Followers

Tuesday 14 April 2015

PERJALANAN PENGAJIAN DALAM BIDANG FOTOGRAFI (PERINGKAT DIPLOMA UiTM)

Assalamualaikum W.B.T,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah sebentar di Blog saya. Hari ini, program saya agak padat. Entry kali ini, saya ingin mengupas mengenai perjalanan pengajian Diploma Fotografi. Entry ini amat bersesuaian untuk pelajar lepasan SPM yang sedang mencari-cari kursus yang diminati dan bersesuaian. Anda kena memulakan rancangan anda dari sekarang. jangan tunggu selepas SPM baru merancang.  
PEMILIHAN KURSUS
Apabila anda memilih dalam untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma Fotografi, saya difahamkan, di dalam sistem UPU, anda dikehendaki memilih Diploma Seni Lukis dan Seni Reka. UiTM mempunyai sistem pengambilan yang istimewa yaitu dua kali pengambilan dalam setahun. Bagi sesi pengambilan Jun, akan diuruskan oleh UPU, bagi kemasukan bulan Disember adalah di bawah sistem pengambilan UiTM. Peringkat Diploma biasanya ditawarkan pada mereka lepasan SPM. Pelajar Diploma fotografi akan ditempatkan di dua buah Kampus sahaja iaitu di  UiTM Melaka atau UiTM Perak. Saya kurang pasti, bagaimana pengagihan kampus tersebut. Bagi Kampus UiTM Puncak Alam adalah untuk pengajian Sarjana Muda.
Subjek yang penting yang perlu anda ambil dalam peperiksaan SPM ialah sekurang-kurangnya A2 dalam Pendidikan Seni Visual, lulus Bahasa Melayu, dan bahasa inggeris.Untuk memasuki peringkat Diploma, anda terpaksa menjalani ujian saringan iaitu ujian melukis dan menjalani sesi interview.  
PROSES INTERVIEW
Apabila selesai mendaftar dalam sistem UPU atau UiTM, sekiranya anda bernasib baik, anda akan menerima email untuk proses interview. Bagi menjalani proses interview, saya amat menasihatkan kepada anda untuk membawa segala portfolio gambar yang pernah diambil oleh anda. Jangan sesekali anda membawa portfolio yang tidak berkaitan dengan fotografi. Contohnya, semasa disekolah, sekiranya melalui kelab fotografi, anda pernah membuat tugasan teknikal kamera (Depth of Field, Low Shutter, High Shutter Dll), bawalah contoh tersebut semasa interview. Lagi bagus, jika anda mempunyai koleksi hasil karya fotografi anda sendiri. Selalunya, pensyarah yang interview anda ingin melihat bagaimana minat anda terhadap bidang fotografi. Usah takut sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa pengetahuan asas, cukuplah dengan menunjukkan minat yang tinggi. Jadi saya nasihatkan anda bergerak aktif dalam kelab fotografi disekolah. Sekiranya anda pernah terlibat dalam mana-mana kursus fotografi, sila sertakan sijil-sijil yang berkaitan. Ingat!, sijil-sijil ini perlu disusun dalam fail portfolio plastik yang boleh dibeli di mana-mana kedai dan disusun dengan kemas. Bakal pelajar selalu terlepas pandang perkara penting ini. 
Satu lagi soalan yang pasti ditanya oleh pensyarah, adakah anda mempunyai kamera?. Untuk proses pembelajaran Diploma Fotografi, anda wajar mempunyai kamera sendiri. Jika tidak mempunyai kamera, anda akan bermasalah besar untuk menyiapkan tugasan yang bakal diberikan. Anda pasti akan ketinggalan kerana sesi kelas kebanyakkannya diadakan secara praktikal. Jangan harap untuk meminjam dengan kawan-kawan. UiTM juga tidak menyediakan perkhidmatan sewaan atau pinjaman kamera. Anda tidak perlu membeli kamera yang terlalu mahal. Anda boleh sahaja membeli model kamera yang sederhana. Tetapi ingat, kamera yang digunakan mestilah apa sahaja jenama DSLR. Kamera Compaq, tidak diterima. Jenama bukan menjadi isu, anda boleh memilih jenis kamera yang bersesuaian dan anda selesa menggunakannya.
PROSES PEMBELAJARAN   
Seperti yang saya nyatakan tadi, jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa asas fotografi. Semuanya akan diajar mengenai teknikal asas pada semester pertama. Anda juga akan mempelajari, studio lighting, advertising fashion dan product, photojournalism, video studies, history of photography, alternative process dan digital design. Anda juga dikehendaki mengambil subjek keusahawanan, English (Ramai yang gagal jika tidak datang kelas) dan subjek agama. Anda juga diwajibkan lulus kokurikulum.  Anda akan menghabiskan masa selama dua tahun setengah untuk menamatkan Diploma anda. Di akhir semester iaitu semester 5, anda dikehendaki menyediakan Major Project dan Minor Project iaitu memaparkan hasil karya dalam bidang-bidang yang saya sebutkan di atas. Jadi, sesi pembelajaran bukan sahaja dalam fotografi, tetapi anda akan juga mempelajari sedikit mengenai design. Sistem UiTM mengamalkan Merit GPA. Anda diwajibkan lulus semua mata pelajaran pada setiap semester. Jika gagal anda dikehendaki mengulang semula. Jika tiga kali anda masih lagi gagal dalam subjek yang sama, anda akan diberhentikan.
Belajar fotografi, bukan sekadar mengambil gambar semata-mata dan dengan mudah anda akan lulus. Buang persepsi begitu. Tidaklah terlalu sukar sehingga gagal. Jika anda gagal hanya kerana anda tidak masuk kelas, tidak hantar assignment dalam semua subjek atau terkandas dalam peperiksaan. Bagi saya, nak gagal tu sebenarnya susah, tetapi nak lulus cemerlang pun memang memerlukan usaha yang keras. Pelajar Fotografi, banyak menggunakan duit kerana anda terpaksa keluar mencari subjek assignment, mencari event untuk journalism, menyewa baju untuk model fashion atau terpaksa menyewa studio diluar jika studio penuh. Kemudahan studio yang disediakan oleh UiTM memang sentiasa penuh, pendek kata, siapa cepat dialah yang dapat. UiTM tidak menyediakan sewaan kamera atau meminjamkan kamera DSLR kepada anda. Semuanya perlu disediakan sendiri. Di dalam hal ini, pinjaman PTPTN memang banyak membantu anda. Menjadi pelajar fotografi memang sibuk. Anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk bersenang lenang, anda perlu menyiapkan assignment fotografi yang diberikan oleh pensyarah. Pengurusan masa amat penting.
APA YANG ANDA AKAN BUAT SELEPAS GRADUATE?.
Perkataan TAMAT itu, memang keramat. Apabila anda memulakan pengajian, saya pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Selepas itu anda konvo dan memikirkan apa yang perlu anda lakukan selepas tamat pengajian Diploma Fotografi. Jika anda bertanya pandangan saya, saya cadangakan kepada anda meneruskan pengajian peringkat ijazah. Jika anda mempunyai Diploma Fotografi, anda boleh memilih untuk terus menyambung pengajian Sarjana Muda Fotomedia di Puncak Alam selama Dua Tahun, atau memilih memasuki ijazah Sarjana Muda yang lain seperti pendidikan, komunikasi masa dan sebagainya (Tempoh tiga hingga empat tahun). Jadi, nasihat saya, jika anda dapat memasuki Diploma Fotografi, anda tidak berminat. Jangan susah hati, habiskan Diploma dulu dan kemudiannya, daftarlah memasuki Sarjana Muda yang anda minat. Untuk menyambung, anda perlu mempunyai GPA minimum atas 3.00 bagi Sarjana Muda Fotomedia Kreatif dan minimum 3.30 bagi Sarjana Muda yang lain. UiTM kini semakin ketat syarat kemasukkannya.
Jika anda memilih untuk bekerja, anda boleh memasuki industri seperti berkerja di akhbar-akhbar, studio, komunikasi korporat, berniaga dan sebagainya. Semuanya memerlukan perancangan yang awal dan anda perlu mempunyai target yang jelas mengapa ingin menyambung pengajian dalam bidang Diploma Fotografi. Saya akan membincangkan mengenai peluang kerjaya dalam bidang fotografi pada entry yang akan datang.  
Diharapkan, dengan kupasan yang santai ini dapat memberikan ilham dan sedikit pendedahan mengenai Diploma Fotografi. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan pesanan anda. 
Sekian, terima kasih
Nadzri Sharif
14 April 2014
Seri Kelemak
9.19 Malam.  

33 comments:

Unknown said...

Assalam...

baru baca status SN pasal blog saudara.

tinggalkan jejak sikit...

Mama Baker said...

Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana terjumpa blog ini dalam pencarian saya untuk mengetahui apakah yang bakal dilalui oleh anak saya kelak apabila mengikuti kursus Diploma in Photography di UiTM.

Terima kasih.

Anonymous said...

assalam....
jika sy masih diusia remaja lepasan SPM skang, pastinya sy akn blaja ape yg sy minat.
sygnya, minat sy pd fotografi dtg bile sy sudah bekerja... dan 5 thn lps sy bli dslr sy berkahwin dan terlalu byk komitmen. spi skang pn, sy masih berangan2, jika sy dpt peluang belaja diploma/ijazah dlm bidang fotografi x kira la klu ade separuh ms... sdg skang sy bekerja dlm bidang akaun sbb sy study akaun..ok.. itu mungkin cita2 kecil sy je setelah usia semakin dewasa, mn mungkin sy undurkan masa..
tp alhamdulillah... sy ttp dibidang yg saya minat skang.. sekadar hobi & cita2 dlm perniagaan, insyaallah...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
nurul amira said...

Sy tringin nk amik fotografi ttpii byk kekangan drpd family ..uhh ..tpi sy hrap family iznkn sy utk kejar cite² sy..inshaallah ..thanks sbb kongsikn serba sdikit dlm blog nii .. :)

Unknown said...

terima kasih atas pengetahuan yang kamu sudah berikan . serba sedikit saya dapat tahu tentang bidang fotografi ini . terima kasih sekali lagi . in sha allah dengan izin Allah , mungkin saya dapat menceburi bidang ini . in sha allah . terima kasih atas cadangan yang kamu berikan dalam bidang fotografi ini .

Masziatul Akma said...

Assalamualaikum .. sy seorang pelajar pelepasan spm . Dan mengabil course grafik berkomputer di sekolah . jika sy ingin melanjutkn minat sy dalam course fotografi di uitm ini selain course diploma seni lukis & seni reka . Course apa yang sy boleh lanjutkn dalam bidng fotografi? Sebab minat sy kepada melukis agak tiipis dan sy tidak pandai melukis . Apa pendapat Encik Nadzri ?

Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif said...

Assalamualaikum Masziatul,

Alhamdullilah, nampaknya saudari berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma Seni Lukis dan Seni Reka. Pandangan saya, minat atau tidak pandai melukis tu perkara kecil sahaja. Tetapi, saudari perlu sedikit sebanyak menguasai pengetahuan asas lukisan kerana semasa proses temuduga, saudari akan diminta untuk melukis objek yang ditetapkan oleh pensyarah. Jangan risau, saudari boleh melatih skill tersebut dengan cepat. Mungkin saudari boleh mencuba melatih melukis objek seperti kotak, kerusi, tong, lipatan kain atau objek-objek yang ada disekeliling saudari. Jika Saudari berminat, saudari boleh memohon Diploma Fotografi ketika proses temuduga itu berlaku. Cuma nyatakan pendirian saudari dengan jelas kepada pensyarh yang menemu duga saudari itu untuk memasuki Diploma Fotografi.

Siti Aisyah binti Shamsudin said...

assalamualaikum , kos ni dalam bidang sastera ke bidang seni bina yaa ?

Unknown said...

Assalammulaikum
Sya pelajar lepasan SPM 2015 dlm perakaunan Tetapi sya berfikir ingin menyambungkan pelajaran sya dlm bidang photograph kerana minat Tetapi sya tk pandai untk melukis dan kurang fhm tentang kamera mahu pun seni lukisan jadi bgi pendapat encik nadzri blh sya menceburi bidang ni

Unknown said...

assalamualaikum , saya pelajar SPM tahun ini . saya ni agak lemah jugak la dlm BI . so klau saya dpt BI C+ okay ka ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Mcm sye ni pelajar sains tulen.then kelab tu xde knevmengena dgn fotografi asas pon x de.. cmne yep

anna.maria said...

Salam, nak tanya.. Kalau masa temu duga tu nanti saya bawa hasil lukisan saya yg dah siap dilukis dan diwarna adakah boleh diterima? Sebab saya dah buat bnyk hasil lukisan semasa di tingkatan 5 yg saya jadikan sbgai hobi. Tetapi saya berminat nak ambil fakulti fotografi. Mohon pencerahan.. Tq

Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif said...

Assalamualaikum, Semasa sesi temuduga nanti, akan ada ujian melukis, calon akan diminta melukis subjek yang akan di tetapkan oleh pesyarah.

Anonymous said...

salam.. nk tnye, saya nii bukan dari kalangan org seni. nk melukis mmg xlahh. sy dri pljar prniagaan.. ttba bolehh program nii utk program ijazah. dh lahh program brtmu duga. sy xtau bgaimana nk breaksi nnti. jika diorg bg ujian mlukis, ap yg sy ptut buat? ptut sy undurkn dri??

FaidHakimi said...

Assalamualaikum , saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran saya dlm bidang fotografi UiTM ini......saya ingin tahu bidang apa yg boleh saya sambung pada peringkat degree nanti ? Minat saya lebih ke arah seni bina dalaman.....boleh ke saya sambung ke bidang itu nanti......dan satu lagi jika saya ambil double diploma....saya perlu guna keputusan SPM saya atau CGPA diploma saya ? Terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum.Ujian melukis tu kena lukis apa je? Macam mana kalau tidak mahir melukis?

Unknown said...

Assalamualaikum.....

Saya rafidah pelajaran tingkatkan 5 tahun 2017....Saya amik akaun....Tapi minat saya cenderung kepada seni fotography ...saya minat melukis tapi x tau Macam mane Nak melukis...saya juga hanya mempunyai sijil dalam Bidang sukan sahaja kerana saya jugak minat bersukan....Saya mahu Tanya pendapat encik..Adakah saya layak untuk memasuki bidang fotography ini....Saya minat sangat2..Tetapi saya tidak mempunyai kemahiran dalam Bidang ini...Adakah saya aka. Diterima untuk belajar di uitm yg telah encik nyatakan itu....Maaf kalau banyak Tanya...Hehehe saya cuma x tahu jika saya diterima..Atau x

Unknown said...

*pelajar
*Akan

Putri said...

Assalamuaaikum.. Saya memang minat sangat dengan bidang fotografi ni.. Subjek BI saya ok, tapi Matematik memang susah nk score. Sye nk tanya, kalau nk msuk bidang fotografi ni, wajib lulus subjek Matematik ke? Sekurang-kurangnya kena dapat gred berapa? Mohon beri penjelasan terima kasih ^^

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya
Adakah Sem 2 mula pakai cemera?
Sebab saya ada baca yang sem 1 belajar
Bab yang asas tentang cemera...
Terima kasih;^_^
Diharapkan dapat memberi penjelasan
Dengan segera kerana 16/7/18 saya akan
Memulakan pengajian saya dalam bidang diploma Fotografi ... terima kasih

Unknown said...

Salam..Setiap usaha yang kita lakukan pasti ada kejayaan.. bagi yang tidak mahir dalam bidang seni lukis..anda mesti yakin pada diri sendiri..dan itu bergantung pada diri sendiri..seperti saudari ini katakan tadi..setiap usaha memerlukan perjuangan yang besar untuk mencapai satu tahap ke satu tahap..USAHA mesti ada dalam diri..sekian

Unknown said...

Tapi klau kt sekolah dulu tkde kelab photography macam mana pulk?, baru skrg kelab fotografi ada and thun ni saya f5 And kt sekolah kls bukn aliran seni, sains,or account.. Bole ke masuk dalam bidang fotografi ni? Sebb minat dgn fotografi

Unknown said...

Saya f5 thun 2019.. Klau bukn dri kelas aliran seni, sains or account dan sya pljr landskap dan nurseri .. Saya layak ke masuk bidang fotografi? Tpi saya memang betul minat berfotografi.. Dan saya baru dpt tau dlm tahun ni kelab fotografi bergiat aktif.. Semasa sya dlm f1 dan f2 fotografi tk seaktif skrg...jadi saya layak atau tidak utk mengambil bidang fotografi? Dan saya hanya mempunyai beberapa sijil sahaja skrg..

Anis said...

Assalamualaikum,saya pelajar Giatmara tahun 2020 dan lepasan tingkatan 5 thun 2019 dlm bidang fotografi.nk masuk uitm ni kalau pakai sijil giatmara boleh ke.
Giatmara dgn spm same taraf ke. Kat sekolah saya ambik aliran ekonomi dan perniagaan boleh ke saya lajutkn pelajaran kat uitm

Anonymous said...

hope you realize .....cik bunga ... Assalammualaikum abang ehh hahahah nk tanya pendapat boleh saya still form 4 and minat sangat2 dekat bidang fotografi tapi saya takut lah what if kalau saya salah pilih and bila baca rasa sangat mencabar plak nk belajar dalam bidang ni tapi orang kata bila kita minat rasa takut tu dapat di atasi alhamdulilah mummy and daddy always support sekarang saya ambil subjek ekonomi geografi dan seni visual ....dah mintak petunjuk kat allah tapi belum ad jawapan maybe belum masanya abang ad any advice tak ...... WAIT FOR YOUR REPLY
FROM CIK BUNGA

Unknown said...

Assalam, Saya amik form 6 tahun ni. Selepas tamat pengajian saya boleh ke kalau nak sambung degree dalam bidang seni reka? Kalau tal pandai melukis takpe ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Dari apa yang dinyatakan dalam kenyataan encik Saya dapati seseorang itu perlu mengambil subjek seperti keusahawanan,Bahasa inggeris Dan agama. Adakah subjek tersebut telah ditetapkan oleh pihak universiti atau kita boleh memilih subjek yang dikehendaki?

Unknown said...

Assalamualaikum . Terima kasih banyak2 kerana memberi sedikit sebanyak pengalaman & ilmu encik, jadi saya untuk serba sedikit tntang bidang ni. Tapi saya nak tanya, jika dalam ijazah sarjana muda fotomedia kreatif sesi temuduga perlu melukis juga ke? Ke perlu tunjuk bukti2 kita minat dalam bidang tersebut? Mohon balas, terima kasih.

Unknown said...

Saya spm tahun ni, aliran account, tpi saya nak ambil jurusan fotografi. Tpi saya tk ambil jurusan seni visual. Boleh ke saya mohon ?

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya lepasan spm 2021 ,saya aliran sains komputer, saya minat dengan fotografi tpi saya tiada kemahiran melukis ,Agak Agak blh ke saya mohon atau ada cara yang lain untuk saya menceburi dalam bidang fotografi ni lgi pon, saya kurang ilmu tentang fotografi ni