Followers

Wednesday 1 May 2013

SEBELUM 5 MEI 2013..SATU CATATAN DARI SEORANG RAKYAT MALAYSIA...

Assalamualaikum W.B.T

Lama betul kita tidak bersua,terasa rindu pula hendak menulis,Insyaallah pada 5 Mei 2013 nanti, seluruh rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.Ramai yang bertanya kepada saya, siapakah yang akan saya undi?. saya hanya menjawab dengan senyuman. Sebagai ahli akademik, saya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai siapakah pilihan saya, dan siapakah yang akan saya sokong..saya tidak boleh katakan yang saya tidak berminat dengan politik. Sebagai ahli akademik saya kena menganalisis apa sahaja persekitaran yang berlaku dan terkini. Blog kali ini bukannya saya bertujuan untuk mengulas situasi yang berlaku sekarang. Tetapi lebih kepada pandangan peribadi saya.Saya hanya menulis untuk bertukar-tukar pandangan saya mengenai situasi yang berlaku di negara kita pada masa sekarang. Insyaallah, saya bersedia menerima apa sahaja komentar dan teguran daripada saudara dan saudari. 

Apa yang saya ingin katakan disini, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah ini, secara jujurnya, saya berasa amat takut dan susah hati dengan situasi yang berlaku sekarang. Pada pandangan saya, senario politik di negara kita umpama tidak stabil. Kita telah mendengar dan menyaksikan banyak perkara yang kadang kala membuat saya terfikir dan tidak dapat diterima oleh akal. Cacian, makian, penyebaran video seks pemimpin parti, bersifat perkauman,pendedahan skandal, memburukkan personaliti dan banyak lagi. Semakin dekat tarikh 5 Mei 2013 ini, semakin banyak perkara yang tidak enak di perdengarkan...kadang kala saya bertanya, dimanakah kematangan kita dalam pilihanraya ini?. Kenapa pilihanraya tidak dijalankan secara profesional?. Mengapa perlu kita menggunakan taktik murahan yang kadang kala saya tidak dapat menerima. Sebagai salah seorang rakyat yang amat cintakan negara ini, saya hanya mahukah satu pilihanraya yang adil, selamat dan matang. Bukan pilihanraya yang kotor dan penuh dengan tipu daya. Pada pandangan saya, tempoh kempen yang terlalu lama ini juga sebagai satu faktor peribadi seseorang calon akan ditelanjangkan...Agama islam sendiri mengajar umatnya agar tidak memburukkan dan mengaibkan sesiapa...apatah lagi menjatuhkan maruah seseorang dengan hinanya. Tetapi kerana cita-cita politik dan kuasa, segala larangan dan ajaran islam telah dilanggar dan diketepikan..mereka umpama tidak takut dengan balasan dan hukum allah..Saya berasa cukup gusar dan risau dengan situasi yang ada sekarang. 

Medium sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain telah dijadikan satu medium untuk menyebarkan fitnah.Tidak salah untuk menggunakan medium ini, tetapi gunakan dengan sebaiknya. Kadangkala, sesuatu perkara yang tidak sahih jika disebarkan dengan niat jahat yang tertentu, akan membuatkan negara kita menjadi kucar kacir..Niat tidak menghalalkan cara sebenarnya, tetapi semuanya bergantung kepada kesahihan maklumat, apa yang menyedihkan saya, ada pula manusia yang berniat jahat menyamakan seorang parti pemimpin dengan babi...Masya allah, dengan tujuan apa mereka berbuat demikian, mengapa kita sanggup merendahkan pemikiran kita dengan berbuat sesuatu yang bertujuan menjatuhkan maruah seseorang?. Apa salahnya sekiranya kita berfikiran matang, bertanding dan hanya bercakap tanpa mengaibkan seseorang?. Berkempen tanpa menyentuh peribadi...hanya mempersoalkan perjuangan dan manifesto part sahaja. Bercakap pula biarlah perkara yang benar... jangan membuat spekulasi yang boleh menyebabkan rakyat tidak selesa..jangan berkata sesuatu yang boleh menghancurkan keharmonian negara...saya amat risau sekiranya sejarah hitam negara akan berulang...memang benar, rakyat Malaysia sukakan politik, tetapi biarlah politik yang matang. 

Saya tidaklah pandai mengenai agama, saya masih lagi belajar dan menuntut ilmu agama, sebagai umat islam, saya tidak suka dikaitkan dan dipermainkan agama untuk tujuan politik..saya tidak suka sumpah laknat dipermainkan. saya tidak suka dikafirkan, saya tidak suka umat islam berpecah belah...Macam saya beritahu tadi, siapa yang tidak risau sekiranya pahala dan keislaman kita dipersoalkan kerana menyokong parti tertentu?. saya akan terasa wasangka...saya akan terasa tidak yakin dan sebagainya. Biarlah fatwa dan percakapan itu berlandaskan alquran dan sunnah...jangan tafsirkan sehingga mengundang ketidak selesaan umat.. Dosa besar...Saya cuma memohon ulama, imam dan cerdik pandai agama, bersuaralah, dan pertahankan kebenaran...mereka ini jangan dikaitkan dengan politik, sekiranya percakapan seseorang itu melanggar hukum allah, pertahankan, beritahu yang sepatutnya, dan janganlah berdiam diri...saya tidak mahu fikiran saya menjadi menyimpang....Islam bukan boleh becakap mengikut logik akal, kita mempunyai alquran dan sunnah... sebagai contoh, sekiranya hukum hudud itu merupakan hukum yang telah diperintahkan oleh alllah, laksanakan lah, tetapi persoalan nya, bagaimana pelaksanaannya?, itu yang perlu diberitahu oleh ahli ulama, imam dan cerdik pandai agaman, berikan maklumat yang sewajarnya kepada rakyat. Saya percaya, tidak ramai yang faham mengenai hudud...Janganlah mem politikkan perintah allah dan tuntutan agama....Berkata benarlah walaupun ianya pahit. 

Kerana Politik, umat islam berpecah, melayu sesama melayu bergaduh, apa sebenarnya dicari oleh parti politik negara kita?. Mengapa perselisihan ini tidak diselesaikan pada meja rundingan?. mengapa sesetengah parti politik terlalu tamak dengan kuasa?. tidak salah rasanya sekiranya berkongsi demi menjaga perpaduan Melayu?. Jangan sesekali fikir, untuk menjadi pemimpin adalah meng kayakan keluarga, sanak saudara atau sahabat handai dengan duit yang diambil dari Rakyat?. Mengapa duit rakyat ini tidak dibelanjakan bersama dan diuruskan bersama oleh parti politik?.Mengapa sanggup mengejar kuasa sehingga mengakibatkan perpecahan?. Rakyat ini umpama mentimun. Durian sama durian bergolek, mentimun hancur ditengah-tengah.. Saya percaya, rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang telus dan negara yang harmoni. Kami memerlukan negara yang aman damai... sekiranya negara bergolak..siapa yang perlu dipersalahkan?. tidak ada sesiapa yang mengaku bersalah, malah suka menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Kita ambil contoh negara-negara yang tengah bergolak kerana perselisihan politik, membunuh rakyat, menyusahkan rakyat...adakah kita mahukan Malaysia menjadi begitu?. Mohonlah kepada parti politik, berbincang dan bermuzakarah lah...demi perpaduan bangsa, ketepikan segala cita-cita politik yang kotor, bersihkan dan ikhlaskan hati demi negara Malaysia yang tercinta.. Ini tanah kita..Ini Negara Kita...kalau tanah dan negara ini porak peranda, mana tempat lagi yang kami rakyat Malaysia hendak pergi?. Jadikan negara palestin sebagai contoh...saya tak nak jadi seperti itu...

Kita sayangkan Malaysia..ini tanah tumpah negara kita...Kita bersama-sama pertahankannya...saya amat mengharapkan pilihanraya 5 mei 2013 nanti dapat dilaksanakan secara berhemah dan profesional. Kita terima dengan terbuka sesiapa sahaja yang akan memerintah nanti dengan redha...Pemimpin yang akan membentuk kerajaan nanti, laksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat...galas tanggungjawab itu dengan sebaiknya...kita hormati suara majoriti...Saya sayangkan Malaysia...saya sayangkan tanah dimana saya pijak... semoga allah melindungi kita semua...amin...

No comments: