Followers

Saturday 17 November 2012

Allahyarhamah Mariam bt Hj Md Noh

Assalamualaikum W.B.T 

Allahyarhamah nenek bersama ibu. Gambar ini  merupakan gambar terakhir arwah di rumahku di Melaka sebelum arwah balik ke Singapura.

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Itulah realiti kehidupan manusia,kita perlu redha dengan ketentuan allah bahawa orang yang kita sayang akan kembali kepadanya.Gambar ini pasti akan memberikan seribu kenangan kepada saya, walaupun arwah nenek baru sahaja mengadap ilahi,ingatan saya kepada arwah sangat kuat. Saya benar-benar rindukan arwah. 

Tarikh 28 Oktober 2012 merupakan tarikh yang akan terpahat dalam ingatan saya, tarikh tersebut lah beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.00 pagi di Singapura. Ketika mula-mula saya mendapat berita daripada ibu saya, saya umpama tidak percaya, saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk saya mempercayai bahawa nenek yang saya sayangi sudah tidak ada lagi...Kini sudah hampir 3 minggu, pemergian arwah nenek, rasa sebak dan sedih masih lagi bersarang...saya hanya mampu berdoa semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Ya Allah, tempatkan beliau kepada tempat orang yang soleh....amin...

No comments: