Followers

Saturday 17 November 2012

Kenangan Ku Bersama Pelajar Diploma Fotografi Dan Pengimejan Kreatif UiTM Melaka 2006-2012

Assalamualaikum W.B.T Sekali lagi,

Alhamdullilah, hari ni di tempat kediaman saya (Alor Gajah), hujan turun renyai-renyai sejak dari pagi tadi.Memang sekarang ni musim hujan,alhamdullilah syukur pada allah di atas limpahan kurnianya, menurunkan hujan membasahi buminya. 

Sebentar tadi saya sengaja membuka fail gambar. Tiba-tiba saya terlihat gambar kenangan saya bersama dengan pelajar saya dari tahun 2007 hingga lah yang paling terkini pada tahun ini 2012. Saya mengambil kesempatan pada entry kali ini untuk mengimbas kembali kenangan yang pasti akan saya kenang sehingga bila-bila.Tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi,saya pula akan bercuti belajar. Jadi kenangan sebagai Pensyarah UiTM Melaka benar-benar memberikan saya satu ingatan yang paling tulus buat pelajar saya. Tidak mudah untuk lupakan. Walaupun ada pelbagai kenangan manis dan pahit, tapi semua tu adalah rencah biasa dalam kehidupan.Pelajar datang dan pergi,memang benar kerana walaupun kita amat menyayangi pelajar tersebut, satu hari nanti, pasti dia akan meninggalkan kita kerana perjalanan hidup mereka masih terlalu jauh, banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi. Sebagai pensyarah dan guru mereka, saya hanya berdoa agar allah mudahkan urusan mereka.Saya halalkan segala ilmu yang diberikan sebagai bekalan buat pelajar-pelajar saya. Sebelum panjang lebar, saya sertakan gambar-gambar kenangan untuk tatapan saudara dan saudari. 



Ini merupakan gambar saya bersama pelajar saya pada tahun 2008. Ketika ni kami beramai-ramai melakukan praktical shooting di bandar Melaka. Memang seronok ketika tu. Alhamdullilah, mereka kini sedang mengikuti pengajian akhir peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam.






Ini pula saya bergambar dengan bekas pelajar saya ketika Perasmian Tunas Ilham yang saya tak berapa ingat kali keberapa. Hajjaj, Apan,Hishamuddin dan Laila




Ini gambar beramai-ramai pelajar saya yang ketika tu baru sahaja semestar 1 /2008. Gambar diambil di Studio Fotografi UiTM Cawangan Melaka.



Batch ni paling rapat dengan saya. Banyak perkara manis bersama mereka. Walalupun ada pahit sikit2, saya tak dapat lupakan batch mereka ni..

Bersama dengan mereka bergambar di sekitar Muar dan Muara yang nak menuju ke Pulau Besar . Ketika ni saya buat Praktikal Shooting dengan mereka.
Batch yang saya bentuk dan didik ketika mereka Final. Mula-mula tak berapa rapat, tapi, saya menjadi rapat dengan mereka ketika akhir Diploma mereka. Alhamdullilah, semuanya dapat menyambung pengajian peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam. 
Bersama dengan antara pelajar saya yang paling rapat dengan saya. Semuanya sudah bekerja dan berjaya menamatkan pengajian mereka. Di sebelah kiri tu Hishamuddin Ramli yang kini bekerja di Balai Seni Lukis Negara, Shazni Mahzan yang sekarang bekerja sebagai designer dan Hairuddin Daud, yang saya sudah lost contact dengan dia.Mereka semua merupakan pelajar yang sentiasa dalam ingatan saya

Inilah Batch terakhir saya sebelum saya menyambung pengajian. Ini merupakan Batch  yang paling ramai dalam sejarah Jabatan Fotografi. Walaupun saya tak sempat bersama mereka sehingga ke final, saya tetapkan doakan mereka agar sentiasa maju jaya dalam kehidupan masing-masing,

Antara Batch yang saya sayang.....Batch ini sangat mendengar kata
Bersama dengan antara Batch awal ketika mula-mula saya memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah. Gambar ini diambil ketika jamuan perpisahan di Pantai Pengakalan, Tanjung Bidara,Melaka.
Post gambar yang paling lawak, sempat jugak mereka ni ambil gambar curi-curi 
Bergambar bersama anak dara pingitan, manalah mereka semua, lama tak mendengar khabar berita. Gambar ini diambil ketika Program Tunas Ilham 
Peristiwa yang memang saya tidak dapat lupakan apabila terkurung bersama pelajar saya di BnW Lab..Walaupun tengah berangin geram, tapi inilah memori yang sentiasa buat saya tersenyum. Kejadian terkurung bersama pelajar saya ini adalah pada tahun 2012....Rindu pada mereka semua. 

Kenangan bersama pelajar yang tidak dapat saya lupakan...Ketika ini mereka sedang buat presentation bagi subjek Interpersonel Communication.


Semua gambar-gambar yang saya sertakan ini merupakan gambar yang menjadi kenangan saya.Jika hendak diceritakan secara terperinci..memang banyak. Setiap satunya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Itu yang seronoknya jika kita menjadi pendidik ini. Kita akan mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar kita, dan jika ilmu itu digunakan, insyaallah , allah akan memberkati kita. Memang seronok sekiranya kita dapat sama-sama menyaksikan mereka berjaya. 

Rasa tak percaya apabila ada di antara mereka kini meneruskan legasi Jabatan Fotografi dengan menjadi seorang pensyarah. Jika dahulu mereka merupakan pelajar saya, tapi kini, mereka bersama-sama saya pula mengalas tanggungjawab mendidik anak bangsa. Saya benar-benar bersyukur dan bangga.Ada di antara pelajar saya telah berjaya mengukir nama di persada fotografi kebangsaan mahupun antarabangsa. walaupun saya hanya mendengar melalui berita, tetapi jauh di sudut hati saya, saya panjatkan syukur ke hadrat allah..mudah-mudahan semua pelajar saya akan mengecapi kejayaan dan menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara.

Amin Ya Rahman.....





2 comments:

Fathin Suhaira Kogi said...

terbaik la cik nadzri~

Unknown said...

Happy sangat baca blog nie. Saya calon SPM dan bakal sambung belajar. Cita cita saya memang nak jadi fotografi. Saya nak jadi Fotografi like Nadirah Zakariya.