Followers

Wednesday 7 November 2012

Penulisan Blog ku kini bermula : 7 November 2012 tarikh keramat

Assalamualaikum

Tarikh 7 November 2012 sebagai permulaan untuk saya mewujudkan blog penulisan saya sendiri.Terima kasih kerana melawat serta membaca blog saya ini.Ribuan terima kasih juga di atas kesudian saudara untuk terus setia bersama saya. Inilah pengalaman yang baru saya apabila cuba berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog . Sekadar untuk berkongsi ilmu, pengalaman,serta cerita kepada anda semua. Insyaallah, saya akan sentiasa cuba untuk updated blog ini dari masa kesemasa.

Saya akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki gaya penulisan saya agak ianya lebih santai dan bersahaja, saya juga amat mengalu-alukan segala komentar daripada saudara/saudari untuk saya sentiasa memperbaiki kelemahan diri.Saya akan memikirkan topik2 penulisan yang akan memberikan saudara/saudari pengalaman yang baru...insyaallah.

Jika saudara/saudari perasan dalam ruangan facebook saya, saya ada menulis tagline mengenai sikap rakan-rakan kita yang ego dengan kejayaan diri dalam bidang fotografi. Saya telah menulis komen ini tanpa sebarang prejudis atau menuju kepada sesiapa. Saya cuma mahu rakan-rakan kita sedar bahawa bidang fotografi ini memerlukan pengetahuan dalam akademik. Tidak sama dengan hanya kita search google .Pendekata, kalau hendak belajar biarlah berguru, sekurang kurangnya ilmu yang dituntut tidak salah. Sekiranya ilmu yang ingin dikongsi, biarlah ianya tidak songsang...kalau tidak betul ilmu dicurahkan, berdosa kita sehingga akhir nyawa.

Saya tidaklah luas pengalaman saya dalam bidang fotografi mahupun akademik, saya percaya saya masih lagi belajar dan terus belajar, Pengajian Phd saya di UKM telah menyedarkan saya bahawa sebenarnya ilmu yang dimiliki saya tidaklah seluas mana. Terasa kerdilnya saya apabila saya merasakan begitu banyak ilmu yang perlu saya pelajari. Siapa sangka bahawa Fotografi mempunyai falsafahnya sendiri. Jika dikaitkan dengan bidang-bidang lain, sedarlah saya bahawa fotografi ini bukan sekadar seni semata-mata, malahan lebih dari itu.

Dalam blog saya ini juga, saya akan menceritakan perjalanan hidup saya apabila bergelar pelajar kembali. Terasa gelihati juga kerana setelah hampir 6 tahun meninggalkan bidang pengajian, akhirnya saya kembali juga.Alhamdullilah, bulan 2012 telah membuka serta menunaikan hasrat serta impian saya untuk menyambung pengajian peringkat Phd, Insyaallah, saya akan cuba menghasilkan yang terbaik. Apa yang penting disiplin diri, komitmen yang tinggi, menghargai masa dan sentiasa berusaha merupakan rencah ramuan untuk berjaya dalam phd ini..amin dan insyaallah...

No comments: