Assalamualaikum...Sesiapa yang berminat untuk menyertai Bengkel Pemantapan Fotografi Siri (2) 2014 (Phocourse 2014) sila layari laman web dengan copy dan paste alamat url . Setakat ini penyertaan umpama goreng pisang panas. Sila lawati alamt url ini https://sites.google.com/site/phocourse/. Cepat sebelum tempat penyertaan penuh.
BERKONGSI SUKA DAN DUKA,SATU PERJALANAN KEHIDUPAN, PERKONGSIAN ILMU DAN SEGALANYA FOTOGRAFI
Followers
Thursday, 17 April 2014
Wednesday, 16 April 2014
PENAWARAN BENGKEL PEMANTAPAN FOTOGRAFI (SIRI 2) 2014 (PHOCOURSE 2)
MAKLUMAT
TERPERINCI BENGKEL PEMANTAPAN FOTOGRAFI (SIRI 2) 2014
(PHOCOURSE 2)
JABATAN
FOTOGRAFI PENGIMEJAN KREATIF
UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA MELAKA
28 HINGGA 30
OKTOBER 2014.
0.0
PENDAHULUAN
Ribuan terima kasih di atas perhatian tuan/puan mengenai Bengkel
Pemantapan Fotografi Siri (2) 2014 atau dikenali sebagai PHOCOURSE 2014. Bengkel ini adalah lanjutan daripada kejayaan Bengkel pemantapan
Siri (1) yang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2011. Berikut
merupakan beberapa maklumat terperinci yang akan dimaklumkan untuk makluman
bakal para peserta. Bengkel ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam di Dewan Kuliah (KPP3) dan kawasan sekitar UiTM
Melaka Kampus Alor Gajah.
1.0
LATARBELAKANG
Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif UiTM Melaka
mengambil insiatif untuk berkongsi kepakaran kepada mana-mana Jabatan
Kerajaan,agensi swasta mahupun orang perseorangan mengenai bidang fotografi
yang semakin mendapat perhatian dan sambutan di kalangan masyarakat pada ketika
ini.
Bengkel Pemantapan Fotografi (Siri2) PHOCOURSE 2014 terbuka kepada Jabatan Kerajaan, Swasta dan individu
yang berminat untuk mempelajari asas fotografi. Kursus ini hanya mensasarkan
jumlah peserta hanya seramai 60 orang sahaja. Tenaga pengajar bagi bengkel ini
terdiri daripada Pensyarah Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif UiTM Melaka
yang mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi pelbagai bidang.
Penawaran Bengkel Pemantapan Fotografi ini sebagai satu
sumbangan UiTM kepada masyarakat awam dan bertindak satu jaringan
kemasyarakatan bagi menyahut tanggungjawab pihak UiTM untuk berkongsi kepakaran
dan sumbangan sosial kepada masyarakat setempat.
2.0
OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman
dan mempertingkatkan pengetahuan di dalam asas fotografi dan editing .
2.2 Bertindak sebagai satu sumbangan Universiti dan medan
perkongsian kepakaran kepada masyarakat luar bersesuaian dengan objektif UiTM.
2.3 Sebagai satu tanda kerjasama erat di antara UiTM dan masyarakat
awam dan bertindak sebagai satu bentuk sumbangan sosial yang menuju ke arah
memperkasakan ilmu .
3.0
KEMUDAHAN KURSUS
3.1 Dewan Kuliah 1 untuk Majlis Perasmian, Program Kursus,
Seminar dan Majlis Penutup.
3.2
Makmal MAC di FSSR UiTM Melaka untuk kelas editing.
3.3
Studio Fotografi
3.4
Nota dalam Bahasa Melayu
3.5
Sajian sepanjang bengkel
3.6
T Shirt dan Goodies
3.7 Sijil akan dikeluarkan oleh UiTM Melaka.
4.0
TARIKH
Tarikh bengkel adalah pada 28 HINGGA 30 OKTOBER 2014. Program akan
dilangsungkan selama 3 hari 2 malam bertempat di Dewan Kuliah 1 dan kawasan
sekitar UiTM Melaka Kampus Alor Gajah.
5.0 PESERTA
Maksimum peserta yang akan
menyertai kursus ini adalah seramai 60 orang sahaja terdiri daripada Jabatan
Kerajaan, Swasta dan individu perseorangan. Bengkel ini juga akan disertai oleh
40 Anggota PDRM. PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIRA
UMUR. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui online dengan klik pada laman url di bawah ini:
5.0 ATURCARA
Aturcara BENGKEL PEMANTAPAN FOTOGRAFI SIRI (2) 2014 (PHOCOURSE 2014) adalah seperti dilampiran.
Kandungan Bengkel yang
ditawarkan adalah seperti berikut:
Asas Fotografi
Asas Fotografi
Pengenalan kepada fotografi
Jenis kamera dan Lens
Tips Mengawal ISO, Aperture and Shutter Speed.
Tips Mudah fungsi kamera digital
Jenis kamera dan Lens
Tips Mengawal ISO, Aperture and Shutter Speed.
Tips Mudah fungsi kamera digital
Asas Fotografi 2 (Komposisi)
Mengawal White Balance, Colour
Temperature
Memahami elemen seni dalam fotografi
Memahami dan menguasai komposisi
Bermain dengan warna dan pencahayaan
Memahami elemen seni dalam fotografi
Memahami dan menguasai komposisi
Bermain dengan warna dan pencahayaan
Fotografi Kreatif 2
Menguasai Long Exposure,
Menguasai Fotografi waktu malam
Menguasai Teknik Light Trail
Menguasai Fotografi waktu malam
Menguasai Teknik Light Trail
Teknik Pencahayaan Fotografi
Menguasai penggunaan Speed Light
Menguasai Mengawal cahaya studio
Menguasai Lighting Creative
Menguasai Mengawal cahaya studio
Menguasai Lighting Creative
Asas Pengayaan Model
Kemahiran pengayaan model
Teknik dan tips pengayaan untuk weeding dan korporat
Teknik dan tips pengayaan untuk weeding dan korporat
FORUM FOTOGRAFI PERKAHWINAN
Berkongsi pengalaman dan tips-tips dari jurufoto
profesional perkahwinan yang berpengalaman
Adobe Photoshop Editing Tools
Editing and Retouching Technique Anda akan mempelajari untuk membuat custom album, poster dan editing untuk gambar korporat.
Editing and Retouching Technique Anda akan mempelajari untuk membuat custom album, poster dan editing untuk gambar korporat.
5.0 SURAT
PENERIMAAN
Peserta akan diberikan surat penerimaan SELEWAT-LEWATNYA 1 bulan sebelum
Bengkel di adakan bagi pengurusan pentadbiran tuan/puan.
6.0 BAHASA
Semua proses perjalanan
kursus termasuk sesi pengajaran, nota dan slaid sepenuhnya menggunakan bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
7.0 PERALATAN
KAMERA
Peserta digalakkan membawa
peralatan kamera milik persendirian atau jabatan tempat tuan/puan berkhidmat. Pihak
jawatankuasa bengkel tidak menyediakan kemudahan ini.
8.0 PENGINAPAN
Kadar bayaran adalah tidak
termasuk dengan penginapan. Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penginapan
boleh menghubungi Jawatankuasa Penginapan di nombor : En Raziq B. Abdul Samad : 017-5536356
9.0 KADAR BAYARAN:
Setiap peserta akan dikenakan bayaran seperti berikut
:
KATEGORI A
Jabatan Kerajaan,
Swasta dan individu : RM 300.00
(Termasuk Makanan, T ShirT, Sijil, Goodies dan
Nota).
KATEGORI B
Staff UiTM ( Seluruh sistem UiTM) : RM 250.00
(Termasuk Makanan, T ShirT, Sijil, Goodies dan Nota).
KATEGORI C
Pelajar
Sekolah atau anak staff UiTM :
RM 150.00
(Termasuk, Makanan, T Shirt, Sijil, Goodies
dan Nota).
Kaedah pembayaran boleh digunakan dengan dua cara:
1. Pembayaran
melalui LO ( Sekiranya pihak Jabatan tuan/puan menghantar tuan/puan menyertai
kursus ini). LO Kerajaan terus kepada Bendahari UiTM Melaka, Akaun Perundingan.
2. Melalui online
banking (Sila sertakan resit sebagai bukti pembayaran dan emailkan kepada
jawatankuasa melalui email yang disediakan.) Pembayaran melalui akaun BANK
ISLAM UiTM Kampus Melaka : 04024010028989
10.0
MAKLUMAT PERHUBUNGAN:
1. Meor Hasmadi Meor
Hamzah (Ketua Projek) : 012- 5324950
(Meor Hasmadi Meor Hamzah/MELAKA/UiTM)
2. Dona Lowii Madon ( Penolong Ketua Projek) : 016- 6962084
(Dona Lowii Madon/BDRMELAKA/UiTM)
3. Nadzri Hj Mohd Sharif ( AJK Peserta) : 019-3750680
(Nadzri Haji Mohd Sharif/MELAKA/UiTM)
(Bilik Gerakan) : 06-5582230
(Bilik Gerakan) : 06-5582230
9.0 Penutup
Jabatan Fotografi Pengimejan Kreatif berharap agar kursus
ini mencapai objektif seperti yang dirancang. Ribuan terima kasih kepada
tuan/puan yang berminat. Segala kerjasama diakhiri dengan ucapan ribuan terima
kasih.
KANDUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH KEPADA SESI PRAKTIKAL. ANDA
AKAN DILATIH SEHINGGA MEMAHAMI PENGGUNAAN KAMERA DAN PENGETAHUAN TEKNIKAL ANDA
OLEH PENSYARAH YANG BERPENGALAMAN.
Sekian Terima Kasih
Disediakan oleh
MEOR HASMADI MEOR HAMZAH
Ketua Projek
Bengkel Pemantapan Fotografi Siri 2 (2014)( PHOCOURSE 2014)
Friday, 11 April 2014
JENAYAH YANG MEMBAWA HUKUMAN MATI.
Hukuman mati sering menjadi satu subjek yang kontroversi. Ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan hukuman mati berpendapat bahawa hukuman penjara seumur hidup adalah suatu jenis hukuman pengganti yang efektif. Ada juga berpandapat bahawa hukuman mati dianggap sebagai melanggar atau hak asasi pesalah untuk hidup. Sementara itu, bagi pihak yang bersetuju pula beranggapan bahawa hukuman mati perlu diteruskan ke atas pesalah dengan berpandukan kepada prinsip ganti rugi. atau timbal balas. Mereka berpandangan bahawa hukuman penjara seumur hidup tidaklah secara efektif kerana pesalah dikhuatiri akan melakukan lagi kesalahan atau disebut dalam istilah (potential offenders) . Di dalam Undang-Undang Malaysia, Hukuman mati bukan sahaja tertaklu kepada pesalah bagi kes bunuh semata-mata. Tetapi ianya boleh dilaksanakan bagi kes-kes yang berat. Kes-kes berat yang saya maksudkan ialah seperti jenayah pembunuhan, pengedaran dadah, pengkhianatan dan melancarkan perang ke atas negara dan memiliki senjata api. Dalam entry kali ini, saya akan membincangkan secara ringkas, bagaimana hukuman mati dilaksanakan dan apakah kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman mati. Entry ini amat berguna kepada pelajar-pelajar saya yang mengambil subjek forensik. Banyak soalan yang ditanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Saya akan menjawab secara ringkas agar mudah difahami.
Saya senaraikan secara ringkas senarai- senarai kesalahan yang boleh membawa hukuman mati adalah seperti berikut:
- Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong - Seksyen 121 Kanun Keseksaan- Contoh pemberontakan bersenjata yang mengancam keselamatan negara.
- Kesalahan terhadap Raja - Seksyen 121A Kanun Keseksaan - Contoh menderhaka kepada Raja.
- Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) - Seksyen 132 Kanun Keseksaan- Contoh seperti bersubahat dengan anasir luar untuk menyerang negara. Contoh paling dekat kes Pencerobohan di Sabah. Sesiapa yang bekerjasama dengan anasir luar membawa masuk mereka di bumi Malaysia. Boleh disabitkan kepada akta ini.
- Pembunuhan - Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Seksyen ini biasanya untuk kes-kes bunuh.
- Menyubahati membunuh diri - Seksyen 305 Kanun Keseksaan
- Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364 Kanun Keseksaan
- Tebusan dan ada yang terbunuh- Seksyen 374A Kanun Keseksaan
- Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396 Kanun Keseksaan
- Pengedaran dan penyeludupan dadah - Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Pemilikan senjata api - Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Ini merupakan beberapa contoh mengenai senarai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Di Malaysia, Hukuman mati masih lagi dikuatkuasakan dengan cara mengantung pesalah sehingga mati. Ada beberapa negara di dunia lain menguat kuasakan hukuman mati dengan cara yang berbeza-beza. Di Arab Saudi misalnya yang mengamalkan Undang-Undang Islam telah melaksanakan hukuman kati secara memancung kepada pesalah. Ada beberapa negara pula ada beberapa cara hukuman mati seperti menyuntik racun, menggunakan kerusi elektirik. Di China pula, Hukuman mati dilaksanakan dengan menembak tepat ke kepala pesalah, Apa pun cara yang dilakukan, hukuman mati dilaksanakan cuba tidak menyeksa pesalah. Nyawa pesalah diambil secara cepat bagi memastikan pesalah tidak terseksa.
Sungguhpun hukuman mati dilihat sebagai tidak releven dan melanggar hak asasi manusia, secara peribadi saya berpandangan hukuman mati masih lagi relevan untuk dilaksanakan. Jika saya mengimbas kembali kepada satu penulisan mengenai Kontrak Sosial yang ditulis oleh J.J. Rousseau pada tahun 1792 yang menulis bahawa setiap penjahat sebenarnya adalah seorang pemberontak dan seorang pengkhianat kepada tanah air nya. Dengan pelanggaran hukumnya, ia telah berhenti menjadi salah satu warganegara bahkan dianggap berperang melawan negara. Dalam keadaan yang demikian, pesalah sendiri tidak boleh dimaafkan atau diselamatkan mengatasi undang-undang. Di dalam membunuh penjahat, kita tidak begitu banyak menghancurkan rakyat seperti kita berhadapan dengan musuh negara. Pengadilan dan penghakiman adalah bukti bahawa penjahat telah merosakkan kontrak sosial, dan dengan demikian, mereka adalah tidak lagi merupakan suatu anggota (warganegara) negara itu.
Menerapkan atau implimintasi hukuman mati menjadi suatu hal yang harus dipertimbangkan secara saksama dan adil. Saya percaya pentadbiran mahkamah mengambil keputusan yang teliti dan hakim berhati-hati apabila ingin menjatuhkan hukuman mati. Hukuman mati pada dasarnya haruslah difahami sebagai suatu hukuman yang diberikan kepada seseorang, bukan hanya atas pertimbangan perbuatan masa lalunya (kejahatan yang telah dilakukan) tetapi juga keyakinan bahawa orang yang disabitkan tidak dapat diperbetulkan atau dibina kembali kepercayaan bahawa mereka tidak lagi melakukannya. Hukuman mati juga sebagai satu pengajaran dan keadilan bahawa hutang darah mesti di balas dengan darah dan sebagai satu timbal balas di atas jenayah berat yang telah dilakukan. Tentunya, kerangka pemikiran seseorang individu mengenai pelaksanaan hukuman mati ini menjadi sangat luar biasa dan hanya terbuka dengan melihat kepada kemungkinan berlaku bagi kejahatan yang sangat luar biasa (very extraordinary crimes). Jadi kepada pembaca, jika anda tidak mahu dikenakan hukuman mati, JAUHIULAH JENAYAH. Hiduplah dengan aman sebagai individu dan warganegara Malaysia yang bebas dari Jenayah.
Sekian
NADZRI B. HJ MOHD SHARIF
Pensyarah Kanan
PERANAN ASAS FOTOGRAFI DAN KEPENTINGAN DALAM PENYIASATAN JENAYAH SECARA RINGKAS
Dewasa ini,
kepesatan ekonomi dan sosial yang menjadi akar proses pembangunan global. Secara
umumnya, kepesatan ini telah mewujudkan dan meningkatkan beberapa perubahan kepada
pola-pola jenayah. Jenayah di Malaysia kini menjadi semakin kompleks dan
kadangkala semakin sukar untuk dikesan. Setiap hari, kita sering disajikan
dengan laporan melalui media massa mengenai kes jenayah yang semakin
menggawatkan keadaan seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah, rasuah, penculikan, kes rogol dan sebagainya. Statistik
jenayah yang diperoleh melalui PDRM dikatakan semakin meningkat. Seringkali
pula orang awam dikatakan berasa khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan kesan
jenayah yang sukar diramalkan keluasannya terutama dalam masyarakat serba moden
kini yang banyak menonjolkan peningkatan keadaan individualisme, materialisme
dan hedonisme. Terdapat satu trend yang semakin membimbangkan terhadap jenayah
ganas yang mengakibatkan kecederaan teruk dan kematian. Pelakuan jenayah merupakan suatu permasalahan sosial yang
melanda kebanyakan bandar di dunia kini. Permasalahan ini meningkat seiring
dengan kepesatan sesebuah bandar dan negara. Daripada
sejumlah 14 jenis kategori jenayah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman, jenayah yang mencatatkan peningkatan adalah jenayah
harta benda, jenayah kekerasan, jenayah komersil dan jenayah komersil bersiri.
Secara
umumnya, definisi Jenayah adalah lebih menjurus kepada satu kelakuan yang menyalahi
undang-undang dan patut disalahkan yang boleh dihukum oleh kerajaan. Ia juga merupakan satu perbuatan atau sebarang kesalahan yang boleh
mengancam masyarakat. Segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabitkan
kesalahan di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab
menerima hukuman denda atau penjara seperti yang telah diperuntukkan oleh
undang-undang . Mohd Reduan (2009) telah menerangkan ciri-ciri jenayah dengan
merujuk kepada satu ungkapan “Actus non
fecit reum nisi menssit rea” yang bermaksud sesuatu perbuatan seseorang
tidak boleh menjadikannya bersalah kecuali mempunyai niat yang salah iaitu
terdapat undang-undang jenayah bagi menentukan sama ada perbuatan seseorang
merupakan satu kesalahan ataupun tidak. Terdapat dua ciri-ciri jenayah iaitu
niat yang salah atau niat jahat yang disebut sebagai “mens-rea” dan tindakan atau perbuatan yang salah yang disebut
sebagai “actus-reus”. Jenayah telah diklasifikasikan kepada dua
bahagian iaitu Jenayah ganas yang secara amnya termasuk pembunuhan, cubaan
membunuh, rompakan berkumpulan dengan senjata api, samun berkawan tanpa senjata
api, samun dengan senjata api, samun tanpa senjata api, rogol dan akhir sekali
secara sukarela menyebabkan kecederaan dan jenayah harta termasuk
mereka kesalahan yang melibatkan kehilangan harta semasa yang tidak ada
penggunaan keganasan oleh pelaku. Penjenayah telah menjadi lebih
sofistikated disebabkan teknologi komputer dan telekomunikasi yang cepat
berkembang telah mengambil langkah progresif untuk memberikan mereka kelebihan
melalui pengetahuan penyiasatan dan hasilnya menyebabkan kesukaran dalam
penyiasatan forensik oleh pihak berkuasa. Jenayah pada masa kini telah menjadi
lebih kompleks dan kadang-kadang mustahil untuk dikesan.
Siasatan
jenayah yang sistematik dan mantap perlu bagi memastikan pesalah jenayah ini
dapat dihadapkan di muka pengadilan dan membantu mengurangkan kadar jenayah
yang sedia ada. Gilbert (2004) mendefinisikan tempat kejadian sebagai lokasi di
mana satu kesalahan jenayah yang disyaki berlaku, manakala Inman dan Rudin
(2001) mendefinisikan ia sebagai puncak piramid terbalik yang mengembang untuk
merangkumi penyiasatan jenayah, pengiktirafan, analisis, tafsiran keterangan
dan akhirnya melalui proses perbicaraan mahkamah. Secara umumnya, proses siasatan
jenayah lebih kepada carian sistematik untuk kebenaran dan satu proses untuk
mencari, mengumpul, menyediakan, mengenal pasti dan membentangkan bukti untuk
menentukan apa yang berlaku dan yang mengenal pasti untuk menentukan apa yang
berlaku dan yang bertanggungjawab atas segala perbuatan salah.
Tambahan pula, ia disebut sebagai satu proses rekonstruktif yang menggunakan
hujah deduktif berdasarkan bahan bukti yang ada pada seseorang, untuk
menentukan sama ada suspek mempunyai maklumat bukti suatu kesalahan yang boleh didakwa
di mahkamah. Siasatan forensik penyiasatan merupakan satu kaedah sains yang
bertujuan untuk memulakan prosiding mahkamah undang-undang syariah dan sivil.
Imej
fotografi boleh menunjukkan dan menentukan sifat kejadian atau menjadi petunjuk
jenis jenayah yang telah dilakukan. Ia dapat berfungsi untuk merekodkan aspek
penting dalam proses penyiasatan. Imej fotografi juga boleh memberikan tindak
balas terhadap undang-undang sebagai dokumentasi bahan bukti dan memberikan peningkatan
tahap komunikasi visual dalam penyiasatan jenayah. Dalam erti kata, sains
forensik menggunakan imej fotografi untuk merakam dan mengkaji bukti, akses fotografi,
dan yang terbaru ialah penambahbaikan teknologi pengimejan digital (Porter 2011).
Rakaman tempat kejadian dengan cara ini akan membolehkan mahkamah untuk melihat
tempat kejadian dalam saiz yang kecil dan terkawal. Keberkesanan imej fotografi
hanya boleh berperanan sekiranya visual itu mempunyai ciri-ciri seperti mudah,
jelas dibaca dan difahami , Mesej yang dapat di tafsir mudah dan tidaklah
bersifat kompleks untuk meneliti imej visual dengan terperinci. Imej fotografi
pula mestilah mempunyai ciri visual yang dapat mendorong interaksi yang aktif
antara jurugambar, pegawai penyiasat dan pentadbiran mahkamah dalam mendalami maksud
yang terdapat dalam imej gambar dan membantu pihak yang terlibat dalam
memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam imej fotografi forensik
tersebut. Pendek kata, semuanya memberi makna pada pihak yang terlibat dalam
proses penyiasatan dan pengadilan. Andainya visual imej fotografi ini dapat
dihayati dan ditafsirkan dengan tepat, tidak sukar untuk jurugambar forensik menghasilkan
bahan visual yang berkualiti, tepat dan diakui kesahan nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum W.B.T, Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah sebentar di Blog saya....
-
KUPASAN DEFINASI DAN FALSAFAH “SEMIOTIK” Semiotik membawa maksud secara terminologinya dan pemahamannya dapat didefinisikan sebagai pe...