Berjumpa kita sekali lagi,Bagaimana petang saudara dan saudari?.Saya baru sahaja menyiapkan beberapa bab untuk novel saya. Insyaallah, bermula dari minggu ini, saya akan mencuba untuk post kandungan novel itu mengikut bab. Semuanya untuk dikongsi bersama kepada saudara/saudari. Cuma mungkin saya tidak post penuh dalam blog saya kerana saya khuatir sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk copy atau meniru. Walaupun idea saya tidaklah hebat, tetapi saya amat menghargai hasil usaha saya yang cuba bertatih untuk belajar menulis. Tetapi saudara/saudari akan memahami jalan ceritanya sedikit demi sedikit. Ini merupakan satu langkah baru untuk saya yang cuba berjinak-jinak dalam penulisan blog dan buku. Saya amat menggalakkan komen saudara/saudari untuk saya memperbaiki gaya penulisan saya. Saya banyak memerhatikan serta setia bersama beberapa blog kerana disitulah saya mempelajari gaya penulisan blog yang menarik serta mempunyai maklumat yang padat.
Entry kali ini adalah untuk menceritakan bahawa baru-baru ini saya berjalan-jalan di Johor baharu untuk melawat sahabat saya. Saya memilih untuk menginap di salah satu hotel yang saya rasakan memang best . Hotel yang saya maksudkan ialah Grand Bluewave Hotel yang terletak di Stulang laut. Saya gemar memilih hotel ini kerana ruangnya yang agak besar, siap bilik tidur dan bilik tamu, tetapi harga yang ditawarkan memang berpatutan. Saya memang menjamin bahawa keselesaan anda dapat jika menginap disini.
Salah satu sebab mengapa saya memilih hotel ini ialah kerana saya gemar melihat Tambak Johor, Singapura dan Bandar Johor Baharu. Mmg cantik kalau waktu malam.Lampu neon dan deretan kereta yang hendak masuk dan kelur Singapura. Sentiasa sibuk Tambak Johor dan tiada seminit pun Tambak Johor ini lenggang. Memang menarik kan?.Saya sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama saudara/saudari.
Ruang Tamu di dalam bilik Hotel Grand Bluewave JB. Tak banyak hotel yang ada ruang tamu dalam bilik yang menawarkan harga yang sangat berpatutan.
Suasana dalam bilik , maaf ye agak bersepah sikit..
Apa yang menarinya,bilik hotel juga disediakan set dapur berkabinet, lengkap dengan microwave..Peti ais disorokkan dalam kabinet...anda boleh memasak disini, tapi takdelah berat sangat masakan nya. kalau nak panas-panaskan lauk boleh lah.
Suasana di Bandaraya Johor Baharu. Amat menarik dan cantik.
Ketika di JB..saya tidak melepaskan peluang untuk ke JPO (Johor Premium Outlet) mmg murah-murah barang disana dengan potongan yang sangat menarik. Ada kedai menawarkan potongan sehingga 80%. Barang yang kita beli bukan sebarang jenama. Kebanyakkan dari jenama yang terkenal seperti GUESS, Calvin Klein, Burberry dan banyak lagi yang anda boleh dapatkan dengan harga yang memang murah...saya sempat juga membeli beberapa barang dengan harga yang sangat berpatutan. Saya sempat jugak ke JUSCO Tebrau. JUSCO Tebrau memang besar dan begitu banyak pilihan barang yang ditawarkan. Saya tidak sempat lah nak ke LEGOLAND..Insyaallah, jika saya ke JB lagi, saya tidak akan melepaskan peluang ke sana..Apa yang menariknya disana ?. Tak sabar-sabar hendak kesana.
Apa yang saya lihat sekarang Johor sudah semakin berkembang pesat dan maju. Begitu banyak perkembangan bandar, pusat pelancongan dan sosial yang begitu pesat. Jadi mungkin juga anda boleh jadikan berkunjung ke Johor sebagai satu destinasi percutian anda..Jadi melawatlah JB dan menginaplah di Grand Bluewave Hotel JB...
GRAND BLUEWAVE HOTEL JOHOR BAHRU
9R,Jalan Bukit Meldrum
90300 Johor Bahru, Johor.Malaysia
No tel : 07-2216666
No comments:
Post a Comment