Followers

Wednesday 7 November 2012

Teori Semiotik Dalam Komunikasi


KUPASAN DEFINASI DAN FALSAFAH “SEMIOTIK”

Semiotik membawa maksud secara terminologinya dan pemahamannya dapat didefinisikan sebagai pengetahuan mengenai tanda ataupun dikenali sebagai simbol . Simbol atau tanda yang dimaksudkan ini adalah merangkumi pelbagai bidang seperti menyentuh aspek kebudayaan,kemasyarakatan dan sistem kehidupan yang telah menggunakan simbol ini sebagai salah satu bentuk kaedah penyampaian komunikasi yang berkesan serta memberikan maksud-maksud yang tertentu. Ada yang berpendapat bahawa Semiotik ini merupakan salah satu bidang “Komunikasi Tanpa Lisan” yang merujuk kepada aspek pesanan yang tidak diberikan makna literal perkataan.Kaedah penyampaian lebih kepada tanda atau simbol yang lebih mudah difahami serta berkesan.

Ada pelbagai pandangan serta pendapat yang telah dilakukan demi mengupas secara menyeluruh mengenai definasi,teori mahupun falsafah mengenai Semiotik ini. Salah seorang ahli sastera iaitu Teew (1984:6) telah membuat definasi makna semiotik ini ialah satu tindak balas komunikasi yang telah dipertanggungjawabkan kepada semua faktor yang melibatkan aspek hakiki pemahaman bukan secara literal atau huruf kepada penyampaian mesej didalam masyarakat atau komuniti. Istilah semiotik ini lebih dominan digunakan sebagai salah satu ilmu penyampaian berkenaan tanda ataupun simbol.

Ahli Semiotik  moden mempunyai dua orang pelopor yang sentiasa melakukan kajian mengenai konsep Semiotik  ini, iaitu Charles Sanders Peirce dan Ferdinand de Saussure. Perkataan Semiotika telah dicadangkan oleh Pierce tetapi Saussure lebih gemar untuk memilih perkataan semiologi. Sebenarnya perkataan “semiotika” tersebut telah digunakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Lambert pada abad 19.

Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa, bahasa terbina dalam struktur yang mengandungi tanda-tanda dan setiap tanda dalam bahasa itu memiliki makna yang tersendiri. De Saussure mengunakan istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda dalam sistem bahasa dapat dikaji secara saintifik. Menurut Saussure, bahasa adalah suatu sistem tanda yang berfungsi melalui sebuah kod Operation Position Binary (Mana Sikana,2005: 34). Posisi Binari inilah yang menghasilkan makna-makna.

Seorang lagi tokoh penting teori Semiotik ialah Sander Pierce. Tidak sebagaimana De Saussure, Pierce menggunakan istilah semiotik. Beliau dianggap sebagai tokoh pertama yang menggunakan dan mempopularkan istilah semiotik ini yang kemudiannya dikenali dengan nama teori Semiotik oleh pengkaji kemudian. Semiotik menghubungkan tanda-tanda dengan psikologi manusia, manakala semiologi De Saussure memisahkannya.

Idea semiotik dan semiologi yang dikemukakan oleh Sander Pierce dan De Saussure terus dibahas dan dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain yang turut mendokong idea ini. Antara tokoh-tokoh yang telah menggunakan dan mengembangkan idea semiotik ini ialah Umberto Eco, Roland Barthes, Jonathan Culler, Charles Mor ris, Micheal Rifatarre dan Jurij Lotman.

Roland Barthes yang merupakan pengkaji yang pertama menyusun model “Semiotik” untuk menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan teks. Ketika Saussure menekankan pada teks semata, Barthes menekankan pada fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi pembaca dan budaya pengguna. Teori daripada Barthes telah memperhatikan peranan teks dan simbol yang berinteraksi dengan dengan pembaca yang bertindak sebagai penerima maklumat .Hasil maklumat penyelidikan ini telah menyokong teori Barthes yang menegaskan unsur dua susunan pertandaan atau dikenali sebagai (order of signification).

Pengasas utama teori Semiotik dalam kesusasteraan ialah Jurij M. Lotman yang menulis kertas kerja dalam buku mengenai teori dan metodologi semiotik (Mana Sikana,1990: 18). Lotman memberi perhatian kepada semantik sastera dengan melakukannya atas dasar dan tanggapan bahawa setiap tanda harus memiliki makna. Menurut Lotman lagi, karya sastera mempunyai sistemnya yang tersendiri, oleh itu interpertasi harus bersandarkan kepada struktur linguistik dan dihubungkan dengan fenomena budaya dan pemikiran masyarakat.

ANALISIS VISUAL TEKS DALAM TEORI SEMIOTIK.

Visual teks adalah bentuk semiotika visual. Tanda visual dan linguistik dalam poster, gambar, kartun dan sebagainya saling membentuk hujah serta metafora yang menarik untuk diperhatikan. Selain itu pemerhatian visual diperlukan untuk memahami jalinan representasinya tidak terlalu jauh dari pengalaman kita. Sebahagian besar pembaca akan mudah memahami simbol tanda visualnya. Dalam analisis semiotik dan analisis text terdapat dua peringkat pertandaan, iaitu pertama, analisis tanda secara individual dan kedua, analisis tanda dalam kumpulan.

Analisis tanda secara individual dapat digunakan berbagai model analisis tanda, misalnya analisis tipologi tanda, struktur tanda, dan makna tanda. Pada analisis tanda-tanda di dalam kelompok atau kombinasinya disebut analisis teks (textual analysis). Semiotika teks dalam hal ini tidak berhenti hanya menganalisis tanda (jenis, struktur, makna) secara individu, akan tetapi melingkupi pemilihan tanda-tanda yang digabungkan ke dalam kumpulan pola-pola yang lebih besar (teks), yang di dalamnya menyatakan sikap, ideologi, atau mitos tertentu yang berlatar belakang gabungan tanda-tanda tersebut. 

ANALISIS GAMBAR YANG DIPILIH

Ada beberapa cara yang dilakukan untuk menganalisis sesuatu gambar. Saya memilih gambar untuk dianalisis dan dikaitkan dengan teori semiotik kerana saya berpandangan bahawa hanya sekeping gambar memberikan seribu makna. Berikut merupakan tatacara yang digunakan oleh saya untuk menganalisis gambar dan dikaitkan dengan teori semiotik adalah seperti berikut:

Pertama melakukan pembacaan dan sesi pemerhatian yang dilakukan secara pada setiap objek dan gambar yang dikaji. Kemudian saya  menandakan dan memilih teks-teks yang menunjukkan adanya tanda budaya,kehidupan,warna serta elemen yang digunakan. Elemen yang disebut adalah sebagai data.

Kedua analisis pada tahap ini adalah analisis data secara individual yang termasuk dalam maksud  semiotik peringkat pertama. Seluruh data yang berjaya dikumpulkan pada tahap pertama dianalisis menurut kaedah yang telah digariskan seperti memahami kontur,reka letak, warna yang digunakan, ekspresi wajah dan badan, senario persekitaran dan teks tulisan sekiranya ada. Saya juga telah melihat aspek-aspek atau elemen asas seni reka seperti bentuk, teknik, corak dan susunan yang sedia ada. bentuk gambar ikonik tersebut dibaca melalui pelbagai tanda yang muncul untuk mentafsirkan makna gambar sesuai dengan konteks peristiwa.

Ketiga analisis pada tahap ini adalah analisis data secara kelompok yang termasuk dalam maksud semiotika tahap kedua dan menghasilkan makna efektif dan psychomotor. Seluruh data yang telah dikumpulkan dalam analisis tahap pertama dan telah dianalisis pada tahap kedua akan  diklasifikasikan secara total.

Keempat pada tahap terakhir dilakukan adalah memberikan kesimpulan dari hasil kupasan maklumat berdasarkan kepada pemerhatian data tadi. Selain mengemukakan beberapa hasil keputusan pemerhatian, analisis yang diberikan lebih bersifat praktikal.

ANALISIS SEMIOTIK POSTER TERPILIH 



Poster ini merupakan satu pesanan kemasyarakatan oleh sebuah syarikat komunikasi terkenal DIGI sempena Hari Malaysia 2012. Memahami Konsep 1 Malaysia yang diletakkan asas utama poster dikeluarkan.

1.   Perkataan yang tertulis “We May Have Our Difference, But We Also The Same” lebih merujuk kepada maksud sedemikian ,walaupun mempunyai perbezaan atau persaingan perniagaan (jika kita melihat patung yang berwarna biru itu, saya memahami poster ini menunjukkan “semiotik “ patung biru itu ialah pesaing terdekat syarikat Digi iaitu Celcom Malaysia). Tetapi mereka bersatu hati menyokong dasar kerajaan untuk bersatu bersama-sama sebagai satu bangsa 1 Malaysia. Walaupun perkataan itu tidak ditunjukkan secara bertulis syarikat yang dimaksudkan,tetapi ianya ditunjuk melalui “semiotik” iaitu pada anak beruang biru tersebut dan perkataan tersebut.

2. Saya tertarik kepada warna kuning yang merupakan warna rasmi pada patung Digi tersebut.Jika mengikut psikologi warna, warna kuning adalah digambarkan sebagai warna yang menunjukkan kekuasaan dan kemewahan. Warna tidak digambarkan maksudnya melalui tulisan atau text, tetapi digambarkan hanya melalui pemahaman secara psikologi atau budaya. Ianya ditafsirkan melalui pemerhatian serta pemahaman. Berikut merupakan petunjuk warna-warna mengikut pemahaman budaya adalah seperti berikut:

Warna
Makna positif
Makna negatif

Merah

Kekuatan, kehangatan, cinta, persahabatan.

Nafsu, agresif, kesombongan dan kemarahan.

Merah muda
Hadiah, inspirasi, kekaguman, simpati, keremajaan.

Kekurangan, naif.

Orange

Kehangatan, semangat, keseimbangan, ceria dan kecerahan

Meminta, berlebihan, terlalu emosi, mencari perhatian.

Kuning

Kekayaan, kehidupan, optimisme, kemakmuran, sukacita.

Iri hati, tidak jujur, penakut, tamak haloba.

Hijau

Stabil, santai, alami, kemakmuran, keberuntungan, dermawan, semangat, abadi, keseimbangan.

Nasib buruk, cemburu, iri, agresi, tidak berpengalaman, korupsi, tamak, memalukan.

Biru

Kepercayaan, dapat diandalkan, kebersihan, keamanan, kelembutan, kepercayaan diri, persahabatan.

Sedih, dingin,murung

Ungu

Kreativiti, kemakmuran, romantisme, bangsawan, kebanggaan, kebijaksanaan.

Sombong, angkuh, misteri, kasar, kejam, berlebihan.

Coklat

Perlindungan, kesederhanaan, stabil, keutuhan, persahabatan, dapat diandalkan.

Kebodohan, kemiskinan, kekasaran, kotor, tumpul, bosan.

Putih

Disiplin, kebaikan, kerendahan hati, kematian, api, kemudahan, damai, suci.
Hampa, kematian, menyerah, penakut, kurang imiginasi.

Hitam

misteri, klasik,elegent kecanggihan, keseriusan, formalitas.

Penyesalan, kematian, setan, pemberontakan, kesedihan, perkabungan.







 


3.      Latarbelakang poster ini digambarkan ciri-ciri Malaysia. Ciri-ciri Malaysia itu ditunjukan melalui bendera Malaysia yang dikibarkan dan bangunan yang amat terkenal yang berkait rapat dengan kemerdekaan iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.

4.      Semangat patriotisme telah ditunjukkan dalam poster ini melalui kedua-dua patung yang mengambarkan syarikat Digi dan pesaingnya dilihat berpelukkan mengadap bendera Malaysia yang sedang berkibar dan Bangunan Sultan Abdul Samad. “Berpelukkan” digambarkan sebagai erti persahabatan dan kasih sayang.Simbol ini tidak digambarkan melalui perkataan tetapi hanya ditunjukkan dalam perbuatan. 

5.      Rasional pemilihan tempat seperti kelihatan berada di padang dalam poster ini saya merasakan pereka poster ini cuba memasukkan elemen yang mudah iaitu keluasan ruang yang tidak membuatkan poster ini berserabut. Mungkin ruang hijau yang besar ini memudahkan pereka poster ini memasukkan logo serta tarif promosi syarikat ini, dan ruang biru yang besar adalah untuk memasukkan logo satu Malaysia dan sedikit Typhography.  Walaupun begitu, element harmoni dan balance gambar telah diutamakan bagi memastikan rekaletak poster ini seimbang.

6.      Pendekatan yang bijak dilakukan adalah dengan memastikan warna hijau dan biru cair itu menjadikan patung yang berwarna kuning begitu menyerlah dalam poster ini. Sudah semestinya syarikat komunikasi ini tidak mahu pesaingnya iaitu patung yang berwarna biru itu menyerlah dari patung rasmi syarikat ini. Mungkin inilah sebab bahawa posisi patung biru itu rendah sedikit dan warna biru cair yang dipilihnya adalah tidak menonjol.

RUMUSAN VISUAL TEKS MENGGUNAKAN TEORI SEMIOTIK.


Hasil daripada penyelidikan ringkas yang dilakukan oleh saya, saya telah mendapati bahawa, mesej yang terdapat pada pelbagai hasil karya komunikasi visual, merupakan mesej yang disampaikan kepada sasaran adalah dalam bentuk tanda atau dikenali sebagai “Semiotik”. Secara amnya, semiotik dapat dilihat dari dua aspek penting, iaitu tanda verbal dan tanda visual. Tanda verbal merupakan hasil komunikasi dari ragam bahasa, gaya penulisan, tema dan pengertian yang diperolehi. Manakala tanda visual dilihat dari cara menggambarkannya, dari pelbagai cara yang boleh dilakukan samaada secara ikonis, gambar atau simbol. Itulah yang dikatakan bagaimana masyarakat boleh memahami apa yang disampaikan hanya melalui tanda,gambar atau simbol sekalipun tanpa menggunakan ragam teks bahasa.

Berdasarkan tanda verbal dan tanda visual yang terdapat dalam iklan Digi ini, maka kita sudah pasti boleh melihat mesej tersebut dengan bantuan kod kebudayaan dan kod semiotik. Merujuk pada kod kebudayaan seperti ditegaskan Barthes, maka tanda visual dalam dalam iklan ini berupa semangat cintakan negara Malaysia yang dizahirkan melalui patung rasmi digi yang memeluk satu lagi patung yang berwarna biru yang memerhatikan kibaran bendera Jalur Gemilang. Dengan pendekatan walaupun mempunyai persaingan atau berlainan kefahaman,masyarakat Malaysia berkembang dengan kewujudan sikap saling membantu dan bersatu dalam menjalani kehidupan pelbagai ragam bentuk serta budaya. Maksud sebenar juga  boleh juga dilihat dari iklan ini ialah. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh, merupakan bentuk peribahasa yang merujuk pada konsep iklan ini.

Tanda visual dalam iklan ini boleh ditakrifkan penyampaian secara teori semiotik. Ini kerana bentuk teks yang dipaparkan amat kurang tetapi ditunjukkan melalui gambar dan konsep iklan tersebut. Saya pasti sesiapa yang terlihat iklan ini secara mudah dapat memahami konsep serta mesej yang ingin disampaikan. Cuma kupasan yang diberikan mungkin berbeza berdasarkan pemahaman masing-masing. menurut kod simeotik, merupakan perwujudan dari kesetiaan dan kebangsaan masyarakat Malaysia yang sentiasa bersatu.

Kita berkongsi kisah jurnal perjalananku(part 1) untuk entry yang akan datang...tunggu


1 comment:

Unknown said...

kupasan yg menarik