Followers

Wednesday 7 November 2012

Maksud "Visual Rejim" Dalam Fotografi


PENGENALAN KEPADA “VISUAL REJIM”.

Untuk entry kali ini saya ingin menyentuh serba sedikit mengenai satu topik yang sangat menarik untuk diperbincangkan iaitu Visual Rejim. Saya pasti ramai diluar sana terutama jurugambar yang akan mempersoalkan apakah kaitan Visual Rejim dalam bidang Fotografi. Saya akan berkongsi kepada saudara/saudari maksud perkataan ini dan apakah kaitannya dengan bidang fotografi.
Konsep rejim visual dibangunkan dari konsep 'rejim scopic' (Christian Metz, Martin Jay). Dari segi sejarah, dimensi yang paling penting dalam rejim visual kamera telah berkembang pesat dan melangkaui dari peranan sebenar kamera yang hanya merakamkan imej (Still Photography). Walau bagaimanapun, teknologi digital telah mempelbagaikan kegunaan kamera.Bukan sekadar hanya merakamkan gambar, tetapi dengan teknologi kini, kamera DSLR sudah boleh merekodkan video yang lebih baik dari video yang sedia ada.


Bila kita melihat gambar-gambar ini, kita sudah dapat merasakan betapa teruknya bencana tsunami di Acheh.

Tetapi, konteks visual rejim ini tidak hanya sekadar bersandarkan kepada teknologi kamera itu semata-mata, Jika disentuh dalam konteks maksud Imej yang dihasilkan, saya boleh beranggapan bahawa maksud yang disampaikan dari sekeping gambar ini sebenarnya telah melangkau kepada satu bentuk penyampaian yang hebat. Maksudnya disini, imej yang dihasilkan dapat menceritakan sesuatu senario,situasi atau keadaan lebih dari apa yang dilihat. Inilah yang dikatakan kuasa imej fotografi dan bertepatan dengan satu peribahasa baru iaitu “Disebalik sekeping gambar tersimpan ribuan kisah atau cerita.”Semuanya tidak diceritakan secara bentuk teks yang panjang, tetapi ianya diceritakan hanya sekali pandang dan interprestasi pemahaman yang tersendiri.
Penyampaian komunikasi melalui imej fotografi merupakan salah satu kaedah visual bagi memaparkan maklumat berkenaan sesuatu bidang, budaya, sosiologi atau keadaan semasa. Kaedah ini lebih menarik kerana maklumat yang disertakan tidak terlalu berat serta mudah difahami. Jika dibandingkan antara maklumat yang disampaikan oleh imej fotografi dengan artikel teks, kita akan pasti mendapati, tingkah laku manusia lebih cenderung berkongsi komunikasi dari imej fotografi.Ini kerana, rata-rata manusia lebih mempercayai imej fotografi untuk disebarkan sebagai salah satu komunikasi yang dipilih serta diperakui dan dipercayai keberkesanannya. 

Saya amat tertarik daripada satu pendapat yang dizahirkan oleh Kurator Balai Seni Visual Negara, Intan Rafiza Abu Bakar, yang telah menganjurkan satu pameran fotografi berkaitan dengan kemerdekaan. Pameran ini menggunakan tiga kata penegasan utama iaitu kuasa, harapan dan tanah dalam menghuraikan proses dan nilai kemerdekaan.Beliau telah menyatakan melalui satu temubual bahawa"Rasa cinta kepada negara dengan nilai patriotisme dipamerkan sebagai penghargaan buat para patriot seni yang menggunakan seni fotografi sebagai senjata untuk menyampaikan mesej.Tiada darah atau kematian yang mengiringi perjuangan mereka tetapi hanya disampaikan melalui rakaman seni visual yang akan bertahan walaupun 100 tahun lagi," jelasnya kepada Utusan Malaysia 3o September 2012. Ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya Fotografi akan terus menjadi satu penyampaian komunikasi yang paling berkesan. Inilah yang disimpulkan melalui “Visual Regime

KISAH DISEBALIK FOTOGRAFI

26 Disember 2004…..

Gempa bumi tektonik berkekuatan 8,5 SR berpusat di Samudra India (2,9 LU dan 95,6 BT di kedalaman 20 km (di laut berjarak sekitar 149 km selatan kota Meulaboh, Nanggroe Aceh Darussalam). Gempa itu disertai gelombang pasang (Tsunami) yang telah menimpa beberapa wilayah lepas pantai di Indonesia (Aceh dan Sumatera Utara), Sri Lanka, India, Bangladesh, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Menurut Koordinator (PBB), Jan Egeland, jumlah korban akibat badai tsunami di 13 negara (hingga minggu 2/1) mencapai 127.672 orang. Namun jumlah korban mati di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Afrika Timur yang sebenarnya tidak akan pernah diketahui, telah dianggarkan bahawa angka jumlah kematian adalah seramai 300.000 orang.



Keagungan Allah, Masjid ini tetap kukuh walaupun dilanda badai Tsunami. Apakah pandangan saudara/saudari mengenai gambar di atas?. Apakah perspeksi saudara/saudari?.Hanya sekeping gambar, saya pasti ramai yang boleh menilai sendiri maksud dan keadaan tsunami disana.


Kejadian menyayat hati mengenai peristiwa buruk tsunami yang telah berlaku pada tahun 2004 merupakan antara peristiwa  terburuk dalam sejarah dunia. Kita melihat bagaimana Acheh telah ditimpa musibah umpama padang jarak padang terkukur.Kita mengetahui dan menyedari betapa teruknya kerosakan daripada bencana tersebut melalui fotografi yang disertakan. Kita mengetahui cerita disebalik gambar-gambar ini dan siapakah yang merakamkan detik-detik tersebut.

Kewartawanan fotografi merupakan satu kerjaya yang dipertanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau berita.Mereka dipertanggungjawabkan untuk memungut, menyunting, dan menyampaikan bahan berita untuk disiarkan atau dicetak di media akhbar. Tidak lengkap rasanya akhbar itu jika tidak diselangi oleh gambar-gambar.Hasilnya jika kita melihat keadaan imej ini, kita mendapati betapa teruknya kemusnahan yang berlaku. Kita tidak disajikan dengan teks yang panjang lebar, tetapi dengan imej fotografi di atas, ia akan memberikan kesan dan maklumat kepada pembaca.

Imej fotografi yang dihasilkan akan menghasilkan berita. Kebiasaannya ia akan difahami dengan hanya merujuk kepada imej-imej pegun, tetapi dalam beberapa kes , ianya juga merujuk kepada video yang digunakan dalam kewartawanan penyiaran. Photojournalism dibezakan fungsinya daripada fotografi dokumentari, fotografi dokumentari sosial , street photography atau selebriti fotografi. Oleh itu, pematuhan terhadap peraturan atau etika ketika merakamkan imej amat diperlukan. Wartawan atau jurufoto perlu menyampaikan situasi yang benar serta boleh dipercayai. Kejadian tsunami di Acheh,photojournalists perlu mewujudkan gambar yang menyumbang kepada media berita. Ketepatan masa,imej yang mempunyai makna dalam konteks  peristiwa yang telah direkodkan dan akan direkodkan.

Daripada imej yang disertakan itu, kita mendapati bahawa penyampaian komunikasi yang amat berkesan dengan hanya sekeping gambar, kita dapat menilai sendiri gambar-gambar ini serta dan saya percaya pembaca boleh intreprestasi maklumat mengikut pemahaman masing-masing. Tetapi ianya hanya mempunyai satu makna atau pemahaman iaitu kerosakan akibat bencana Tsunami. Inilah yang dikatakan sebagai Rejim visual. Maklumat yang diberikan lebih dari itu sebenarnya.


Mesej yang terdapat pada pelbagai hasil karya komunikasi visual, merupakan mesej yang disampaikan kepada sasaran adalah dalam bentuk tanda atau dikenali sebagai “Semiotik”. Tanda visual dilihat dari cara menggambarkannya, dari pelbagai cara yang boleh dilakukan samada melalui gambar atau simbol. Gambar-gambar yang diberikan begitu jelas menunjukkan “teori semiotik” yang diberikan berjaya menyerap dalam minda pembaca. Pembaca memahami penderitaan serta kehancuran harta benda. Jiwa akibat bencana tsunami.


Apabila imej dijadikan satu medium yang mempunyai pengabungan aspek  komposisi dan membawa mood tertentu maka semotik dapat berfungsi mengawal makna. Imej-imej kemusnahan tsunami ini adalah sebagai  simbol dan imej komunikasi tampak yang sejagat dan lazim digunakan serta boleh diterima sebagai medium komunikasi yang normal. Imej yang mempunyai mesej yang kukuh dapat diterima apabila ada imej yang sesuai dan berfungsi bersama beberapa perkataan. Komunikasi melalui imej fotografi telah diterima pada dasarnya adalah saranan bersama kenyataan-kenyataan tertentu yang memudahkan pembaca sendiri mentafsirnya. Sekiranya hanya gambar dalam jumlah yang tidak terbatas tanpa sokongan ayat atau lain-lain simbol makna, fungsi simeotik untuk membantu pemahaman pembaca akan menjadi agak terhad namun masih boleh difahami mengikut peringkat pemahaman manusia.

Kita akan membincangkan mengenai Teori Semiotik ini dan kepentingannya dalam bidang fotografi pada entry yang akan datang....selamat membaca...



No comments: