Hukuman mati sering menjadi satu subjek yang kontroversi. Ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan hukuman mati berpendapat bahawa hukuman penjara seumur hidup adalah suatu jenis hukuman pengganti yang efektif. Ada juga berpandapat bahawa hukuman mati dianggap sebagai melanggar atau hak asasi pesalah untuk hidup. Sementara itu, bagi pihak yang bersetuju pula beranggapan bahawa hukuman mati perlu diteruskan ke atas pesalah dengan berpandukan kepada prinsip ganti rugi. atau timbal balas. Mereka berpandangan bahawa hukuman penjara seumur hidup tidaklah secara efektif kerana pesalah dikhuatiri akan melakukan lagi kesalahan atau disebut dalam istilah (potential offenders) . Di dalam Undang-Undang Malaysia, Hukuman mati bukan sahaja tertaklu kepada pesalah bagi kes bunuh semata-mata. Tetapi ianya boleh dilaksanakan bagi kes-kes yang berat. Kes-kes berat yang saya maksudkan ialah seperti jenayah pembunuhan, pengedaran dadah, pengkhianatan dan melancarkan perang ke atas negara dan memiliki senjata api. Dalam entry kali ini, saya akan membincangkan secara ringkas, bagaimana hukuman mati dilaksanakan dan apakah kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman mati. Entry ini amat berguna kepada pelajar-pelajar saya yang mengambil subjek forensik. Banyak soalan yang ditanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Saya akan menjawab secara ringkas agar mudah difahami.
Saya senaraikan secara ringkas senarai- senarai kesalahan yang boleh membawa hukuman mati adalah seperti berikut:
- Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong - Seksyen 121 Kanun Keseksaan- Contoh pemberontakan bersenjata yang mengancam keselamatan negara.
- Kesalahan terhadap Raja - Seksyen 121A Kanun Keseksaan - Contoh menderhaka kepada Raja.
- Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) - Seksyen 132 Kanun Keseksaan- Contoh seperti bersubahat dengan anasir luar untuk menyerang negara. Contoh paling dekat kes Pencerobohan di Sabah. Sesiapa yang bekerjasama dengan anasir luar membawa masuk mereka di bumi Malaysia. Boleh disabitkan kepada akta ini.
- Pembunuhan - Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Seksyen ini biasanya untuk kes-kes bunuh.
- Menyubahati membunuh diri - Seksyen 305 Kanun Keseksaan
- Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364 Kanun Keseksaan
- Tebusan dan ada yang terbunuh- Seksyen 374A Kanun Keseksaan
- Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396 Kanun Keseksaan
- Pengedaran dan penyeludupan dadah - Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Pemilikan senjata api - Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Ini merupakan beberapa contoh mengenai senarai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Di Malaysia, Hukuman mati masih lagi dikuatkuasakan dengan cara mengantung pesalah sehingga mati. Ada beberapa negara di dunia lain menguat kuasakan hukuman mati dengan cara yang berbeza-beza. Di Arab Saudi misalnya yang mengamalkan Undang-Undang Islam telah melaksanakan hukuman kati secara memancung kepada pesalah. Ada beberapa negara pula ada beberapa cara hukuman mati seperti menyuntik racun, menggunakan kerusi elektirik. Di China pula, Hukuman mati dilaksanakan dengan menembak tepat ke kepala pesalah, Apa pun cara yang dilakukan, hukuman mati dilaksanakan cuba tidak menyeksa pesalah. Nyawa pesalah diambil secara cepat bagi memastikan pesalah tidak terseksa.
Sungguhpun hukuman mati dilihat sebagai tidak releven dan melanggar hak asasi manusia, secara peribadi saya berpandangan hukuman mati masih lagi relevan untuk dilaksanakan. Jika saya mengimbas kembali kepada satu penulisan mengenai Kontrak Sosial yang ditulis oleh J.J. Rousseau pada tahun 1792 yang menulis bahawa setiap penjahat sebenarnya adalah seorang pemberontak dan seorang pengkhianat kepada tanah air nya. Dengan pelanggaran hukumnya, ia telah berhenti menjadi salah satu warganegara bahkan dianggap berperang melawan negara. Dalam keadaan yang demikian, pesalah sendiri tidak boleh dimaafkan atau diselamatkan mengatasi undang-undang. Di dalam membunuh penjahat, kita tidak begitu banyak menghancurkan rakyat seperti kita berhadapan dengan musuh negara. Pengadilan dan penghakiman adalah bukti bahawa penjahat telah merosakkan kontrak sosial, dan dengan demikian, mereka adalah tidak lagi merupakan suatu anggota (warganegara) negara itu.
Menerapkan atau implimintasi hukuman mati menjadi suatu hal yang harus dipertimbangkan secara saksama dan adil. Saya percaya pentadbiran mahkamah mengambil keputusan yang teliti dan hakim berhati-hati apabila ingin menjatuhkan hukuman mati. Hukuman mati pada dasarnya haruslah difahami sebagai suatu hukuman yang diberikan kepada seseorang, bukan hanya atas pertimbangan perbuatan masa lalunya (kejahatan yang telah dilakukan) tetapi juga keyakinan bahawa orang yang disabitkan tidak dapat diperbetulkan atau dibina kembali kepercayaan bahawa mereka tidak lagi melakukannya. Hukuman mati juga sebagai satu pengajaran dan keadilan bahawa hutang darah mesti di balas dengan darah dan sebagai satu timbal balas di atas jenayah berat yang telah dilakukan. Tentunya, kerangka pemikiran seseorang individu mengenai pelaksanaan hukuman mati ini menjadi sangat luar biasa dan hanya terbuka dengan melihat kepada kemungkinan berlaku bagi kejahatan yang sangat luar biasa (very extraordinary crimes). Jadi kepada pembaca, jika anda tidak mahu dikenakan hukuman mati, JAUHIULAH JENAYAH. Hiduplah dengan aman sebagai individu dan warganegara Malaysia yang bebas dari Jenayah.
Sekian
NADZRI B. HJ MOHD SHARIF
Pensyarah Kanan
2 comments:
ugutan masih 305 ka/ hukuman dijatuhkan apa jika sabit kesalahan
Jenayah ugutan seksyen 506
Post a Comment