KUPASAN DEFINASI DAN FALSAFAH
“SEMIOTIK”
Semiotik
membawa maksud secara terminologinya dan pemahamannya dapat didefinisikan
sebagai pengetahuan mengenai tanda ataupun dikenali sebagai simbol . Simbol
atau tanda yang dimaksudkan ini adalah merangkumi pelbagai bidang seperti menyentuh
aspek kebudayaan,kemasyarakatan dan sistem kehidupan yang telah menggunakan
simbol ini sebagai salah satu bentuk kaedah penyampaian komunikasi yang
berkesan serta memberikan maksud-maksud yang tertentu. Ada yang berpendapat
bahawa Semiotik ini merupakan salah satu bidang “Komunikasi Tanpa Lisan” yang
merujuk kepada aspek pesanan yang tidak diberikan makna literal perkataan.Kaedah
penyampaian lebih kepada tanda atau simbol yang lebih mudah difahami serta berkesan.
Ada
pelbagai pandangan serta pendapat yang telah dilakukan demi mengupas secara
menyeluruh mengenai definasi,teori mahupun falsafah mengenai Semiotik ini.
Salah seorang ahli sastera iaitu Teew (1984:6) telah membuat definasi makna
semiotik ini ialah satu tindak balas komunikasi yang telah
dipertanggungjawabkan kepada semua faktor yang melibatkan aspek hakiki
pemahaman bukan secara literal atau huruf kepada penyampaian mesej didalam
masyarakat atau komuniti. Istilah semiotik ini lebih dominan digunakan sebagai
salah satu ilmu penyampaian berkenaan tanda ataupun simbol.
Ahli
Semiotik moden mempunyai dua orang
pelopor yang sentiasa melakukan kajian mengenai konsep Semiotik ini, iaitu Charles Sanders Peirce dan Ferdinand
de Saussure. Perkataan Semiotika telah dicadangkan oleh Pierce tetapi Saussure
lebih gemar untuk memilih perkataan semiologi. Sebenarnya perkataan “semiotika”
tersebut telah digunakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Lambert pada
abad 19.
Ferdinand de Saussure
yang mengkaji bahasa percaya bahawa, bahasa terbina dalam struktur yang
mengandungi tanda-tanda dan setiap tanda dalam bahasa itu memiliki makna yang
tersendiri. De Saussure mengunakan
istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda dalam sistem bahasa dapat
dikaji secara saintifik. Menurut Saussure,
bahasa adalah suatu sistem tanda yang berfungsi melalui sebuah kod Operation Position Binary (Mana
Sikana,2005: 34). Posisi Binari inilah yang menghasilkan makna-makna.
Seorang
lagi tokoh penting teori Semiotik ialah Sander
Pierce. Tidak sebagaimana De
Saussure, Pierce menggunakan istilah semiotik. Beliau dianggap sebagai
tokoh pertama yang menggunakan dan mempopularkan istilah semiotik ini yang
kemudiannya dikenali dengan nama teori Semiotik oleh pengkaji kemudian. Semiotik
menghubungkan tanda-tanda dengan psikologi manusia, manakala semiologi De Saussure memisahkannya.
Idea
semiotik dan semiologi yang dikemukakan oleh Sander Pierce dan De Saussure
terus dibahas dan dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain yang turut mendokong idea
ini. Antara tokoh-tokoh yang telah menggunakan dan mengembangkan idea semiotik
ini ialah Umberto Eco, Roland Barthes,
Jonathan Culler, Charles Mor ris, Micheal Rifatarre dan Jurij Lotman.
Roland Barthes
yang merupakan pengkaji yang pertama menyusun model “Semiotik” untuk
menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan
teks. Ketika Saussure menekankan pada
teks semata, Barthes menekankan pada
fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi
pembaca dan budaya pengguna. Teori daripada Barthes
telah memperhatikan peranan teks dan simbol yang berinteraksi dengan dengan
pembaca yang bertindak sebagai penerima maklumat .Hasil maklumat penyelidikan
ini telah menyokong teori Barthes
yang menegaskan unsur dua susunan pertandaan atau dikenali sebagai (order of signification).
Pengasas
utama teori Semiotik dalam kesusasteraan ialah Jurij M. Lotman yang menulis kertas kerja dalam buku mengenai teori
dan metodologi semiotik (Mana Sikana,1990: 18). Lotman memberi perhatian kepada semantik sastera dengan
melakukannya atas dasar dan tanggapan bahawa setiap tanda harus memiliki makna.
Menurut Lotman lagi, karya sastera
mempunyai sistemnya yang tersendiri, oleh itu interpertasi harus bersandarkan
kepada struktur linguistik dan dihubungkan dengan fenomena budaya dan pemikiran
masyarakat.
ANALISIS VISUAL TEKS DALAM
TEORI SEMIOTIK.
Visual
teks adalah bentuk semiotika visual. Tanda visual dan linguistik dalam poster,
gambar, kartun dan sebagainya saling membentuk hujah serta metafora yang
menarik untuk diperhatikan. Selain itu pemerhatian visual diperlukan untuk
memahami jalinan representasinya tidak terlalu jauh dari pengalaman kita.
Sebahagian besar pembaca akan mudah memahami simbol tanda visualnya. Dalam
analisis semiotik dan analisis text terdapat dua peringkat pertandaan, iaitu
pertama, analisis tanda secara individual dan kedua, analisis tanda dalam
kumpulan.
Analisis
tanda secara individual dapat digunakan berbagai model analisis tanda, misalnya
analisis tipologi tanda, struktur tanda, dan makna tanda. Pada analisis
tanda-tanda di dalam kelompok atau kombinasinya disebut analisis teks (textual
analysis). Semiotika teks dalam hal ini tidak berhenti hanya menganalisis tanda
(jenis, struktur, makna) secara individu, akan tetapi melingkupi pemilihan
tanda-tanda yang digabungkan ke dalam kumpulan pola-pola yang lebih besar
(teks), yang di dalamnya menyatakan sikap, ideologi, atau mitos tertentu yang berlatar
belakang gabungan tanda-tanda tersebut.
ANALISIS GAMBAR YANG DIPILIH
Ada
beberapa cara yang dilakukan untuk menganalisis sesuatu gambar. Saya memilih
gambar untuk dianalisis dan dikaitkan dengan teori semiotik kerana saya
berpandangan bahawa hanya sekeping gambar memberikan seribu makna. Berikut
merupakan tatacara yang digunakan oleh saya untuk menganalisis gambar dan
dikaitkan dengan teori semiotik adalah seperti berikut:
Pertama
melakukan pembacaan dan sesi pemerhatian yang dilakukan secara pada setiap
objek dan gambar yang dikaji. Kemudian saya
menandakan dan memilih teks-teks yang menunjukkan adanya tanda budaya,kehidupan,warna
serta elemen yang digunakan. Elemen yang disebut adalah sebagai data.
Kedua
analisis pada tahap ini adalah analisis data secara individual yang termasuk
dalam maksud semiotik peringkat pertama.
Seluruh data yang berjaya dikumpulkan pada tahap pertama dianalisis menurut
kaedah yang telah digariskan seperti memahami kontur,reka letak, warna yang
digunakan, ekspresi wajah dan badan, senario persekitaran dan teks tulisan
sekiranya ada. Saya juga telah melihat aspek-aspek atau elemen asas seni reka
seperti bentuk, teknik, corak dan susunan yang sedia ada. bentuk gambar ikonik
tersebut dibaca melalui pelbagai tanda yang muncul untuk mentafsirkan makna
gambar sesuai dengan konteks peristiwa.
Ketiga
analisis pada tahap ini adalah analisis data secara kelompok yang termasuk
dalam maksud semiotika tahap kedua dan menghasilkan makna efektif dan
psychomotor. Seluruh data yang telah dikumpulkan dalam analisis tahap pertama
dan telah dianalisis pada tahap kedua akan diklasifikasikan secara total.
Keempat
pada tahap terakhir dilakukan adalah memberikan kesimpulan dari hasil kupasan
maklumat berdasarkan kepada pemerhatian data tadi. Selain mengemukakan beberapa
hasil keputusan pemerhatian, analisis yang diberikan lebih bersifat praktikal.
ANALISIS SEMIOTIK POSTER
TERPILIH
Poster
ini merupakan satu pesanan kemasyarakatan oleh sebuah syarikat komunikasi
terkenal DIGI sempena Hari Malaysia 2012. Memahami Konsep 1 Malaysia yang
diletakkan asas utama poster dikeluarkan.
1. Perkataan yang tertulis “We May Have Our Difference, But We Also The
Same” lebih merujuk kepada maksud sedemikian ,walaupun mempunyai perbezaan
atau persaingan perniagaan (jika kita
melihat patung yang berwarna biru itu, saya memahami poster ini menunjukkan
“semiotik “ patung biru itu ialah pesaing terdekat syarikat Digi iaitu Celcom
Malaysia). Tetapi mereka bersatu hati menyokong dasar kerajaan untuk bersatu
bersama-sama sebagai satu bangsa 1 Malaysia. Walaupun perkataan itu tidak
ditunjukkan secara bertulis syarikat yang dimaksudkan,tetapi ianya ditunjuk
melalui “semiotik” iaitu pada anak beruang biru tersebut dan perkataan
tersebut.
2. Saya tertarik kepada warna
kuning yang merupakan warna rasmi pada patung Digi tersebut.Jika mengikut
psikologi warna, warna kuning adalah digambarkan sebagai warna yang menunjukkan
kekuasaan dan kemewahan. Warna tidak digambarkan maksudnya melalui tulisan atau
text, tetapi digambarkan hanya melalui pemahaman secara psikologi atau budaya.
Ianya ditafsirkan melalui pemerhatian serta pemahaman. Berikut merupakan
petunjuk warna-warna mengikut pemahaman budaya adalah seperti berikut:
Warna
|
Makna positif
|
Makna negatif
|
Merah
|
Kekuatan, kehangatan, cinta,
persahabatan.
|
Nafsu, agresif, kesombongan dan
kemarahan.
|
Merah muda
|
Hadiah, inspirasi, kekaguman,
simpati, keremajaan.
|
Kekurangan, naif.
|
Orange
|
Kehangatan, semangat,
keseimbangan, ceria dan kecerahan
|
Meminta, berlebihan, terlalu
emosi, mencari perhatian.
|
Kuning
|
Kekayaan, kehidupan, optimisme,
kemakmuran, sukacita.
|
Iri hati, tidak jujur, penakut,
tamak haloba.
|
Hijau
|
Stabil, santai, alami,
kemakmuran, keberuntungan, dermawan, semangat, abadi, keseimbangan.
|
Nasib buruk, cemburu, iri, agresi,
tidak berpengalaman, korupsi, tamak, memalukan.
|
Biru
|
Kepercayaan, dapat diandalkan,
kebersihan, keamanan, kelembutan, kepercayaan diri, persahabatan.
|
Sedih, dingin,murung
|
Ungu
|
Kreativiti, kemakmuran,
romantisme, bangsawan, kebanggaan, kebijaksanaan.
|
Sombong, angkuh, misteri,
kasar, kejam, berlebihan.
|
Coklat
|
Perlindungan, kesederhanaan,
stabil, keutuhan, persahabatan, dapat diandalkan.
|
Kebodohan, kemiskinan,
kekasaran, kotor, tumpul, bosan.
|
Putih
|
Disiplin, kebaikan, kerendahan
hati, kematian, api, kemudahan, damai, suci.
|
Hampa, kematian, menyerah,
penakut, kurang imiginasi.
|
Hitam
|
misteri, klasik,elegent
kecanggihan, keseriusan, formalitas.
|
Penyesalan, kematian, setan,
pemberontakan, kesedihan, perkabungan.
|
3.
Latarbelakang
poster ini digambarkan ciri-ciri Malaysia. Ciri-ciri Malaysia itu ditunjukan
melalui bendera Malaysia yang dikibarkan dan bangunan yang amat terkenal yang
berkait rapat dengan kemerdekaan iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala
Lumpur.
4.
Semangat patriotisme telah
ditunjukkan dalam poster ini melalui kedua-dua patung yang mengambarkan
syarikat Digi dan pesaingnya dilihat berpelukkan mengadap bendera Malaysia yang
sedang berkibar dan Bangunan Sultan Abdul Samad. “Berpelukkan” digambarkan
sebagai erti persahabatan dan kasih sayang.Simbol ini tidak digambarkan melalui
perkataan tetapi hanya ditunjukkan dalam perbuatan.
5.
Rasional pemilihan tempat
seperti kelihatan berada di padang dalam poster ini saya merasakan pereka
poster ini cuba memasukkan elemen yang mudah iaitu keluasan ruang yang tidak
membuatkan poster ini berserabut. Mungkin ruang hijau yang besar ini memudahkan
pereka poster ini memasukkan logo serta tarif promosi syarikat ini, dan ruang
biru yang besar adalah untuk memasukkan logo satu Malaysia dan sedikit Typhography. Walaupun begitu, element harmoni dan balance gambar telah diutamakan bagi
memastikan rekaletak poster ini seimbang.
6.
Pendekatan yang bijak dilakukan
adalah dengan memastikan warna hijau dan biru cair itu menjadikan patung yang
berwarna kuning begitu menyerlah dalam poster ini. Sudah semestinya syarikat
komunikasi ini tidak mahu pesaingnya iaitu patung yang berwarna biru itu
menyerlah dari patung rasmi syarikat ini. Mungkin inilah sebab bahawa posisi
patung biru itu rendah sedikit dan warna biru cair yang dipilihnya adalah tidak
menonjol.
RUMUSAN
VISUAL TEKS MENGGUNAKAN TEORI SEMIOTIK.
Hasil daripada penyelidikan
ringkas yang dilakukan oleh saya, saya telah mendapati bahawa, mesej yang
terdapat pada pelbagai hasil karya komunikasi visual, merupakan mesej yang
disampaikan kepada sasaran adalah dalam bentuk tanda atau dikenali sebagai
“Semiotik”. Secara amnya, semiotik dapat dilihat dari dua aspek penting, iaitu
tanda verbal dan tanda visual. Tanda verbal merupakan hasil komunikasi dari ragam
bahasa, gaya penulisan, tema dan pengertian yang diperolehi. Manakala tanda
visual dilihat dari cara menggambarkannya, dari pelbagai cara yang boleh
dilakukan samaada secara ikonis, gambar atau simbol. Itulah yang dikatakan
bagaimana masyarakat boleh memahami apa yang disampaikan hanya melalui
tanda,gambar atau simbol sekalipun tanpa menggunakan ragam teks bahasa.
Berdasarkan tanda verbal dan tanda
visual yang terdapat dalam iklan Digi ini, maka kita sudah pasti boleh melihat
mesej tersebut dengan bantuan kod kebudayaan dan kod semiotik. Merujuk pada kod
kebudayaan seperti ditegaskan Barthes, maka tanda visual dalam dalam iklan ini
berupa semangat cintakan negara Malaysia yang dizahirkan melalui patung rasmi
digi yang memeluk satu lagi patung yang berwarna biru yang memerhatikan kibaran
bendera Jalur Gemilang. Dengan pendekatan walaupun mempunyai persaingan atau
berlainan kefahaman,masyarakat Malaysia berkembang dengan kewujudan sikap
saling membantu dan bersatu dalam menjalani kehidupan pelbagai ragam bentuk
serta budaya. Maksud sebenar juga boleh
juga dilihat dari iklan ini ialah. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh,
merupakan bentuk peribahasa yang merujuk pada konsep iklan ini.
Tanda visual dalam iklan ini
boleh ditakrifkan penyampaian secara teori semiotik. Ini kerana bentuk teks
yang dipaparkan amat kurang tetapi ditunjukkan melalui gambar dan konsep iklan
tersebut. Saya pasti sesiapa yang terlihat iklan ini secara mudah dapat
memahami konsep serta mesej yang ingin disampaikan. Cuma kupasan yang diberikan
mungkin berbeza berdasarkan pemahaman masing-masing. menurut kod simeotik,
merupakan perwujudan dari kesetiaan dan kebangsaan masyarakat Malaysia yang
sentiasa bersatu.
Kita berkongsi kisah jurnal perjalananku(part 1) untuk entry yang akan datang...tunggu