Followers

Monday 10 June 2013

HARI LAHIRKU KE 33 TAHUN

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini 10 Jun 2013 merupakan hari lahir saya ke 33 tahun. Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat allah kerana masih lagi memberikan keizinan kepada saya untuk bernafas, berada dalam keadaan sihat, berada dalam ketenangan hidup. Saya  bersyukur ke hadrat allah..10 Jun pada tahun ini akan mula meninggalkan saya perlahan-lahan dijamah oleh waktu yang sememangnya mencemburui saya. 

Pada hari ini juga, tiada yang istimewanya, masih melakukan rutin hidup seperti biasa, tiada ada sebarang sambutan atau surprises party dari orang atau kawan yang terdekat. Saya mengharapkan rakan yang terdekat at least mengucapkan sesuatu kepada saya, tapi saya faham, mungkin dengan kesibukan kerja mereka mungkin terlupa. Tidak mengapa.Kadang-kadang cemburu juga jika saya melihat birthday Ariz Lufias yang jatuh hari lahirnya sana dengan saya di youtube, bukan apa, sekurang-kurangnya sahabat atau kawannya mengingati, tetapi itu semua tiada dan tidak pernah ada dalam hidup saya. Tidak mengapa, saya sama sekali tidak berkecil hati.Sudah biasa hidup sendiri, pendek kata, samada saya ada atau tidak itu sama sahaja, tidak penting pun.  

Cuma apa yang saya harapkan, semoga allah terus berikan kepada saya ketenangan dan dipermudahkan dalam melaksanakan segala urusan saya. Mungkin juga saya amat memahami bahawa tidak ramai pembaca yang menjengah dalam blog ini, saya faham mungkin saya tidak dapat respond yang sepatutnya, dan mungkin juga content blog ini tidak menarik minat. Tetapi tidak mengapa, saya tetap juga akan menulis dan melampiaskan idea-idea saya disini. Saya tetap akan menulis untuk kepuasan dan bukan untuk menjadi popular. Saya minat menulis kerana sudi berkongsi dan ilmu, bukan untuk menunjukkan kepandaian. 

Mungkin nada penulisan saya malam ini agak sentimental, tetapi jangan pula sesiapa yang tersalah anggap. Walaupun blog ini tidak mendapat sambutan seperti diharapkan, saya tetap akan menulis dan meluahkan idea saya. Insyaallah, mungkin satu hari nanti, orang akan tersedar dengan kewujudan blog ini. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjengah blog saya. Akhir kata, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan kita semua. Amin 

Ikhlas dari hati yang rendah 

Azreiq Akim 
10 Jun 2013 jam 9.41 malam, Taman Kelemak Jaya Alor Gajah, Melaka

No comments: