Followers

Monday 16 December 2013

TAHUN 2013...PERJALANAN AKTIVITI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA TAHUN 2013

Assalamualaikum W.B.T

Syukur alhamdullilah, secara tidak sedar, masa amat mencemburui saya. Secara tidak sedar, Tahun 2013 bakal meninggalkan kita. Terasa sekejap sangat rasanya. Umur saya kini bakal menginjak tahun ke 34 pada tahun 2013. Doa saya semoga allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk saya menjalani tugas-tugas pengajian saya pada tahun 2014. Tiada sebarang azam yang diukir pada tahun hadapan. Bukan membawa maksud, saya tiada mempunyai perancangan, tetapi perancangan saya sudah dibuat sehingga tahun 2015. Insyaallah... Untuk entry kali ini saya akan tuliskan beberapa peristiwa yang telah berlaku pada diri saya sepanjang tahun 2013. 

PERJALANAN KERJA PHD DI UKM BANGI . 

Alhamdullilah, saya berasa sedikit lega pada tahun ini kerana kerja-kerja PHD saya telah dapat dilaksanakan mengikut jadual. Syukur, walaupun saya berhadapan dengan beberapa masalah kecil tetapi alhamdullilah, semua itu dapat diatasi berkat doa kedua ibu dan bapa saya. Pada tahun ini saya sudah menyiapkan kertas usulan penyelidikan PHD dan sudah membaca hampir 344 journal dan 69 buku. Itu masih belum mencukupi sebenarnya. Dan insyaallah, saya akan melipat gandakan pembacaan ini pada tahun 2014. Saya sudah menulis beberapa artikal yang bakal dimuatkan dalam majalah pada tahun 2014 dan telah melaksanakan 9 kali pembentangan kertas kerja peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun ini. Satu pencapaian yang memberikan kredit kepada diri sendiri kerana sebenarnya saya hanya merancang untuk membentangkan hanya dua pada tahun ini sebenarnya. Alhamdullilah...Insyallah, saya mempunyai target untuk membentangkan 10 kertas kerja penyelidikkan melalui prosiding-prosiding dari dalam dan luar negara. 






Gambar-gambar sekitar Pembentangan Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu 2013 di Universiti Malaya pada 29 dan 30 Ogos 2013. Kertas kerja bertajuk FOTOGRAFI SEBAGAI MEDIUM DOKUMENTASI MASJID LAMA MELAKA. 






Gambar-gambar sekitar pembentangan di Seminar Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu 2013 pada 26 Hingga 27 November 2013 di Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. 

SENARAI PEMBENTANGAN PADA TAHUN 2013 

1. Sebagai Pembentang di SEMINAR PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU anjuran Institut Pemikiran Melayu, UiTM Shah Alam  pada 11 April 2013. Kertas Kerja bertajuk KEPENTINGAN IMEJ FOTOGRAFI DALAM KANDUNGAN SOSIAL, KEBUDAYAAN DAN SEJARAH MELAYU MELAKA. Ahli Pn Liza Marziana Mohd Noh, Meor Hasmadi Meor Hamzah dan Mohd Mustakim Mustafa. 

2. Sebagai Ahli di SEMINAR ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU 2013 anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya  pada 29 dan 30 Ogos 2013. Kertas Kerja bertajuk  FOTOGRAFI SEBAGAI MEDIUM DOKUMENTASI WARISAN MASJID LAMA MELAKA. Dibentangkan oleh Meor Hasmadi Meor Hamzah . Ahli Pn Liza Marziana Mohd Noh dan Mohd Mustakim Mustafa. 

3.Sebagai Ahli di SEMINAR KEBANGSAAN KE 2 ARKEOLOGI,SEJARAH DAN BUDAYA ALAM MELAYU 2013 anjuran ATMA, UKM BANGI  pada 26 dan 27 NOVEMBER 2013. Kertas Kerja bertajuk  VISUALISASI IMEJ FOTOGRAFI SENI BINA MASJID TRADISIONAL MELAKA. Dibentangkan oleh Meor Hasmadi Meor Hamzah . Ahli Pn Liza Marziana Mohd Nohm, Raziq Abd Samad , Dona Lowii Madon dan Mohd Mustakim Mustafa. 

4.Pembentang di 13TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON MEDIA AND COMMUNICATION (MENTION 13) anjuran Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi pada 26 dan 27 NOVEMBER 2013. Kertas Kerja bertajuk LITERASI VISUAL DALAM IMEJ DIGITAL FOTOGRAFI FORENSIK PENYIASATAN. Ahli Dr Mohd Nor Shahizan Ali dan Prof Madya Dr Mohd Yusof Abdullah. 

No comments: