Bertemu kita sekali lagi. Adakah anda sudah membaca Bab 5 Mr Jantung EX5?. Saya mengharapkan anda memberikan sedikit komentar ikhlas bagi saya memperbaiki penulisan saya.Ramai rakan-rakan saya bertanya. Sebenarnya Blog saya ini berkonsepkan apa?.Ada pula yang tidak bersetuju untuk saya memuatkan Bab Novel Mr Jantung EX5 dalam blog ini.Apa pun pandangan anda saya amat-amat berterima kasih. Disini saya ingin menjelaskan bahwa Blog saya tidak terlalu berat kepada akademik semata-mata. tetapi saya mahu berkongsi dengan para pembaca mengenai apa jua perkara dan isu yang berada di persekitaran kita. Saya turut terpanggil untuk memberikan komentar mengenai isu-isu terkini, berkongsi pengalaman saya, berkongsi idea baik dari segi akademik atau bukan akademik. Saya juga ingin berkongsi berkenaan kegemaran saya, info membeli belah, info drama dan sebagainya. Pendek Kata. Saya mahukan Blog saya dapat diikuti oleh pelbagai lapisan tidak mengira umur atau tahap pengetahuan.
Untuk Entry kali ini saya ini berkongsi dengan anda mengenai kertas kerja yang telah dibentangkan oleh saya pada 11 April 2013 lepas di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam sempena Seminar Pemikiran Melayu yang dianjurkan oleh IMPAK dan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato Seri Naib Canselor UiTM. Saya telah membentangkan kertas kerja saya yang bertajuk. Kepentingan Imej Fotografi Dalam Kandungan Sosial,Kebudayaan dan Sejarah Melayu Melaka. (Anda boleh akses kertas kerja tersebut yang telah saya uploadkan dalam Academia.edu. Sila klik pautan link tersebut
Sebenarnya pembentangan itu dapat berjalan dengan lancar. Saya sendiri amat berpuas hati dengan penganjuran.Insyaallah. pada masa akan datang, saya pasti akan menyertai lagi seminar ini. Saya tidak sama sekali malu untuk membentangkan kertas kerja tersebut dalam bahasa melayu..malah, terus terang saya nyatakan, untuk membuat kertas kerja atau prosiding dalam bahasa melayu lebih sukar daripada menulis dalam bahasa inggeris. Itu merupakan cabaran utama yang perlu saya hadapi. Memperkayakan sumber rujukan akademik dalam bahasa melayu bukanlah semudah yang disangka.
Insyaallah, saya akan menyertai pembentangan SEMINAR BAHASA, SASTERA DAN KEBUDAYAAN MELAYU (SEBAHTERA VI) di Universiti Malaya pada 29 OGOS 2013 yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Melaya. Pada pembentangan kali ini saya akan menyentuh peranan imej fotografi dalam mendokumentasikan Kegemilangan Masjid Warisan Negeri Melaka bersama-sama En Meor Hasmadi Meor Hamzah ,Puan Liza Marziana Md Noh dan En Mustakim Mustafa.
Pada bulan September pula saya akan membentangkan dua kertas kerja berkenaan Implementasi Visual Literasi dalam Pendidikan Visual dan Pendekatan Visual Literasi dalam Dokumentasi Penyiasatan oleh PDRM di Primula Hotel, Kuala Terengganu pada 28 Hingga 29 September 2013 sempena International Academics Conference.
Dan dalam Bulan Oktober pula saya akan membentangkan satu lagi kertas kerja mengenai Pendidikan Visual Menggunakan Kaedah Visual Literasi yang akan dilangsungkan 21 Oktober 2013 di Johor Bahru. Insyaallah. tempat belum disahkan oleh pihak penganjur.
Doakan saya agar dapat melakukan yang terbaik kali ini. Insyaallah, jika tiada aral, saya akan uploadkan semua kertas kerja saya dalam academic.edu untuk dikongsi bersama dengan anda. Insyaallah, tiada salahnya berkongsi ilmu, kerana saya amat mempercayai bahawa ilmu yang ada ini adalah milik allah...amin...
Sekian sahaja untuk Entry kali ini. Bertemu kita pada entry yang akan datang. Nantikan Bab seterusnya bagi Novel baru saya Mr Jantung EX5. Insyaallah
NADZRI MOHD SHARIF
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi.
No comments:
Post a Comment