DEFINASI TEORI
Salah satu teori komunikasi yang saya pilih
untuk memenuhi tugasan yang  diberikan
untuk kritikan teori ialah Hipotesis
Jurang pengetahuan atau dalam bahasa inggerisnya (Knowledge Gap Hyphothesis). Definasi teori ini amat berkait rapat dengan
"maklumat" dan "pengetahuan”. Teori ini lebih menumpukan kepada
aspek penekanan pengetahuan yang tidak diagihkan sama rata kepada seluruh
masyarakat kerana terbatas kepada jurang penyampaian. Ini membawa maksud
penyampaian maklumat telah mempunyai jurang penyampaian di antara masyarakat kaya
dan miskin .Kekayaan maklumat telah menjadi isu yang sangat penting dalam
masyarakat kita kerana sesebuah negara maju amat bergantung kepada rakyat yang
berpengetahuan untuk mengurangkan jurang sesuatu hirarki masyarakat. 
Teori ini telah
menggambarkan bahawa pada hakikatnya setiap manusia diciptakan oleh tuhan itu mempunyai
kemampuan yang sama, namun tahap kemampuan itu akan mempengaruhi sama ada ia
dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi ataupun mempunyai pendidikan yang
rendah. Penilaian terhadap individu itu dapat dilihat dari aspek kemampuan
penglihatan, kemampuan berkomunikasi ataupun kemampuan mengolah perbualan.
Kebanyakan manusia akan mudah menilai setiap individu itu samaada berpendidikan
ataupun tidak berpendidikan dilihat dari sudut  kemampuan individu tadi memahami maklumat dan
menguasai hirarki sosial.
Jika arus maklumat dalam satu
sistem sosial meningkat, maka masyarakat yang lebih berpendidikan akan menjadi
lebih tinggi status ekonominya, kumpulan masyarakat ini mampu untuk menyerap
maklumat daripada masyarakat yang berpendidikan dan berstatus sosial ekonomi
rendah. Peningkatan maklumat itu akan melebarkan jurang pengetahuan dan ruang penghubung
komunikasi tersebut.
Sebenarnya maklumat tidak hanya menjadikan jurang pengetahuan bertambah lebar, malah banyak lagi faktor yang boleh dijadikan sebagai alasan menyebabkan timbulnya jurang yang lain, seperti contoh jurang sikap dan tingkah laku. Jurang tersebut tidak hanya dapat ditimbulkan oleh komunikasi masa(Anders 2012) namun komunikasi langsung juga boleh mempunyai kesan yang sama. Faktor tersebut tidak semestinya terbatas terhadap perbezaan tahap pendidikan dan ekonomi. Sehingga lebih menekankan istilah jurang kesan komunikasi.
Teori Hipotesis Jurang Pengetahuan pertama
kali dicadangkan dan dilakukan penyelidikan oleh Tichenor, Donohue dan Olien di
Universiti Minnesota dalam tahun 70-an. Mereka percaya bahawa peningkatan
maklumat dalam masyarakat tidak sama diperolehi oleh setiap ahli masyarakat.
Ini membawa maksud ,masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih
tinggi cenderung untuk mempunyai keupayaan yang lebih untuk memperoleh maklumat
(Weng, SC 2002).
Hasil penyelidikan ini telah menetapkan bahawa
masyarakat mempunyai dua kumpulan utama berdasarkan kepada hirarki sosial
manusia. Dua kumpulan yang dimaksudkan ialah satu kumpulan yang lebih
berpendidikan yaitu masyarakat yang mengetahui lebih lanjut mengenai
perkara-perkara yang berlaku pada persekitaran mereka seperti contoh penyebaran
berita yang cepat,akses kepada teknologi yang canggih dan mampu untuk
menganalisis perkara berdasarkan tahap pendidikan(Anders 2012) . Bagi kumpulan
dua pula ialah masyarakat yang mempunyai pendidikan rendah telah mempunyai
batasan tertentu untuk menerima maklumat, kekurangan kemampuan untuk akses
maklumat, kurang analisis pengetahuan berdasarkan kepada tahap pendidikan dan
cara hidup yang rendah.  
Sosio ekonomi manusia dapat dibezakan atau
diukur serta ditakrifkan melalui tahap pendidikan, mempunyai sedikit atau tiada
pengetahuan tentang isu-isu hal ehwal awam, kemampuan untuk akses peristiwa
berita dan penemuan baru yang penting, Bagi masyarakat yang mempunyai sosio
ekonomi yang rendah biasanya tidak bimbang tentang kekurangan pengetahuan
mereka. 
MENGENALI
PERBEZAAN POTENSI KOMUNIKASI SETIAP INDIVIDU
Ketika individu yang
sedang mencari sesuatu maklumat, pasti maklumat tersebut akan menjadi cepat diperolehi.
Tetapi yang membezakan maklumat itu adalah berdasarkan pemahaman sesuatu
individu tersebut, seperti contoh,kemampuan memperoleh maklumat seseorang guru
akan menjadi lebih cepat berbanding dengan seorang petani di kampung, namun
begitu penerimaan atau pemahaman sesuatu maklumat itu akan berbeza kerana guru
tersebut berpendidikan tinggi berbanding dengan petani tersebut. Penyerapan
atau penerimaan maklumat itu pasti berbeza adalah kerana guru tersebut telah di
bekalkan kedudukan sosial yang lebih baik akan mudah mendapatkan maklumat berbanding
dengan petani tersebut yang munkin mendapatkan maklumat daripada akhbar biasa.  
Dalam perbandingan di atas, haruslah ditegaskan bahwa perbezaan ciri-ciri asas individu
seorang guru dengan petani tadi dapat dilihat dari mana individu masing – masing
itu tinggal, biasanya persekitaran tempat tinggal juga sangat mempengaruhi
kemampuan memperoleh sebuah maklumat, misalnya seorang guru dimana tempat
tinggalnya dikelilingi atau dipenuhi dengan pusat maklumat, web zone dan
sebagainya, sudah jelas guru tadi dengan cepat memperoleh maklumat, sedangkan petani
yang tempat tinggalnya tidak ada faktor yang menyokong, ianya akan sukar memperolehi
maklumat, khususnya berita yang terkini.
TERAS ANDAIAN DAN PENYATA
Jurang pengetahuan boleh mengakibatkan peningkatan
jurang antara masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih rendah
dan lebih tinggi. Percubaan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dengan maklumat
melalui media massa mungkin tidak sentiasa berkesan seperti yang diharapkan.
Media massa mungkin mempunyai kesan meningkatkan jurang perbezaan di antara masyarakat
mengikut hirarki kelas social(Nojin Kwak 1999).
Tichenor, Donohue dan Olien (1970) telah
mengariskan enam sebab utama yang  mewajarkan
jurang pengetahuan diantara masyarakat tersebut. Antara enam sebab yang
dinyatakan adalah seperti berikut: 
1) Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi
mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih baik, berpendidikan, membaca, memahami
dan mengingat maklumat dengan lebih mudah.
2)   Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi boleh
menyimpan maklumat lebih mudah atau memahami latar belakang bagi sesuatu topik
atau isu kerana mempunyai akses media yang luas. 
3)  Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi mungkin
mempunyai konteks sosial yang lebih relevan. 
4)     Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi adalah
lebih baik dalam didedahkan oleh media, penerimaan dan pengekalan. 
5)     Malahan dalam penyeldikan mereka juga telah menyatakan bahawa sifat
media massa itu sendiri lebih menjurus ke arah masyarakat yang mempunyai status
sosioekonomi yang lebih tinggi.
6)     Masyarakat akan memperolehi pengetahuan kerana
maklumat tambahan, akan tetapi bahawa masyarakat status sosioekonomi yang lebih
tinggi akan mendapat lebih banyak maklumat.
KRITIKAN HIPOTESIS JURANG
PENGETAHUAN:
Dervin (1980) telah
     mengkritik teori ini dengan memberikan pandangan bahawa berdasarkan
     sumber-penghantaran mesej kepada penerima melalui cara penyampaian
     komunikasi secara tradisional akan pasti mempunyai kekurangannya. Ini
     bermakna teori Hipotesis Jurang Pengetahuan hanya melihat penyampaian
     kepada kedua golongan tersebut secara tradisional semata-mata tanpa
     mengambil kira kepada peredaran semasa. Walaupun media masa tradisional pastinya
     mempunyai pengaruh ke atas penggunaan teknologi komunikasi baru (misalnya,
     melalui pengiklanan atau melalui melihat ikon menggunakan produk
     tertentu), hujah yang sama boleh dibuat untuk teknologi baru itu sendiri
     dalam konteks jurang digital (Leo 2011). Menggunakan teknologi tertentu
     boleh menjadi sangat baik untuk merapatkan jurang dan adakalanya menjadi tidak
     relevan untuk memperolehi produk berkaitan atau teknologinya .Ini
     merupakan satu senario yang agak berbeza, tidak semestinya orang yang mempunyai
     kelengkapan teknologi yang tinggi mampu menerima maklumat yang
     banyak.Ianya bergantung kepada sikap dan personaliti individu itu sendiri
     untuk mempunyai kemahuan untuk mengakses maklumat.
- Kesan
     revolusi teknologi dalam komunikasi boleh melebarkan lagi yang JURANG
     KOMUNIKASI. Jadi, adanya teknologi baru boleh menjejaskan JURANG
     KOMUNIKASI
 
- Walau bagaimanapun, seperti
     contoh penyelidikan mengenai Internet yang jelas menunjukkan bahawa masyarakat
     yang menggunakan perkhidmatan internet dengan kerap agak cenderung untuk
     bukan sahaja meneruskan perkhidmatan, tetapi untuk menaik taraf
     perkhidmatan mereka (Okafor 2011). Begitu juga, dengan masyarakat yang
     sering menggunakan perkhidmatan internet mereka yang lari dari tujuan
     asalnya untuk mencari maklumat. Kes-kes penyalahgunaan internet semakin
     berleluasa. Sekiranya ini berlaku, penyebaran maklumat seperti yang
     terkandung dalam teori ini tidak relevan. (Palen, Salzman, & Youngs,
     2000). Maklumat tidak dapat disebarkan walaupun golongan masyarakat
     tersebut mempunyai perkhidmatan ini. Oleh itu, tidak semestinya dalam
     penggunaan jurang digital teknologi yang akan bertindak sebagai penggerak
     yang aktif untuk merapatkan jurang tetapi ianya bergantung kepada
     pemahaman terhadap fungsi teknologi itu berbanding mengatasi peranan
     sebenar media massa dalam menyebarkan pengetahuan.
 
- Walaupun
     majoriti daripada penyelidikan menyokong cadangan bahawa masyarakat yang
     mempunyai pendidikan tinggi akan memiliki hubungkait pengetahuan yang
     lebih besar mengenai pelbagai topik, hipotesis jurang pengetahuan
     menyatakan bahawa hubungan ini perlu disederhanakan oleh tahap publisiti
     media isu yang diberikan untuk menerima sesuatu maklumat.Walau
     bagaimanapun, beberapa kajian jurang pengetahuan boleh memperbetulkan
     tanggapan bahawa publisiti media sebagai pembolehubah dan boleh mengubah
     pandangan individu terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan.
 
- Teori Hipotesis
     Jurang Pengetahuan tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesan-kesan
     teknologi baru yang akan sentiasa diperbaharui mengikut peredaran masa.
     Masyarakat akan berada pada satu tahap dimana maklumat yang dipegang oleh
     orang ramai akan mempunyai perbezaan yang ketara .Banyak teknologi baru
     adalah mahal. Kerana kos, teknologi ini mungkin lebih tersedia. Sekiranya individu
     sanggup berbelanja lebih, maka mereka akan memperolehi akses maklumat yang
     lebih cepat dan canggih. Jika akses kepada perkhidmatan maklumat ini tidak
     universal disediakan di seluruh masyarakat secara percuma ataupun murah,
     maka mereka yang sudah "yang kaya dengan maklumat" boleh meraih
     manfaat manakala "miskin maklumat" dapat merapati jurang
     tersebut(Anders 2012) . Hasil daripada teori ini "jurang maklumat"
     boleh membawa kepada peningkatkan konflik . kesan revolusi teknologi dalam
     komunikasi boleh melebarkan lagi teori ini. Ini membawa maksud, dengan adanya
     teknologi baru boleh menjadikan teori ini tidak relevan.
 
- Kerana
     trend masa ,analisis daripada hasil makalah jurnal yang menjadi sumber
     rujukan telah menunjukkan perbezaan pengetahuan berubah-ubah dari masa ke
     masa, kebanyakan kajian yang dilaksanakan telah banyak memberikan gambaran
     yang ringkas dan berpotensi mengelirukan atau menolak Teori Hipotesis
     Jurang Pengetahuan
 
- Melebarkan jurang
     pengetahuan adalah lebih kerap berlaku dalam masyarakat dengan pelbagai
     sumber maklumat (masyarakat majmuk) berbanding dengan mendapatkan maklumat
     secara formal tetapi  dengan saluran
     komunikasi (masyarakat homogen).Apabila isu tempatan mempunyai kesan
     serta-merta dan kuat, jurang pengetahuan mungkin merosot. 
 
- Tahap pengetahuan
     yang positif. Asas teori ini boleh digunakan untuk membahagikan peranan
     dan teknologi digital dalam masyarakat. Hasil daripada penyampaian maklumat
     atau pengetahuan, maksud jurang digital merujuk kepada literasi,
     kemahiran, atau keupayaan (termasuk, pada masa-masa, kemahiran atau
     keupayaan untuk mendapatkan maklumat dengan teknologi). Masih terdapat dua
     kumpulan yang 'tinggi' dan 'rendah,' atau, 'mempunyai' dan 'tidak
     mempunyai' jurang digital. Jurang digital tidak terhad kepada
     sosioekonomi, umur, bangsa, motivasi, rangkaian sosial, jantina, dan
     akses. Beberapa faktor-faktor ini telah dikaji secara ringkas seperti di atas.
     Akhirnya, hasil daripada pengaruh media,kumpulan masyarakat bukan sahaja telah
     dapat dibangunkan tetapi juga berlakunya peningkatan perselisihan maklumat
     di antara masyarakat meningkat dengan peningkatan penggunaan media. Satu pemahaman
     melalui isu ini ialah"orang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin
     miskin."
 
- Evatt (1998) pula
     telah berhujah bahawa penyelidik perlu memastikan bahawa maklumat yang
     mereka sedang menguji berguna dan relevan untuk penonton yang sedang
     diuji. (Pengetahuan fakta berbanding konsep).
 
- Tahap psikologi
     individu dan masyarakat perlu dianalisis bagi menghasilkan perbezaan
     pemikiran serta pemahaman dan melihat dari aspek klasifikasi inovasi,
     keperluan, kognitif, ancaman dan faedah.
 
- Kajian yang telah
     dilakukan oleh teori ini dilihat mempunyai kelemahan apabila kajian yang
     dilakukan tidak mengambil kira perbezaan jantina dan kebudayaan bangsa
     yang tidak diutamakan atau diambilkira dalam penyelidikan. Teori ini juga perlu
     mengambil perhatian terhadap perbezaan jenis pekerjaan dan pendapatan
     masyarakat sebelum mengklasifikasi taraf sosio ekonomi secara jelas dan
     menetapkan hirarki social sesuatu kumpulan masyarakat. 
 
- Dalam fasa
     seterusnya dalam penyelidikan mereka, penyelidik teori ini telah menerokai
     implikasi jangka terhadap sistem operasi komuniti tempatan dengan mengkaji
     peranan yang dimainkan oleh media berita apabila masyarakat menghadapi
     konflik sosial. Media Berita akan membolehkan masyarakat dengan berkesan
     menyelesaikan konflik atau konflik akan diburukkan lagi dengan pelbagai spekulasi.
     Ini membawa maksud jurang pengetahuan itu tidak berfungsi kerana ada
     kalanya media digunakan dengan niat serta spekulasi tertentu. Tidak semua
     berita yang disampaikan kepada masyarakat itu benar dan sahih.
 
- Penyelidik mengkaji
     konflik yang berlaku dalam masyarakat mengenai pelbagai contoh isu seperti
     perbahasan pencemaran alam sekitar, pembalakan hutan belantara, dan
     pembinaan talian kuasa voltan tinggi; konflik ini boleh diselesaikan dalam
     beberapa cara. Media berita hanya akan memaklumkan kepada keseluruhan
     masyakarat, tetapi hanya golongan minoriti yang aktif dalam politik dan
     komuniti akan mencari jalan untuk mengawal konflik dan cuba menyelesaikan
     isu ini. Sekiranya teori dari Tichenor, Donohue dan Olien (1970)  diambil kira, media berita akan bertindak
     menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat, tetapi penerimaan berita
     itu akan terbahagi kepada dua seperti yang kita bincangkan .Tetapi secara
     realitinya, tidak semua masyarakat akan mengambil perhatian mengenai isu
     yang disampaikan. Malah ada antara mereka akan bertindak sebagai kumpulan minoriti
     dan pasif yaitu mengambil sifat berdiam diri walaupun masyarakat itu
     merupakan pemegang hirarki sosial yang berpendidikan tinggi. Ini membawa
     pandangan perspektif bahawa penerimaan maklumat kepada vmasyarakat akan
     bergantung kepada sikap. Sekiranya ini berlaku, teori ini tidak relevan
     atau tidak dapat digunapakai.
 
- Dalam hampir setiap
     kes, setiap konflik telah dimulakan oleh ejen-ejen luar, pemimpin tempatan,
     termasuk penerbit akhbar dan pihak yang berkepentingan. Kajian ini telah
     mendapati bahawa apabila sesuatu konflik yang dilaporkan merupakan berita buruk
     atau negatif, mungkin lebih dan banyak lagi kumpulan akan bertindak
     menanganinya tidak mengira lapisan masyarakat ataupun menurut perbezaan
     hirarki sosial.Walaupun biasanya masyarakat yang tidak terlibat dalam
     politik atau bersikap tidak peduli akhirnya ditarik bersama masuk ke dalam
     konflik tersebut, maka pernerimaannya menjadi semakin meningkat.Tetapi
     dalam komuniti yang sama, kebanyakan maklumat yang datang dari media media
     luar atau tempatan, sama ada ditegah melaporkan tentang sesuatu konflik
     atau sangat terhad laporan sesuatu isu tersebut ataupun laporan media
     tersebut dibuat secara tidak menyeluruh dan hanya menyediakan sedikit maklumat
     berguna, maka teori ini tidak dapat digunakan. Tidak semua laporan media
     yang disebarkan secara menyeluruh dan telus. Ini membawa maksud jurang pengetahuan
     itu akan menjadi semakin lebar atau tidak lagi relevan dalam situasi sedemikian.
     Oleh itu, jurang pengetahuan cenderung untuk merapatkan antara keseluruhan
     masyarakat tetapi ketelusan dan maklumat berita yang disampaikan tidak
     semuanya boleh dipercayai atau hanya sedikit sahaja maklumat dapat
     disampaikan. 
 
No comments:
Post a Comment