Followers

Thursday 31 January 2013

KRITIKAN TEORI HIPOTESIS JURANG PENGETAHUAN


DEFINASI TEORI

Salah satu teori komunikasi yang saya pilih untuk memenuhi tugasan yang  diberikan untuk kritikan teori ialah Hipotesis Jurang pengetahuan atau dalam bahasa inggerisnya (Knowledge Gap Hyphothesis). Definasi teori ini amat berkait rapat dengan "maklumat" dan "pengetahuan”. Teori ini lebih menumpukan kepada aspek penekanan pengetahuan yang tidak diagihkan sama rata kepada seluruh masyarakat kerana terbatas kepada jurang penyampaian. Ini membawa maksud penyampaian maklumat telah mempunyai jurang penyampaian di antara masyarakat kaya dan miskin .Kekayaan maklumat telah menjadi isu yang sangat penting dalam masyarakat kita kerana sesebuah negara maju amat bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan untuk mengurangkan jurang sesuatu hirarki masyarakat.

Teori ini telah menggambarkan bahawa pada hakikatnya setiap manusia diciptakan oleh tuhan itu mempunyai kemampuan yang sama, namun tahap kemampuan itu akan mempengaruhi sama ada ia dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi ataupun mempunyai pendidikan yang rendah. Penilaian terhadap individu itu dapat dilihat dari aspek kemampuan penglihatan, kemampuan berkomunikasi ataupun kemampuan mengolah perbualan. Kebanyakan manusia akan mudah menilai setiap individu itu samaada berpendidikan ataupun tidak berpendidikan dilihat dari sudut  kemampuan individu tadi memahami maklumat dan menguasai hirarki sosial.

Jika arus maklumat dalam satu sistem sosial meningkat, maka masyarakat yang lebih berpendidikan akan menjadi lebih tinggi status ekonominya, kumpulan masyarakat ini mampu untuk menyerap maklumat daripada masyarakat yang berpendidikan dan berstatus sosial ekonomi rendah. Peningkatan maklumat itu akan melebarkan jurang pengetahuan dan ruang penghubung komunikasi tersebut.

Sebenarnya maklumat tidak hanya menjadikan jurang pengetahuan bertambah lebar, malah banyak lagi faktor yang boleh dijadikan sebagai alasan menyebabkan timbulnya jurang yang lain, seperti contoh jurang sikap dan tingkah laku. Jurang tersebut tidak hanya dapat ditimbulkan oleh komunikasi masa(Anders 2012) namun komunikasi langsung juga boleh mempunyai kesan yang sama. Faktor tersebut tidak semestinya terbatas terhadap perbezaan tahap pendidikan dan ekonomi. Sehingga lebih menekankan istilah jurang kesan komunikasi.

Teori Hipotesis Jurang Pengetahuan pertama kali dicadangkan dan dilakukan penyelidikan oleh Tichenor, Donohue dan Olien di Universiti Minnesota dalam tahun 70-an. Mereka percaya bahawa peningkatan maklumat dalam masyarakat tidak sama diperolehi oleh setiap ahli masyarakat. Ini membawa maksud ,masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi cenderung untuk mempunyai keupayaan yang lebih untuk memperoleh maklumat (Weng, SC 2002).

Hasil penyelidikan ini telah menetapkan bahawa masyarakat mempunyai dua kumpulan utama berdasarkan kepada hirarki sosial manusia. Dua kumpulan yang dimaksudkan ialah satu kumpulan yang lebih berpendidikan yaitu masyarakat yang mengetahui lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang berlaku pada persekitaran mereka seperti contoh penyebaran berita yang cepat,akses kepada teknologi yang canggih dan mampu untuk menganalisis perkara berdasarkan tahap pendidikan(Anders 2012) . Bagi kumpulan dua pula ialah masyarakat yang mempunyai pendidikan rendah telah mempunyai batasan tertentu untuk menerima maklumat, kekurangan kemampuan untuk akses maklumat, kurang analisis pengetahuan berdasarkan kepada tahap pendidikan dan cara hidup yang rendah. 

Sosio ekonomi manusia dapat dibezakan atau diukur serta ditakrifkan melalui tahap pendidikan, mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan tentang isu-isu hal ehwal awam, kemampuan untuk akses peristiwa berita dan penemuan baru yang penting, Bagi masyarakat yang mempunyai sosio ekonomi yang rendah biasanya tidak bimbang tentang kekurangan pengetahuan mereka.

MENGENALI PERBEZAAN POTENSI KOMUNIKASI SETIAP INDIVIDU

Ketika individu yang sedang mencari sesuatu maklumat, pasti maklumat tersebut akan menjadi cepat diperolehi. Tetapi yang membezakan maklumat itu adalah berdasarkan pemahaman sesuatu individu tersebut, seperti contoh,kemampuan memperoleh maklumat seseorang guru akan menjadi lebih cepat berbanding dengan seorang petani di kampung, namun begitu penerimaan atau pemahaman sesuatu maklumat itu akan berbeza kerana guru tersebut berpendidikan tinggi berbanding dengan petani tersebut. Penyerapan atau penerimaan maklumat itu pasti berbeza adalah kerana guru tersebut telah di bekalkan kedudukan sosial yang lebih baik akan mudah mendapatkan maklumat berbanding dengan petani tersebut yang munkin mendapatkan maklumat daripada akhbar biasa.  

Dalam perbandingan di atas, haruslah ditegaskan bahwa perbezaan ciri-ciri asas individu seorang guru dengan petani tadi dapat dilihat dari mana individu masing – masing itu tinggal, biasanya persekitaran tempat tinggal juga sangat mempengaruhi kemampuan memperoleh sebuah maklumat, misalnya seorang guru dimana tempat tinggalnya dikelilingi atau dipenuhi dengan pusat maklumat, web zone dan sebagainya, sudah jelas guru tadi dengan cepat memperoleh maklumat, sedangkan petani yang tempat tinggalnya tidak ada faktor yang menyokong, ianya akan sukar memperolehi maklumat, khususnya berita yang terkini.

TERAS ANDAIAN DAN PENYATA

Jurang pengetahuan boleh mengakibatkan peningkatan jurang antara masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih rendah dan lebih tinggi. Percubaan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dengan maklumat melalui media massa mungkin tidak sentiasa berkesan seperti yang diharapkan. Media massa mungkin mempunyai kesan meningkatkan jurang perbezaan di antara masyarakat mengikut hirarki kelas social(Nojin Kwak 1999).

Tichenor, Donohue dan Olien (1970) telah mengariskan enam sebab utama yang  mewajarkan jurang pengetahuan diantara masyarakat tersebut. Antara enam sebab yang dinyatakan adalah seperti berikut:

1) Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih baik, berpendidikan, membaca, memahami dan mengingat maklumat dengan lebih mudah.

2)   Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi boleh menyimpan maklumat lebih mudah atau memahami latar belakang bagi sesuatu topik atau isu kerana mempunyai akses media yang luas.

3)  Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi mungkin mempunyai konteks sosial yang lebih relevan.

4)     Masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi adalah lebih baik dalam didedahkan oleh media, penerimaan dan pengekalan.

5)     Malahan dalam penyeldikan mereka juga telah menyatakan bahawa sifat media massa itu sendiri lebih menjurus ke arah masyarakat yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi.

6)     Masyarakat akan memperolehi pengetahuan kerana maklumat tambahan, akan tetapi bahawa masyarakat status sosioekonomi yang lebih tinggi akan mendapat lebih banyak maklumat.

KRITIKAN HIPOTESIS JURANG PENGETAHUAN:

Dervin (1980) telah mengkritik teori ini dengan memberikan pandangan bahawa berdasarkan sumber-penghantaran mesej kepada penerima melalui cara penyampaian komunikasi secara tradisional akan pasti mempunyai kekurangannya. Ini bermakna teori Hipotesis Jurang Pengetahuan hanya melihat penyampaian kepada kedua golongan tersebut secara tradisional semata-mata tanpa mengambil kira kepada peredaran semasa. Walaupun media masa tradisional pastinya mempunyai pengaruh ke atas penggunaan teknologi komunikasi baru (misalnya, melalui pengiklanan atau melalui melihat ikon menggunakan produk tertentu), hujah yang sama boleh dibuat untuk teknologi baru itu sendiri dalam konteks jurang digital (Leo 2011). Menggunakan teknologi tertentu boleh menjadi sangat baik untuk merapatkan jurang dan adakalanya menjadi tidak relevan untuk memperolehi produk berkaitan atau teknologinya .Ini merupakan satu senario yang agak berbeza, tidak semestinya orang yang mempunyai kelengkapan teknologi yang tinggi mampu menerima maklumat yang banyak.Ianya bergantung kepada sikap dan personaliti individu itu sendiri untuk mempunyai kemahuan untuk mengakses maklumat.

  • Kesan revolusi teknologi dalam komunikasi boleh melebarkan lagi yang JURANG KOMUNIKASI. Jadi, adanya teknologi baru boleh menjejaskan JURANG KOMUNIKASI

  • Walau bagaimanapun, seperti contoh penyelidikan mengenai Internet yang jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang menggunakan perkhidmatan internet dengan kerap agak cenderung untuk bukan sahaja meneruskan perkhidmatan, tetapi untuk menaik taraf perkhidmatan mereka (Okafor 2011). Begitu juga, dengan masyarakat yang sering menggunakan perkhidmatan internet mereka yang lari dari tujuan asalnya untuk mencari maklumat. Kes-kes penyalahgunaan internet semakin berleluasa. Sekiranya ini berlaku, penyebaran maklumat seperti yang terkandung dalam teori ini tidak relevan. (Palen, Salzman, & Youngs, 2000). Maklumat tidak dapat disebarkan walaupun golongan masyarakat tersebut mempunyai perkhidmatan ini. Oleh itu, tidak semestinya dalam penggunaan jurang digital teknologi yang akan bertindak sebagai penggerak yang aktif untuk merapatkan jurang tetapi ianya bergantung kepada pemahaman terhadap fungsi teknologi itu berbanding mengatasi peranan sebenar media massa dalam menyebarkan pengetahuan.

  • Walaupun majoriti daripada penyelidikan menyokong cadangan bahawa masyarakat yang mempunyai pendidikan tinggi akan memiliki hubungkait pengetahuan yang lebih besar mengenai pelbagai topik, hipotesis jurang pengetahuan menyatakan bahawa hubungan ini perlu disederhanakan oleh tahap publisiti media isu yang diberikan untuk menerima sesuatu maklumat.Walau bagaimanapun, beberapa kajian jurang pengetahuan boleh memperbetulkan tanggapan bahawa publisiti media sebagai pembolehubah dan boleh mengubah pandangan individu terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan.

  • Teori Hipotesis Jurang Pengetahuan tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesan-kesan teknologi baru yang akan sentiasa diperbaharui mengikut peredaran masa. Masyarakat akan berada pada satu tahap dimana maklumat yang dipegang oleh orang ramai akan mempunyai perbezaan yang ketara .Banyak teknologi baru adalah mahal. Kerana kos, teknologi ini mungkin lebih tersedia. Sekiranya individu sanggup berbelanja lebih, maka mereka akan memperolehi akses maklumat yang lebih cepat dan canggih. Jika akses kepada perkhidmatan maklumat ini tidak universal disediakan di seluruh masyarakat secara percuma ataupun murah, maka mereka yang sudah "yang kaya dengan maklumat" boleh meraih manfaat manakala "miskin maklumat" dapat merapati jurang tersebut(Anders 2012) . Hasil daripada teori ini "jurang maklumat" boleh membawa kepada peningkatkan konflik . kesan revolusi teknologi dalam komunikasi boleh melebarkan lagi teori ini. Ini membawa maksud, dengan adanya teknologi baru boleh menjadikan teori ini tidak relevan.

  • Kerana trend masa ,analisis daripada hasil makalah jurnal yang menjadi sumber rujukan telah menunjukkan perbezaan pengetahuan berubah-ubah dari masa ke masa, kebanyakan kajian yang dilaksanakan telah banyak memberikan gambaran yang ringkas dan berpotensi mengelirukan atau menolak Teori Hipotesis Jurang Pengetahuan

  • Melebarkan jurang pengetahuan adalah lebih kerap berlaku dalam masyarakat dengan pelbagai sumber maklumat (masyarakat majmuk) berbanding dengan mendapatkan maklumat secara formal tetapi  dengan saluran komunikasi (masyarakat homogen).Apabila isu tempatan mempunyai kesan serta-merta dan kuat, jurang pengetahuan mungkin merosot.


  • Tahap pengetahuan yang positif. Asas teori ini boleh digunakan untuk membahagikan peranan dan teknologi digital dalam masyarakat. Hasil daripada penyampaian maklumat atau pengetahuan, maksud jurang digital merujuk kepada literasi, kemahiran, atau keupayaan (termasuk, pada masa-masa, kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat dengan teknologi). Masih terdapat dua kumpulan yang 'tinggi' dan 'rendah,' atau, 'mempunyai' dan 'tidak mempunyai' jurang digital. Jurang digital tidak terhad kepada sosioekonomi, umur, bangsa, motivasi, rangkaian sosial, jantina, dan akses. Beberapa faktor-faktor ini telah dikaji secara ringkas seperti di atas. Akhirnya, hasil daripada pengaruh media,kumpulan masyarakat bukan sahaja telah dapat dibangunkan tetapi juga berlakunya peningkatan perselisihan maklumat di antara masyarakat meningkat dengan peningkatan penggunaan media. Satu pemahaman melalui isu ini ialah"orang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin."

  • Evatt (1998) pula telah berhujah bahawa penyelidik perlu memastikan bahawa maklumat yang mereka sedang menguji berguna dan relevan untuk penonton yang sedang diuji. (Pengetahuan fakta berbanding konsep).

  • Tahap psikologi individu dan masyarakat perlu dianalisis bagi menghasilkan perbezaan pemikiran serta pemahaman dan melihat dari aspek klasifikasi inovasi, keperluan, kognitif, ancaman dan faedah.

  • Kajian yang telah dilakukan oleh teori ini dilihat mempunyai kelemahan apabila kajian yang dilakukan tidak mengambil kira perbezaan jantina dan kebudayaan bangsa yang tidak diutamakan atau diambilkira dalam penyelidikan. Teori ini juga perlu mengambil perhatian terhadap perbezaan jenis pekerjaan dan pendapatan masyarakat sebelum mengklasifikasi taraf sosio ekonomi secara jelas dan menetapkan hirarki social sesuatu kumpulan masyarakat.

  • Dalam fasa seterusnya dalam penyelidikan mereka, penyelidik teori ini telah menerokai implikasi jangka terhadap sistem operasi komuniti tempatan dengan mengkaji peranan yang dimainkan oleh media berita apabila masyarakat menghadapi konflik sosial. Media Berita akan membolehkan masyarakat dengan berkesan menyelesaikan konflik atau konflik akan diburukkan lagi dengan pelbagai spekulasi. Ini membawa maksud jurang pengetahuan itu tidak berfungsi kerana ada kalanya media digunakan dengan niat serta spekulasi tertentu. Tidak semua berita yang disampaikan kepada masyarakat itu benar dan sahih.

  • Penyelidik mengkaji konflik yang berlaku dalam masyarakat mengenai pelbagai contoh isu seperti perbahasan pencemaran alam sekitar, pembalakan hutan belantara, dan pembinaan talian kuasa voltan tinggi; konflik ini boleh diselesaikan dalam beberapa cara. Media berita hanya akan memaklumkan kepada keseluruhan masyakarat, tetapi hanya golongan minoriti yang aktif dalam politik dan komuniti akan mencari jalan untuk mengawal konflik dan cuba menyelesaikan isu ini. Sekiranya teori dari Tichenor, Donohue dan Olien (1970)  diambil kira, media berita akan bertindak menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat, tetapi penerimaan berita itu akan terbahagi kepada dua seperti yang kita bincangkan .Tetapi secara realitinya, tidak semua masyarakat akan mengambil perhatian mengenai isu yang disampaikan. Malah ada antara mereka akan bertindak sebagai kumpulan minoriti dan pasif yaitu mengambil sifat berdiam diri walaupun masyarakat itu merupakan pemegang hirarki sosial yang berpendidikan tinggi. Ini membawa pandangan perspektif bahawa penerimaan maklumat kepada vmasyarakat akan bergantung kepada sikap. Sekiranya ini berlaku, teori ini tidak relevan atau tidak dapat digunapakai.

  • Dalam hampir setiap kes, setiap konflik telah dimulakan oleh ejen-ejen luar, pemimpin tempatan, termasuk penerbit akhbar dan pihak yang berkepentingan. Kajian ini telah mendapati bahawa apabila sesuatu konflik yang dilaporkan merupakan berita buruk atau negatif, mungkin lebih dan banyak lagi kumpulan akan bertindak menanganinya tidak mengira lapisan masyarakat ataupun menurut perbezaan hirarki sosial.Walaupun biasanya masyarakat yang tidak terlibat dalam politik atau bersikap tidak peduli akhirnya ditarik bersama masuk ke dalam konflik tersebut, maka pernerimaannya menjadi semakin meningkat.Tetapi dalam komuniti yang sama, kebanyakan maklumat yang datang dari media media luar atau tempatan, sama ada ditegah melaporkan tentang sesuatu konflik atau sangat terhad laporan sesuatu isu tersebut ataupun laporan media tersebut dibuat secara tidak menyeluruh dan hanya menyediakan sedikit maklumat berguna, maka teori ini tidak dapat digunakan. Tidak semua laporan media yang disebarkan secara menyeluruh dan telus. Ini membawa maksud jurang pengetahuan itu akan menjadi semakin lebar atau tidak lagi relevan dalam situasi sedemikian. Oleh itu, jurang pengetahuan cenderung untuk merapatkan antara keseluruhan masyarakat tetapi ketelusan dan maklumat berita yang disampaikan tidak semuanya boleh dipercayai atau hanya sedikit sahaja maklumat dapat disampaikan.






No comments: