Followers

Friday 16 November 2012

Anak Buah Kesayangan ku : Nor Khaleesya Sofea Bt Ahmad Khamarul

Assalamualaikum

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana agak lama saya tidak mengemaskini blog saya kerana tiada mempunyai kesempatan yang bersesuaian.Dalam minggu lepas, saya agak sibuk menyiapkan tugasan Research Method dan Communication Seminar. Tugasan Phd ku...

Saya ingin berkongsi dengan saudara/saudari sekelian bahawa saya telah menerima surat Hadiah Biasiswa Latihan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Surat bertarikh 14 November itu telah menamatkan penantian saya beberapa bulan ini dan mengesahkan bahawa saya akan bercuti belajar dari 9/9/2012 Hingga 8/9/2015...Tiga tahun lamanya saya bercuti untuk melengkapkan pengajian saya di UKM Bangi. Mudaha-mudahan.

Tetapi untuk blog kali ini saya tidaklah mahu bercerita lanjut mengenai surat tawaran tersebut. Saya akan ceritakan nanti pada entry yang akan datang. Cuma pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai anak buah kesayangan saya Nor Khaleesya Sofea Bt Ahmad Khamarul.Alhamdullilah, dengan izin allah, saya dapat melihat sendiri bagaimana anak buah saya ini membesar dengan sihatnya. Berikut saya sertakan gambar-gambar beliau untuk tatapan saudara/saudari.

Riang ke Mahkota Parade, Suka betul berjalan makan angin.Memang tak duduk diam..terhibur dengan kerenahnya











Pose istimewa Sofea untuk uncle..


Ketika masih kecil...



ketika berusia 4 bulan

Ketika menyambut Hari Lahirnya yang pertama 20/10/2011


Buah hati ku

Comel sangat,macam -macam telatah, anak buah saya ini seorang yang sangat aktif, sifat ingin tahu die terlalu kuat..sekarang ni dah pandai nak berjalan..Saya memang kerap melawatnya kerana jika satu hari tak melawatnya saya akan jadi sangat rindu.Saya rasa itu perasaan normal bagi kita yang menyayangi kanak-kanak. Kadang-kadang saya sangat tidak faham,mengapalah anak-anak kecil dibunuh dan dibuang. Sesungguhnya allah menjadikan zuriat sebagai satu keajaiban dan kurnia yang tidak terhingga .alhamdullilah, semoga Sofea terus dianugerahi kesihatan yang baik dan terus menyayangi kedua ibu bapanya..Amin...

NADZRI SHARIF

No comments: