya KLCC 

ADAM NAQUIDDIN ( ANAK SEPUPU SAYA) 





AHMAD HARRIS IKHWAN B AHMAD KHAMARUL 
(TARIKH LAHIR 13 APRIL 2013) 


Ketika baru sahaja di lahirkan


Share tidur bersama kakaknya Sofea 


Lena tidur 


gambar Terkini Ahmad Harris Ikhwan

Semuanya comel-comel. Saya sentiasa mendoakan agar semua anak buah saya ini dapat menjadi insan yang soleh, yang taat dengan kedua orang tua dan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Semoga allah berikan mereka kesihatan yang baik dan ketenangan..Amin Ya rabbal alamin...


Wednesday 1 May 2013

SEBELUM 5 MEI 2013..SATU CATATAN DARI SEORANG RAKYAT MALAYSIA...

Assalamualaikum W.B.T

Lama betul kita tidak bersua,terasa rindu pula hendak menulis,Insyaallah pada 5 Mei 2013 nanti, seluruh rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.Ramai yang bertanya kepada saya, siapakah yang akan saya undi?. saya hanya menjawab dengan senyuman. Sebagai ahli akademik, saya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai siapakah pilihan saya, dan siapakah yang akan saya sokong..saya tidak boleh katakan yang saya tidak berminat dengan politik. Sebagai ahli akademik saya kena menganalisis apa sahaja persekitaran yang berlaku dan terkini. Blog kali ini bukannya saya bertujuan untuk mengulas situasi yang berlaku sekarang. Tetapi lebih kepada pandangan peribadi saya.Saya hanya menulis untuk bertukar-tukar pandangan saya mengenai situasi yang berlaku di negara kita pada masa sekarang. Insyaallah, saya bersedia menerima apa sahaja komentar dan teguran daripada saudara dan saudari. 

Apa yang saya ingin katakan disini, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah ini, secara jujurnya, saya berasa amat takut dan susah hati dengan situasi yang berlaku sekarang. Pada pandangan saya, senario politik di negara kita umpama tidak stabil. Kita telah mendengar dan menyaksikan banyak perkara yang kadang kala membuat saya terfikir dan tidak dapat diterima oleh akal. Cacian, makian, penyebaran video seks pemimpin parti, bersifat perkauman,pendedahan skandal, memburukkan personaliti dan banyak lagi. Semakin dekat tarikh 5 Mei 2013 ini, semakin banyak perkara yang tidak enak di perdengarkan...kadang kala saya bertanya, dimanakah kematangan kita dalam pilihanraya ini?. Kenapa pilihanraya tidak dijalankan secara profesional?. Mengapa perlu kita menggunakan taktik murahan yang kadang kala saya tidak dapat menerima. Sebagai salah seorang rakyat yang amat cintakan negara ini, saya hanya mahukah satu pilihanraya yang adil, selamat dan matang. Bukan pilihanraya yang kotor dan penuh dengan tipu daya. Pada pandangan saya, tempoh kempen yang terlalu lama ini juga sebagai satu faktor peribadi seseorang calon akan ditelanjangkan...Agama islam sendiri mengajar umatnya agar tidak memburukkan dan mengaibkan sesiapa...apatah lagi menjatuhkan maruah seseorang dengan hinanya. Tetapi kerana cita-cita politik dan kuasa, segala larangan dan ajaran islam telah dilanggar dan diketepikan..mereka umpama tidak takut dengan balasan dan hukum allah..Saya berasa cukup gusar dan risau dengan situasi yang ada sekarang. 

Medium sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain telah dijadikan satu medium untuk menyebarkan fitnah.Tidak salah untuk menggunakan medium ini, tetapi gunakan dengan sebaiknya. Kadangkala, sesuatu perkara yang tidak sahih jika disebarkan dengan niat jahat yang tertentu, akan membuatkan negara kita menjadi kucar kacir..Niat tidak menghalalkan cara sebenarnya, tetapi semuanya bergantung kepada kesahihan maklumat, apa yang menyedihkan saya, ada pula manusia yang berniat jahat menyamakan seorang parti pemimpin dengan babi...Masya allah, dengan tujuan apa mereka berbuat demikian, mengapa kita sanggup merendahkan pemikiran kita dengan berbuat sesuatu yang bertujuan menjatuhkan maruah seseorang?. Apa salahnya sekiranya kita berfikiran matang, bertanding dan hanya bercakap tanpa mengaibkan seseorang?. Berkempen tanpa menyentuh peribadi...hanya mempersoalkan perjuangan dan manifesto part sahaja. Bercakap pula biarlah perkara yang benar... jangan membuat spekulasi yang boleh menyebabkan rakyat tidak selesa..jangan berkata sesuatu yang boleh menghancurkan keharmonian negara...saya amat risau sekiranya sejarah hitam negara akan berulang...memang benar, rakyat Malaysia sukakan politik, tetapi biarlah politik yang matang. 

Saya tidaklah pandai mengenai agama, saya masih lagi belajar dan menuntut ilmu agama, sebagai umat islam, saya tidak suka dikaitkan dan dipermainkan agama untuk tujuan politik..saya tidak suka sumpah laknat dipermainkan. saya tidak suka dikafirkan, saya tidak suka umat islam berpecah belah...Macam saya beritahu tadi, siapa yang tidak risau sekiranya pahala dan keislaman kita dipersoalkan kerana menyokong parti tertentu?. saya akan terasa wasangka...saya akan terasa tidak yakin dan sebagainya. Biarlah fatwa dan percakapan itu berlandaskan alquran dan sunnah...jangan tafsirkan sehingga mengundang ketidak selesaan umat.. Dosa besar...Saya cuma memohon ulama, imam dan cerdik pandai agama, bersuaralah, dan pertahankan kebenaran...mereka ini jangan dikaitkan dengan politik, sekiranya percakapan seseorang itu melanggar hukum allah, pertahankan, beritahu yang sepatutnya, dan janganlah berdiam diri...saya tidak mahu fikiran saya menjadi menyimpang....Islam bukan boleh becakap mengikut logik akal, kita mempunyai alquran dan sunnah... sebagai contoh, sekiranya hukum hudud itu merupakan hukum yang telah diperintahkan oleh alllah, laksanakan lah, tetapi persoalan nya, bagaimana pelaksanaannya?, itu yang perlu diberitahu oleh ahli ulama, imam dan cerdik pandai agaman, berikan maklumat yang sewajarnya kepada rakyat. Saya percaya, tidak ramai yang faham mengenai hudud...Janganlah mem politikkan perintah allah dan tuntutan agama....Berkata benarlah walaupun ianya pahit. 

Kerana Politik, umat islam berpecah, melayu sesama melayu bergaduh, apa sebenarnya dicari oleh parti politik negara kita?. Mengapa perselisihan ini tidak diselesaikan pada meja rundingan?. mengapa sesetengah parti politik terlalu tamak dengan kuasa?. tidak salah rasanya sekiranya berkongsi demi menjaga perpaduan Melayu?. Jangan sesekali fikir, untuk menjadi pemimpin adalah meng kayakan keluarga, sanak saudara atau sahabat handai dengan duit yang diambil dari Rakyat?. Mengapa duit rakyat ini tidak dibelanjakan bersama dan diuruskan bersama oleh parti politik?.Mengapa sanggup mengejar kuasa sehingga mengakibatkan perpecahan?. Rakyat ini umpama mentimun. Durian sama durian bergolek, mentimun hancur ditengah-tengah.. Saya percaya, rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang telus dan negara yang harmoni. Kami memerlukan negara yang aman damai... sekiranya negara bergolak..siapa yang perlu dipersalahkan?. tidak ada sesiapa yang mengaku bersalah, malah suka menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Kita ambil contoh negara-negara yang tengah bergolak kerana perselisihan politik, membunuh rakyat, menyusahkan rakyat...adakah kita mahukan Malaysia menjadi begitu?. Mohonlah kepada parti politik, berbincang dan bermuzakarah lah...demi perpaduan bangsa, ketepikan segala cita-cita politik yang kotor, bersihkan dan ikhlaskan hati demi negara Malaysia yang tercinta.. Ini tanah kita..Ini Negara Kita...kalau tanah dan negara ini porak peranda, mana tempat lagi yang kami rakyat Malaysia hendak pergi?. Jadikan negara palestin sebagai contoh...saya tak nak jadi seperti itu...

Kita sayangkan Malaysia..ini tanah tumpah negara kita...Kita bersama-sama pertahankannya...saya amat mengharapkan pilihanraya 5 mei 2013 nanti dapat dilaksanakan secara berhemah dan profesional. Kita terima dengan terbuka sesiapa sahaja yang akan memerintah nanti dengan redha...Pemimpin yang akan membentuk kerajaan nanti, laksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat...galas tanggungjawab itu dengan sebaiknya...kita hormati suara majoriti...Saya sayangkan Malaysia...saya sayangkan tanah dimana saya pijak... semoga allah melindungi kita semua...amin...