Followers

Wednesday 16 April 2014

PENAWARAN BENGKEL PEMANTAPAN FOTOGRAFI (SIRI 2) 2014 (PHOCOURSE 2)




MAKLUMAT TERPERINCI BENGKEL PEMANTAPAN FOTOGRAFI (SIRI 2) 2014
(PHOCOURSE 2)
JABATAN FOTOGRAFI PENGIMEJAN KREATIF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
28 HINGGA 30 OKTOBER 2014.


0.0         PENDAHULUAN

Ribuan terima kasih di atas perhatian tuan/puan mengenai Bengkel Pemantapan Fotografi Siri (2) 2014 atau dikenali sebagai PHOCOURSE 2014. Bengkel ini adalah lanjutan daripada kejayaan Bengkel pemantapan Siri (1) yang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2011. Berikut merupakan beberapa maklumat terperinci yang akan dimaklumkan untuk makluman bakal para peserta. Bengkel ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam di Dewan Kuliah (KPP3) dan kawasan sekitar UiTM Melaka Kampus Alor Gajah.

1.0         LATARBELAKANG

Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif UiTM Melaka mengambil insiatif untuk berkongsi kepakaran kepada mana-mana Jabatan Kerajaan,agensi swasta mahupun orang perseorangan mengenai bidang fotografi yang semakin mendapat perhatian dan sambutan di kalangan masyarakat pada ketika ini.

Bengkel Pemantapan Fotografi (Siri2) PHOCOURSE 2014 terbuka kepada Jabatan Kerajaan, Swasta dan individu yang berminat untuk mempelajari asas fotografi. Kursus ini hanya mensasarkan jumlah peserta hanya seramai 60 orang sahaja. Tenaga pengajar bagi bengkel ini terdiri daripada Pensyarah Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif UiTM Melaka yang mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi pelbagai bidang.

Penawaran Bengkel Pemantapan Fotografi ini sebagai satu sumbangan UiTM kepada masyarakat awam dan bertindak satu jaringan kemasyarakatan bagi menyahut tanggungjawab pihak UiTM untuk berkongsi kepakaran dan sumbangan sosial kepada masyarakat setempat.  


2.0         OBJEKTIF

2.1      Memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan mempertingkatkan pengetahuan di dalam asas fotografi dan editing .

2.2        Bertindak sebagai satu sumbangan Universiti dan medan perkongsian kepakaran kepada masyarakat luar bersesuaian dengan objektif UiTM.

2.3      Sebagai satu tanda kerjasama erat di antara UiTM dan masyarakat awam dan bertindak sebagai satu bentuk sumbangan sosial yang menuju ke arah memperkasakan ilmu .


3.0         KEMUDAHAN KURSUS


3.1      Dewan Kuliah 1 untuk Majlis Perasmian, Program Kursus, Seminar dan Majlis Penutup.

3.2              Makmal MAC di FSSR UiTM Melaka untuk kelas editing.

3.3              Studio Fotografi

3.4              Nota dalam Bahasa Melayu

3.5              Sajian sepanjang bengkel

3.6              T Shirt dan Goodies

3.7       Sijil akan dikeluarkan oleh UiTM Melaka. 


4.0        TARIKH

Tarikh bengkel adalah pada 28 HINGGA 30 OKTOBER 2014. Program akan dilangsungkan selama 3 hari 2 malam bertempat di Dewan Kuliah 1 dan kawasan sekitar UiTM Melaka Kampus Alor Gajah.

5.0       PESERTA
           
Maksimum peserta yang akan menyertai kursus ini adalah seramai 60 orang sahaja terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Swasta dan individu perseorangan. Bengkel ini juga akan disertai oleh 40 Anggota PDRM. PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIRA UMUR. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui online dengan klik pada laman url di bawah ini: 

https://docs.google.com/forms/d/1kaixkBo4dJee3k7OZ4K4LkUMmi_P2yeHm0VRZmaf-iA/viewform


5.0       ATURCARA

Aturcara BENGKEL PEMANTAPAN FOTOGRAFI SIRI (2) 2014 (PHOCOURSE 2014) adalah seperti dilampiran.

        Kandungan Bengkel yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
 
            Asas Fotografi
Pengenalan kepada fotografi
Jenis kamera dan Lens
Tips Mengawal ISO, Aperture and Shutter Speed.
Tips Mudah fungsi kamera digital

Asas Fotografi 2 (Komposisi)
Mengawal White Balance, Colour Temperature
Memahami elemen seni dalam fotografi
Memahami dan menguasai komposisi
Bermain dengan warna dan pencahayaan

Fotografi Kreatif 2
Menguasai Long Exposure,
Menguasai Fotografi waktu malam 
Menguasai Teknik Light Trail 

Teknik Pencahayaan Fotografi
Menguasai penggunaan Speed Light
Menguasai Mengawal cahaya studio 
Menguasai Lighting Creative

Asas Pengayaan Model
Kemahiran pengayaan model
Teknik dan tips pengayaan untuk weeding dan korporat

FORUM FOTOGRAFI PERKAHWINAN
Berkongsi pengalaman dan tips-tips dari jurufoto profesional perkahwinan yang berpengalaman


Adobe Photoshop Editing Tools
Editing and Retouching Technique
Anda akan mempelajari untuk membuat custom album, poster dan editing untuk gambar korporat.

5.0       SURAT PENERIMAAN

Peserta akan diberikan surat penerimaan SELEWAT-LEWATNYA 1 bulan sebelum Bengkel di adakan bagi pengurusan pentadbiran tuan/puan. 


6.0 BAHASA

Semua proses perjalanan kursus termasuk sesi pengajaran, nota dan slaid sepenuhnya menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.


7.0 PERALATAN KAMERA

Peserta digalakkan membawa peralatan kamera milik persendirian atau jabatan tempat tuan/puan berkhidmat. Pihak jawatankuasa bengkel tidak menyediakan kemudahan ini.

8.0 PENGINAPAN

Kadar bayaran adalah tidak termasuk dengan penginapan. Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penginapan boleh menghubungi Jawatankuasa Penginapan di nombor : En Raziq B. Abdul Samad : 017-5536356


9.0   KADAR BAYARAN:  

Setiap peserta akan dikenakan bayaran seperti berikut : 
              
  KATEGORI A
              Jabatan Kerajaan, Swasta dan individu           : RM 300.00
  (Termasuk Makanan, T ShirT, Sijil, Goodies dan Nota).

              KATEGORI B
              Staff UiTM ( Seluruh sistem UiTM)                                 : RM 250.00  
  (Termasuk Makanan, T ShirT, Sijil, Goodies dan Nota).

 KATEGORI C
             Pelajar Sekolah atau anak staff UiTM                          : RM 150.00
 (Termasuk, Makanan, T Shirt, Sijil, Goodies dan Nota).



Kaedah pembayaran boleh digunakan dengan dua cara:

1.  Pembayaran melalui LO ( Sekiranya pihak Jabatan tuan/puan menghantar tuan/puan menyertai kursus ini). LO Kerajaan terus kepada Bendahari UiTM Melaka, Akaun Perundingan.

2.  Melalui online banking (Sila sertakan resit sebagai bukti pembayaran dan emailkan kepada jawatankuasa melalui email yang disediakan.) Pembayaran melalui akaun BANK ISLAM UiTM Kampus Melaka : 04024010028989


10.0     MAKLUMAT PERHUBUNGAN: 

1. Meor Hasmadi Meor Hamzah (Ketua Projek)           : 012- 5324950
   (Meor Hasmadi Meor Hamzah/MELAKA/UiTM)

2. Dona Lowii Madon ( Penolong Ketua Projek)            : 016- 6962084
   (Dona Lowii Madon/BDRMELAKA/UiTM)

3. Nadzri Hj Mohd Sharif ( AJK Peserta)                            : 019-3750680 
   (Nadzri Haji Mohd Sharif/MELAKA/UiTM)

    (Bilik Gerakan) : 06-5582230


9.0        Penutup

Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif berharap agar kursus ini mencapai objektif seperti yang dirancang. Ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang berminat. Segala kerjasama diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.



KANDUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH KEPADA SESI PRAKTIKAL. ANDA AKAN DILATIH SEHINGGA MEMAHAMI PENGGUNAAN KAMERA DAN PENGETAHUAN TEKNIKAL ANDA OLEH PENSYARAH YANG BERPENGALAMAN.


Sekian Terima Kasih


Disediakan oleh

MEOR HASMADI MEOR HAMZAH
Ketua Projek
Bengkel Pemantapan Fotografi Siri 2 (2014)(PHOCOURSE 2014)


2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.