Followers

Thursday 3 January 2013

2013 DATANG..SELAMAT TINGGAL KENANGAN

Assalamualaikum...

Apa khabar kepada semua bloggers...agak lama juga saya tidak updated blog . Saya memohon berbanyak maaf kerana agak sibuk sikit menyiapkan beberapa tugasan .Sedar tak sedar, berakhir sudah semester 1.Cepat betul masa berlalu...

Tapi untuk entry kali ini, sekadar untuk berkongsi perjalanan kisah dan kenangan lepas yang saya tidak dapat lupakan untuk dikongsi bersama para pembaca, catitan perjalanan kisah saya ini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman yang tidaklah banyak mana...

Masuk ke tahun 2013, ini menandakan sudah hampir 3 tahun saya kehilangan sahabat. Saya kehilangan sahabat pada tahun 2010 lagi..ketika itu hanya allah sahaja yang maha mengetahui bagaimana saya mengharungi ujian dalam hidup saya..tapi itu adalah adat dalam satu perhubungan. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya. Saya menerima perpisahan sekiranya ditakdirkan oleh allah..kerana seorang sahabat akan sentiasa mengigati sahabatnya walaupun dimakan usia dan masa yang berlalu..Memang benar, tempoh 3 tahun itu terlalu cepat ..

Sejak daripada peristiwa tahun 2010, alhamdullilah, saya sudah bangun kembali..dan kini saya bersama dengan seseorang yang amat memahami saya, itulah hukum allah, diberikan kita kesusahan,tetapi allah itu maha adil, kemudian diberikan kita pula kehidupan yang lebih baik. Kini alhamdullilah, kehidupan saya teratur, saya bersyukur pada allah kerana dianugerahkan kenikmatan hidup yang sempurna. Kini saya telah melangkah dengan melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah, mencapai cita2 saya sejak dari mula  pengajian peringkat diploma lagi. Kadang-kadang, saya sendiri tidak percaya apa yang dicapai kini. Tetapi saya amat bersyukur kepada allah yang maha besar diatas anugerah yang diberikan.

Tahun 2012 banyak meninggalkan memori kepada saya, pada tahun ini saya kehilangan nenek yang saya sayangi Mariam bt Md Noh yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ketiga hari raya haji. Terasa ralat juga kerana saya tidak sempat bertemu dengan arwah.. saya hanya mampu doakan semoga roh allahyarhamah ditempatkan ditempat orang yang beriman...amin.

Tahun 2012 juga telah membawa beberapa kejayaan dalam hidup saya. Pada tahun ini saya telah dianugerahkan khidmat cemerlang, Mendapat tawaran Skim Hadiah Latihan Akademik oleh KPT untuk melanjutkan pengajian peringkat Phd, Kenaikkan pangkat Pensyarah Kanan dan beberapa kejayaan lain yang saya rasakan memberikan saya semangat untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Saya mengharapkan agar tahun 2013 saya boleh melakarkan beberapa kejayaan yang manis buat saya. Semuanya bukan untuk mengejar harta benda, kemewahan mahupun pangkat. Tetapi apa yang dilakukan oleh saya adalah untuk kepuasan kerjaya saya dan kepuasan itulah yang saya cari.

Kejayaan manis itu telah menutup beberapa peristiwa yang menyedihkan pada tahun 2011. Saya memang mengakui bahawa tahun 2011 merupakan tahun yang sangat mencabar dalam kerjaya saya. Ini kerana tahun tersebut merupakan tahun gelap bagi saya. Pelbagai kisah hitam yang akan saya ceritakan sedikit demi sedikit. Bukannya apa, mungkin sebagai panduan kepada kawan-kawan sekelian untuk memilih rakan atau orang yang betul untuk bekerja. Saya sudah membuat yang terbaik pada tahun tersebut. tetapi seorang ini cukup hebat, dia boleh mengetahui keikhlasan orang yang bekerja malahan mempertikaikannya. Bersangka buruk dan merasakan dirinya cukup hebat...tapi biarlah orang macam ni...satu hari nanti dia akan tahu tinggi dan rendahnya langit kerana dia mungkin terlupa bahawa tak sentiasa kita berada di atas, satu hari nanti kita akan sujud juga di tanah...itulah lumrah manusia. Jangan percaya pada kemanisan mukanya. tetapi dibelakang dia mengutuk serta mencerca yang bukan2...Inikah yang dikatakan profesional?.Hanya allah saja yang maha mengetahui...

Tetapi biarlah perinstiwa hitam itu pergi, kalau boleh saya tidaklah mahu mengigati...apa yang penting, saya tidaklah memasang azam yang tinggi pada tahun ini. Ianya lebih banyak kepada proses untuk melaksanakan tugasan pengajian. Selebihnya saya cuma mahukan kesihatan yang baik kepada diri saya dan kedua ibu bapa saya, mempunyai target yang agak kecil untuk menghasilkan buku, membentang paper dan menulis jurnal. Insyaallah saya akan gunakan cuti belajar saya dengan sebaiknya untuk mencapai kepuasan dalam diri saya.



 

No comments: