Alhamdullilah, secara tak sedar dah nak masuk bulan April bagi tahun 2013. Terasa sangat pendek masa yang dilalui , apatah lagi masa yang ada begitu berharga kerana begitu sibuk melunaskan kerja-kerja Phd .
Para pembaca sekelian,
Mungkin entry pada kali ini agak berlainan dari biasa. Bukannya apa, hati ini ingin benar untuk menceritakan salah satu kisah dalam hidupku, sepanjang hidup yang dihabiskan di Kem Polis di Cheras dan Bakri,Muar. Ayah saya seorang anggota polis berpangkat LLP (Lain-lain pangkat). Beliau telah pencen pada tahun 1999 dengan pangkat terakhir beliau sebagai Sub Inspektor. Kem terakhir yang diduduki oleh keluarga kami ialah di Kem Pasukan Gerakan Am, Bakri, Muar.
Hati ini memberontak untuk menulis adalah kerana sejak kebelakangan ini saya terlalu banyak membaca komen-komen yang ditulis oleh rakan-rakan di Laman sosial mengenai kisah dan berita di Lahad Datu Sabah. Hati ini benar-benar terguris dengan komen-komen negatif yang diberikan kepada anggota Polis. Sehinggakan hendak melelapkan mata pun terngiang-ngiang kata-kata dan bahasa yang kasar mengenai anggota Polis.
Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac 2013 telah mengumumkan kenaikkan pangkat dan gred kepada anggota tentera dan polis, apabila saya membuka blog CUEPACS, saya dapat melihat begitu marahnya "Penjawat awam" kepada kedua-dua profesion tersebut. Kerajaan akhirnya dituduh tidak adil dan bersifat pilih kasih . Sekali lagi Polis dan Tentera dikutuk, dimaki dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang saya rasakan agak melampau dan tidak adil. Apatah lagi, ada kalangan "penjawat awam " yang masih lagi mengenang dendam terhadap polis dan mengungkit kisah keganasan polis pada perhimpunan bersih dan ada pula yang menyatakan anggota polis makan gaji buta. Masyaallah....dimana hilangkan adab dan sifat hormat menghormati sesama sendiri. Kerana perbezaan fahaman politik dan lain, kesemua nilai-nilai ada kemanusiaan umpana tiada nilainya... saya merasakan suasana ini adalah sangat tidak sihat dan negatif...kenapa kita bercakap mengikut emosi?. kenapa kita tidak menggunakan akal fikiran yang waras sebelum kita melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas...
Jika diimbas kembali ketika saya berumur 5 hingga 6 tahun ,masih lagi teringat ketika saya (ketika itu masih kecil) dan emak menunggu dengan penuh debar di rumah kami di Kem Briged Tengah,Cheras kerana abah pada ketika itu terpaksa masuk ke dalam hutan kerana menyertai Operasi membenteras saki baki komunis (seingat sayalah). Masa tu hanya allah sahaja yang benar-benar tahu betapa rindunya saya terhadap abah. Emak pula tidak senang duduk kerana gusar dengan apa sahaja berita dari abah. Setiap hari emak berdoa agar abah berada dalam keadaan selamat. Itu sebabnya airmata saya menitis tanpa disedari melihat kesedihan balu-balu polis yang terkorban. Bagaimana hancurnya perasaan mereka. Walaupun suami mereka terkorban kerana melaksanakan tugas negara, tetapi jauh disudut hati kecil, mereka amat memerlukan suami, anak-anak memerlukan ayah dan hilang pula tempat bergantung dan kasih sayang. Saya amat memahami perasaan mereka. Saya bersyukur, abah dapat kembali juga ke pangkuan keluarga kami dengan selamat. Mana hati yang tidak hancur apabila membaca komen-komen yang tidak cerdik, mempertikaikan dan mengherdik polis malah ada pula yang hilang sifat kemanusiaan mengecam dan menghina, Malah ada pula yang menuduh itu semuanya sandiwara politik.. saya tidak berminat nak bercakap pasal politik..tetapi saya sangat terguris apabila nyawa dan kematian seseorang perajurit dikatakan hanya sandiwara..dimanakan nilai kemanusiaan anda?. dimanakah perasaan kasih anda...dimanakah nilai semangat kekitaan kita..lupakan sebentar soal-soal lain, kita bersama-sama berdoa pada mereka yang telah tiada, sanggup mengorbankan nyawa demi tanah air tercinta....selagi yang kita mampu dan terdaya, kita hulurkan bantuan...bukan wang ringgit yang diminta, cuma doa dan motivasi yang diperlukan. Saya percaya ahli keluarga anggota polis yang terkorban sehingga sekarang dalam keadaan sedih..kita bantu dan naikkan semangat mereka kembali...
Para pembaca sekelian
Mungkin para pembaca tidak sedar begitu ramai anggota polis yang cedera ketika menjalankan tugas. Semua insiden tersebut tidak dilaporkan di akhbar.Ada juga anggota polis dilanggar oleh mat repit dan kereta lumba haram, dipukul oleh orang, diludah ketika cuba memberikan saman, dimaki dan dicarut sesuka hati. dipukul ketika melaksanakan tugas membenteras penagih dan pendatang tanpa izin. semuanya memang berlaku.. cuma tidaklah diperbesarkan. Mereka bekerja siang dan malam, kadang-kadang ingin bersama keluarga pun tidak mempunyai masa. Tetapi apalah sangat kenaikkan gaji yang diumumkan baru-baru ini jika hendak dibandingkan dengan tugas mereka. Duit tidak dapat diukur dengan pengorbanan mereka. ,bagaimana masa mereka kepada keluarga?....sewajarnya mereka memang berhak dengan apa yang kerajaan berikan..janganlah sesekali anda pertikaikan..Rezeki kita masing-masing, sudah ditentukan oleh allah, jangan sesekali kita mencemburi rezeki orang lain.insyaallah akan tiba juga rezeki kita nanti. Insyaallah....
Pelbagai makian dan gelaran yang diberikan kepada mereka..."Anjing Kerajaan"..dan macam-mana lagi sehinggakan saya tidak sanggup menulis di blog ini. Cuba bayangkan jika keluarga kita digelar sedemikian?. padahal mereka hanya menjalankan kewajiban dan amanah...mereka ada anak-anak untuk disara..mereka ada isteri untuk disayangi..mereka tiada pilihan, demi keselamatan negara, mereka tepaksa bersifat tegas dan amanah...sebarang kesilapan atau pelanggaran undang-undang perlu diambil tindakan...kenapa salahkan mereka dan mengelarkan mereka sedemikian?...Tidak adil rasanya...jangan dituduh anggota polis makan gaji buta, duduk sahaja...jangan cakap begitu jika anda tidak berada dalam keluarga polis..kebanyakkan anggota polis yang saya kenali, sama sekali tidak mengeluh dan merunggut dengan bebanan tugas mereka. Bayangkanlah, bagaimana mereka bersengkang mata meronda dan stand by untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Ketika itu kita sedang enak dan lena dibuai mimpi.Pengorbanan mereka untuk kesejahteraan kita. Ada juga suara-suara nakal mempertikai kredibiliti polis dengan mengatakan bahawa kadar jenayah masih lagi meningkat dan menunjukkan yang anggota polis tidak melaksanakan tugasnya. Cuba kita hitung betul-betul. secara puratanya rakyat Malaysia berjumlah 28 Juta orang, sedangkan anggota polis kita dalam anggaran 150 ribu anggota.Mana nak jaga semua tu... Jangan kita bebankan dan tuduh mereka dengan pandangan nakal tersebut. Untuk makluman, seorang pegawai penyiasat adakalnya terpaksa memegang hampir 12 kes dalam satu masa...apakah tidak cukup lagi bebanan yang mereka terpaksa hadapi?..sewajarnya soal keselamatan awam jangan diletakkan pada bahu anggota polis semata-mata. Ianya tanggungjawab kita bersama...kita bersama-sama membantu polis dengan mewujudkan beberapa komuniti jawatankuasa perumahan dan sebagainya...itu semua menjadi tanggungjawab kita bersama...
Saya dibesarkan dengan duit hasil gaji bapa saya yang bekerja sebagai polis..alhamdullilah, dengan izin allah dan limpah kurnianya, dapatlah saya melanjutkan pengajian dan mendapat pekerjaan yang selesa.Apa yang ditulis oleh saya ini, hanyalah satu pandangan peribadi saya dan luahan hati saya kerana saya merupakan Anak polis...saya bangga mengakuinya dan saya bangga dengan anggota PDRM..teruskan usaha..teruskan perjuangan..Kami anak-anak polis sentiasa dibelakang anda....

No comments:
Post a Comment